MANEK URAI: Puasa sunat kena arahkah?

Akhbar online Harakahdaily melaporkan bahawa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli, penyokong parti serta mereka yang bersimpati dengan perjuangan Islam agar melakukan puasa sunat pada hari Ahad, 19 Rejab bersamaan 12 Julai nanti. (Baca sini)

Pada pandangan saya yang bodoh agama ini, saya kira Harakahdaily sudah silap menggunakan kata ‘mengarahkan’. Kenapa pula soal puasa sunat kena arah-arah? Menurut hemat saya yang jahil ini juga ialah kedua-dua Tok Guru bukan mengeluarkan kata ‘mengarahkan’, tetapi meminta atau menganjurkan supaya semua ahli dan penyokong PAS melakukan puasa sunat.

Ikhlaskah ahli dan penyokong dengan 'arahan' ini? Bukankah puasa sunat perlukan keikhlasan supaya mustajab? Jika salah, minta perbetulkan. Walau apapun, undilah PAS, ok.

*** We provide catering services for the following; courses, trainings and seminars, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western.

0 comments:

Reuters: Science News

Copyright © 2009 - Buana Ini - is proudly powered by Blogger