Gambar mana yang anda suka?

Photobucket
Photobucket

Faktor makanan halal bukan main-main

Saya tertarik pendedahan YB Iskandar Abdul Samad dalam blognya mengenai makanan. Sila baca seterusnya, seperti mana saya salin kembali di sini.

Harus diingat sahabat bahawa perkara berhubung halal dan haram telah diperjelaskan dengan begitu nyata dalam Al-Quran. Setiap sumber makanan, sumber pendapatan, bahan keperluan harian dan sebagainya, wajib Halal.

Dalam Islam tidak ada istilah ‘Separa Halal’, ‘Separuh Halal’ atau ‘Gred Halal dengan 3 Bintang’ atau sebagainya. Setiap bahan dan sumbernya perlulah 100% Halal dan tidak menimbulkan rasa was-was atau keraguan mengenai status Halalnya. Ini adalah kerana setiap sumber yang Haram akan menjadi darah daging kita dan akan menjejaskan amalan, doa dan personaliti seseorang.

Dalam kita membincangkan konsep haram, ia bukan sahaja meliputi makanan yang kita makan tidak mengandungi khinzir, malah ia meliputi konsep yang lebih luas lagi seperti sumber pendapatan, cara hidup dan lain-lain lagi.

"Hujung minggu ini saya terpaksa hadir kursus 2 hari di Putrajaya bersama Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor (LPHS) dan wakil-wakil dari PBT dan PTG.


Pada mulanya ingat hendak hadir pembukaan dan penutup sahaja sebab terpaksa berceramah di Bukit Gantang pada malam Ahad. Tetapi setelah berbincang dengan beberapa orang sahabat, saya telah mengambil keputusan untuk hadir di sepanjang kursus tersebut. Hendak jaga imej Exco PAS. Benar-benar serius dan bukan ponteng-ponteng. Ceramah mungkin ramai lagi yang boleh ganti.


Tadi selepas, perbincangan dalam kumpulan saya telah ke Alamanda. Pertama kali saya sampai di kompleks membeli belah itu.


Di "food court"nya, Medan Selera Rasa, saya mencari-cari gerai untuk makan. Nasi ayam di sebuah gerai nampak sungguh menyelerakan. Yang menjual nampak seperti orang Islam tetapi alangkah terkejutnya apabila saya menghampiri untuk membuat pesanan. Ketiga-tiga orang pekerja mempunyai "tatoo" yang besar di kedua-dua lengan mereka.


"Islamkah mereka?", saya bertanya di dalam hati.


Yang menghairankan, yang membeli adalah orang-orang Islam. Ada pula yang bertudung. Tetapi tidak terasa apa-apa bila melihat "tatoo-tatoo" yang jelas itu. Tidak ada rasa was-was. Tidak sensitif. Beginilah orang Melayu, telan sahajalah!


Baru-baru ini di Kg. Sg. Kayu Ara, JAIS dan MBPJ membuat serbuan ke atas sebuah premis yang kononnya menyembelih ayam secara halal tetapi rupa-rupanya urat-urat leher pun tidak putus.


Kemudian ada kes ayam-ayam yang diimpot dari Thailand kononnya halal tetapi ayam-ayam itu telah dipancung.


Tetapi adakah orang-orang Melayu peduli? Jangan-jangan biawak jika dicop halal akan ditelan juga."

UMNO/BN sudah GILA, guna gadis seksi pancing undi!

The crowd which attended a dinner bash at the fishing village of Kampung Baru Sepetang, Bukit Gantang were treated to a sumptuous dinner and a sizzling performance by hot pants-clad beauties, reports Malaysiakini.

Kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan calon BN Ismail Saffian di majlis makan malam yang diserikan persembahan konsert gadis berimej seksi di Kampung Baru Kuala Sepetang di Bukit Gantang malam tadi kini telah menjadi bahan perbualan.

Photobucket

Berita penuh klik di sini. Zahid kata 'ini adalah budaya komunti Cina." Benarkah? Lihat video di sini.

Ramai orang dan banyak pihak yang tidak begitu bersetuju dengan penulis muda Faisal Tehrani. Saya juga kadang-kadang ‘angin’ dengan komentar beliau, lebih-lebih lagi berkenaan politik.

Walaupun begitu, saya berpendirian bahawa saudara Faisal berjuang dalam rangka pendapat dan ruang lingkup yang dia tunjangi. Saya menghormati pandangan beliau. Pastinya saya sememangnya sangat meminati karya-karya Faisal yang agak sinis, kontemporari dan mencabar minda. Saya pernah beberapa kali berjumpa beliau dan berbual-bual mesra.

Sila baca resensi saya terhadap novel-novel beliau dan komentar lain:

Jarum Zionis melalui liberalisme dalam Tuhan Manusia

Detektif Indigo – bukan siri penyiasatan era 80-an dan 90-an

Faisal pertahankan prinsip

Mengapa Faisal Tehrani marah-marah?

Marah tulisan Jawi, perjuangan apa sebegini?

Apa pandangan beliau terhadap calon Parlimen Bukit Gantang, Perak bagi pilihanraya kecil di sana pada 7 April 2009 ini? Jom baca dan teliti.

“Oleh kerana Naib Presiden UMNO yang baharu Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein di perhimpunan agung UMNO baru-baru ini, masih berlengah membuat keputusan segera mengenai penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik (PPSMI), saya tidak dapat menafikan sebagai pengarang sastera Melayu dan 'pejuang bahasa Melayu tidak rasmi' saya berkewajiban memperakukan (endorsing) Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin berbanding Ismail Saffian. Calon bebas Kamarul Ramizu Idris pula tidak diketahui pendiriannya. Sikap saya jelas, saya tidak tergamak menderhakai bahasa Melayu.

Ini adalah kerana, pada tahun 2006, Mohammad Syawwaal Mohammad Nizar Jamaluddin (anak calon PAS di Bukti Gantang), 10 tahun telah menyaman kerajaan, bersama-sama beberapa pelajar sekolah yang lain kerana kementerian pelajaran memilih untuk melaksanakan dasar yang menyebabkan sebilangan besar para pelajar (khususnya kaum Melayu) berdepan dengan pelbagai krisis.

Calon PAS di Bukit Gantang (klik sini untuk blog beliau) yang merupakan seorang jurutera dapat dijadikan contoh dalam hal kemahiran berbahasa. Selain merupakan graduan kejuruteraan dari University of Aston, Birmingham, England, beliau juga fasih berbahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Kantonis dan Hokkien. Beliau juga dikhabarkan dapat berbahasa Arab.”

Blog Universiti Terbuka PTS menulis, “Perlahan-lahan PAS telah berjaya, dan semakin hari semakin tambah berjaya, mengubah imejnya daripada imej sebuah parti orang-orang tua dan parti ustaz-ustaz kampung, kepada parti yang 'cool' di mata orang-orang muda, remaja, belia, pemuda dan pemudi yang moden serta berpelajaran.”

Ini juga benar bagi buku-buku agama. Jangan lagi buku-buku agama Islam yang banyak diterbitkan oleh banyak penerbit ditulis hanya untuk ustaz-ustazah. Saya berkata begini justeru kerana hampir kesemua buku agama dalam pelbagai topik/subjek ditulis seolah-olah hanya untuk bacaan golongan agama, walaupun ianya diharapkan dibaca oleh semua masyarakat.

Mengapa saya katakan demikian? Buku agama menggunakan terlalu banyak istilah Arab, ditulis dalam gaya lenggok bahasa Arab, dan ayat yang berbelit-belit. Orang awam yang tidak berpendidikan Arab akan terkial-kial untuk cuba memahami ilmu yang hendak disampaikan.

Ubahlah corak penampilan dan gaya penulisan buku agama, seperti juga PAS mengubah imejnya.

Dan parti Islam ini juga sudah terpahat di hati komuniti bukan Islam di Bukit Gantang, Taiping, Perak. Politik perkauman yang juarai oleh Umno dan hagemoni yang dipaksakan itu sudah tiba di penghujung, insyaAllah.

PAS UNTUK SEMUA!

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger