Jarum Zionis melalui liberalisme dalam Tuhan Manusia

Persetanlah apa yang berlaku di Perak. MALAS AKU, ARGHHHHHH! Baik baca buku.

“Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama.” Inilah ayat yang diulang-ulang pada setiap bab - dari bab 1 hingga bab 20 (juga epilog) – oleh Faisal Tehrani dalam novel Tuhan Manusia.

Novel ini tidak memuatkan banyak watak, tetapi sarat dengan idea falsafah dan diskusi antara konsep Islam liberal (yang sesat) dengan Islam lurus yang berlandaskan al-Quran dan sunah Nabi Muhammad (Sallallah-hualaihiwasallam). Memang benar, Faisal menggunakan teknik khutbah dalam novel ini. Sebahagian besar perbualan, diskusi, perbicaraan dan penghujahan ibarat ceramah yang penuh ilmu.

Baca seterusnya.

Jadilah Muslim sejati bukan suka-suka - penganut Buddha

Seperkara yang diakui Muhammad Chan mengenai beberapa asbab yang membawa kepada pengislamannya, selain menggemari kelunakan bilal melaungkan azan, meskipun tidak memahami maksudnya, beliau juga tertarik dengan salah satu ibadat wajib bagi penganut agama Islam iaitu melihat mereka mendirikan solat terutamanya solat Jumaat.

Katanya, melihat umat Islam berjemaah membuktikan satu disiplin serta kesatuan yang teguh. Kewajipan mendirikan solat lima waktu dalam sehari malah tidak termasuk solat sunat yang lain, turut menjelaskan betapa rapatnya hubungan seseorang Muslim itu dengan Allah. Ia secara tidak langsung menyedarkan saya betapa kita perlu kepada-Nya walau sesibuk manapun kita.

Menariknya tentang kisah pengislaman anak kedua daripada empat adik-beradik ini, keputusannya bergelar Muslim langsung tidak mendapat tentang ahli keluarga yang lain, waima isteri dan tiga anaknya.

Kemanisan pengislaman Muhammad Chan tambah bermakna apabila isterinya juga menurut jejak langkah bergelar Muslim tiga bulan kemudian dengan menggunakan nama, Aminah Lee Abdullah.

“Sebelum saya memeluk Islam, saya ada beritahu abang sulung. Saya agak terkejut kerana abang saya yang merupakan seorang penganut Buddha yang taat dan pengamal vegetarian hampir 15 tahun, langsung tidak menentang.

“Malah dia menasihatkan saya agar menjadi seorang Muslim yang sejati bukan atas dasar suka-suka ataupun berkepentingan lain,” kata Muhammad Chan yang sentiasa murah dengan senyuman.

Artikel asal di sini. Berkaitan: Islam Pilihanku

Faisal Tehrani, ini untuk saudara!

Saya sudah membaca novel Tunggu Teduh Dulu oleh Faisal Tehrani beberapa bulan lalu. Masih malas mahu membuat ulasan.

Apa yang saya mahu sampaikan di sini ialah chef Lusiana Catering (isteri saya) juga telah membaca novel ini. Tunggu Teduh Dulu adalah antara enam buku yang beliau baca di sepanjang bulan April 2009.

Faisal, isteri saya berpesan, “Abang, tolong sampaikan kepada Faisal. Dari muka surat pertama prolog, saya sudah jatuh cinta dengan novel ini.” Ok, Faisal, saya sudah sampaikan pesan itu.

Satu perkara lagi, apa sudah jadi dengan Rahsia Ummi? Saya lihat buku ini masih berlonggok-longgok, saya ulang BERLONGGOK di pejabat Zebra Editions Sdn. Bhd.

Kempen Anti Fluorida oleh PPIM

Saya dapat maklumat ini menerusi emel yang dihantar oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Sila baca dan fahami. Saya tidak pasti apakah tindakan yang kita sebagai pengguna patut ambil. Atau pihak kerajaan yang mesti lakukan sesuatu.

APA ITU FLUORIDA?


Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai
racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.


MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?


Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.


Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan NGO Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai "ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan" disebabkan kadar keracunannya tinggi.


Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.


Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.


Maklumat lanjut dan kempen Persatuan Pengguna Islam Malaysia di sini.

Undilah siapa sahaja, tapi jangan UMNO – SN Pak Samad

Berkaitan: Bahasa dan daulat.
SN Pak Samad: Begini caranya untuk selamatkan bahasa

Industri buku: Kita guna peraturan LAPUK – Ainon (PTS)

Dalam industri perbukuan, setiap tahun ratusan juta ringgit wang rakyat negara ini mengalir keluar bagi membayar harga buku-buku yang diimport. Buku-buku itu dicetak di luar negara, bermakna gaji pekerja di kilang-kilang percetakan di luar negara itu dibayar oleh pembeli buku-buku yang kita import.

Undang-undang import buku yang kita gunakan sekarang adalah undang-undang yang dibuat oleh penjajah Inggeris dahulu bagi membolehkan buku-buku yang dicetak di England dibawa masuk ke negara ini. Buku-buku itu pula tidak dicukai. Semua buku teks sekolah aliran Inggeris waktu itu adalah diterbitkan dan dicetak di England. Begitulah salah satu cara penjajah Inggeris merompak kekayaan kita bagi mengkayakan mereka sendiri.


Baca seterusnya.


Dalam industri buku pun ada RASUAH!


Sambil minum kopi, kontraktor itu meluahkan perasaan sakit hatinya terhadap pegawai kerajaan yang 'main persen-persen'. Katanya, beliau baru terserempak dengan seorang pegawai kementerian yang berkata dia boleh rekomen supaya syarikatnya mendapat tender RM1.5 juta, tetapi dengan syarat dia diberi 20%. Yang membuat kontraktor itu makin sakit hati adalah kerana pegawai itu seorang perempuan.


Baca seterusnya.


*** Selamat bercuti untuk semua. Saya pun balik kampung.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger