Fenomena Nizar: Setiap ahli PAS kena baca buku mengenai politik

Setiap dari ahli PAS disaran agar memiliki pengetahuan mengenai ilmu politik dengan membaca buku. Demikian ujar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat kepada lebih 100 pengunjung yang hadir pada pelancaran buku bertajuk Fenomena Nizar. Buku ini adalah karya Wan Ji Wan Husin dan Saifulamri M.Husin, dilancarkan di gerai Anbakri Publika Sdn Bhd pada Jumaat 5 Jun 2009 di Muktamar Tahunan PAS 55. Shah Alam.

"Ilmu politik tiada di sekolah, kalau kita ingin memperolehi ilmu politik, maka kita kena baca buku yang ditulis oleh orang politik.” Malah ujar Menteri Besar Kelantan itu tindakan tersebut akan dapat menjadikan diri seseorang mempunyai ilmu semasa.


"Ia adalah bertujuan untuk meletakkan diri sebagai orang yang memiliki ilmu berbentuk semasa (politik)," ujarnya. Malah, beliau mengingatkan agar mencari ilmu yang kebiasaannya diperoleh menerusi membaca, supaya dengan ilmu tersebut dapat menjaga diri seseorang.

Dari penerbit

Dia adalah lahar panas dari letupan gunung berapi. Bersamanya ada bahang, magma, baja dan geliga. Dia lambang ketabahan. Dia menjadi simbol bergerak sebuah perjuangan Islam terkini- menentang kemungkaran dan ketidakadilan di Malaysia. Kami berpuas hati untuk mengangkat sebuah cakaran seputar kemelut politik di negeri bijih yang sangat unik ini. Kerana ia mungkin dicetuskan oleh seekor raksasa di Putrajaya.

Buku ini merekodkan sebuah perjalanan sejarah yang cukup mahal. Ia membawa catatan perkhabaran tentang pengkhianatan demokrasi yang cukup ’real’ oleh para elit dan pemain kuasa di Ipoh dan Putrajaya. Kami rasa cukup terpanggil untuk mendaftar nama dan setiap gerak dari tindak aksi mereka untuk simpanan dan kajian buat generasi Malaysia yang akan datang.

Jiwa adalah rumah kita. Mata adalah jendela kita. Seluruh anggota menjadi pesuruhnya. Dan, hati jualah yang mampu menanggapi keruh jernihnya sebuah kejadian samada ia adalah tuah atau tragedi. Ya Allah. Jadikanlah kami dikalangan orang-orang yang tidak mudah lupa.

Sekali lagi: PAS tidak akan sertai UMNO

Muslimat da'i kepada masyarakat


E-buku percuma: Discover Islam

The project of Discover Islam present "Discover Islam Web Book" to those who are seeking the truth.The most comprehensive Web Book about Islam.

The Web Book CD includes: The Holy Quran (eBook), Holy Quran Software, Recitation of Holy Quran With English Translation, Islamic audio, Islamic flash video, Islamic software, Islamic eBooks, Islamic Software, Islamic mp3, Quran recitation in mp3, Quranic Searching.


This is a very useful Web Book CD for anyone Muslims/non-Muslims who are searching for information on Islam or want to learn more about the Islam.


The web book is a convenient and easy way to gain knowledge about Islam. You can learn about Islam wherever you are - on the road, at home, in the office.

Click here to download

(P/s: Hari ini saya ada sesi katering kahwin di Taman Maluri, makan tengah hari di Akademi Sains dan BBQ di Port Dickson. Alhamdulillah)

Indahnya hidup bersyariat – Ismail Kamus

Seorang sahabat saya memberitahu buku terbaharu Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid berjudul Indahnya Hidup Bersyariat laku keras di Muktamar Tahunan PAS 55 di Shah Alam ketika ini.

Isi buku Indahnya Hidup Bersyariat ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.


Pertama kali saya melihat buku ini ialah semasa sesi katering di Jobstreet.com di Medan Tuanku, Jalan Tunku Abdul Rahman pada 29 Mei 2009. Seperti biasa jika saya ke sana, saya tidak akan lepaskan peluang ke Pustaka Mukmin dan Minerva. Semasa di Pustaka Mikmin saya membelek-belek melihat isi kandungan buku ini. Ternyata menarik.


Alhamdulillah, walaupun ilmu fardu ain yang wajib untuk diri sendiri dan keluarga sudah saya ketahui dan amalkan, ternyata ilmu fardu kifayah saya agak kurang. Tarikan utama buku Indahnya Hidup Bersyariat ialah desain kulit, susunan bab-bab, reka letak isi kandungan dan gaya persembahan. Banyak gambar sebenar dipaparkan bagi memudahkan pembacaan dan terus dipraktikkan.


Buku terbitan Telaga Biru ini berhalaman 307 dengan harga RM55.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM57.00 (Sabah & Sarawak). Pastinya agak mahal, tetapi berbaloi dengan kertas berkilat yang digunakan dan persembahan buku berkulit keras yang kelihatan ‘mewah’.


Berkaitan: Teguran kepada ahli dan penyokong PAS -
Cukup hanya ‘membaca’ al-Quran?

Selangor ambil alih yuran daftar pasar malam MPAJ RM50

Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor bersetuju kos mengambil alih pasar-pasar malam MPAJ akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ini bermakna pengurus-pengurus pasar malam yang baru tidak perlu memungut yuran pendaftaran RM50 dari para peniaga, kata Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad.

“Sebelum ini para peniaga telah mengadu menghadapi masalah untuk membayar yuran pendaftaran ini. Perkara ini telah dibangkitkan semasa mesyuarat Exco hari ini dan keputusan telah diambil untuk memansuhkan yuran RM50 ini. Keputusan ini menguntungkan semua pihak sama ada peniaga atau pengurus pasar malam.


Kebanyakan pengurus-pengurus pasar malam yang baru terdiri dari jawatankuasa penduduk atau JKP yang baru dibentuk dan tidak mempunyai modal. Semasa pemerintahan BN, kebanyakan pasar-pasar malam dikendalikan oleh cawangan-cawangan parti komponen BN yang mempunyai modal yang banyak.”


Teruskan amalan kerajaan berkebajikan, PR.

Lagi-lagi PAS masuk UMNO. Apahal!?

"Saya ambil kesempatan di sini untuk sekelian kalinya menegaskan bahawa pemimpin tertinggi parti tidak pernah punya sebarang niat atau perancangan untuk masuk Umno atau BN. Islam yang kita perjuangkan ini diambil nasnya dari al-Quran dan al-Sunnah.

"Al-Quran dan al-Sunnahah yang mengajar kita untuk mengenal siapa musuh dan siapa kawan, ketika mana hendak berperang dan ketika mana pula untuk berdamai.


"PAS bukan sekadar parti pembangkang - asal bantah sahaja semua tindakan parti kerajaan tetapi PAS kini adalah sebuah parti Islam yang telah bersedia untuk mengambil alih kepimpinan negara dalam masa terdekat dan membawa pimpinan alternatif kepada seluruh Malaysia dengan izin Allah.” (
Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa)

Mursyidul Am PAS, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga menentang sebarang usaha ke arah menjalin hubungan dengan Umno dan BN. Jangan ada pemimpin PAS yang gatal dan tidak malu serta lupakan perjuangan Islam yang dibawa. Jangan tamak dengan politik keduniaan. Saya sebagai pendokong perjuangan Islam MENENTANG SEKERAS-KERASNYA! ADA FAHAM!?


Ucapan penuh Nasharudin di sini.

Laporan seorang sahabat di sini.

PAS perlu bergerak mendokong gerakan massa – Mat Sabu

Ini cebisan temubual mStar Online bersama pemimpin PAS, Mohamad Sabu. Untuk kebaikan Islam dan rakyat Malaysia, insyaAllah, saya terbitkan kembali.

"Perkembangan PAS muktahir ini terutamanya selepas terbentuknya Pakatan Rakyat. Orang-orang bukan Islam mula mendekati PAS dan menghormati pemimpin-pemimpin PAS seperti Tok Guru Nik Aziz, kehebatan beliau memerintah dengan penuh tanggungjawab, tidak terlibat dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan tidak membina kekayaan untuk peribadi dan kaum keluarga.


Orang Cina terutama sekali amat benci dengan isu rasuah dan politik wang kerana saya pasti mereka adalah pembayar cukai paling besar di negara kita. Orang Melayu pun ada bayar cukai tapi ia lebih kepada cukai secara tidak langsung. Mereka (orang Cina) merasakan sudah tiba masanya mereka mencari alternatif lain untuk mencari parti memerintah baik dan selepas piliihan raya umum ke-12 Mac lalu, mereka melihat Pakatan Rakyat merupakan alternatif yang terbaik.


Jadi untuk lebih mendekati orang-orang bukan Melayu, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), ahli sukan, golongan belia, golongan seni dan budayawan saya menawarkan diri untuk memainkan peranan dalam bidang itu untuk membawa mereka bersama dengan PAS.


Selepas Presiden (Datuk Seri Hadi Awang) berjaya mendapat sokongan NGO dan beberapa pertubuhan Islam. Saya lihat saya boleh membantu Presiden untuk menambah sokongan bukan Islam, seniman dan sebagainya. Kebetulan saya terlibat secara tidak langsung dalam Gerakan Mansuh Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bersama-sama Sasterawan Negara, Tan Sri A. Samad Said, saya boleh memainkan peranan dalam bidang ini untuk meluaskan pengaruh PAS.

(Berkaitan:
PPSMI dianggap gagal – Datuk Dr Anwar)

PAS perlu bergerak mendokong gerakan massa. Jika PAS hanya mengharapkan kepada sokongan orang Melayu semata-mata, kita akan dapat memerintah Kelantan dan Terengganu secara sahaja. Jadi untuk melebarkan pengaruh kita perlu berkerjasama dengan kaum-kaum lain dan pertubuhan NGO.


Dalam masa yang sama, perjuangan kita menentang isu rasuah, nepotisme, penyalah gunaan kuasa perlu diteruskan kerana dalam semua agama, perkara-perkara yang diperkatakan itu sangat ditegah dan kita menghormati orang yang berprinsip, ini yang perlu diketengahkan.


Ulama-ulama PAS perlu muncul untuk menjadi pimpinan ummah kepada sekalian rakyat merentasi kerangka sebagai parti Islam kepada parti yang boleh diterima oleh apa jua kaum tanpa mengira apa jua fahaman agama yang dianuti oleh mereka."


Wawancara penuh di sini.


Dalam perkembangan lain, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memulakan kempen anti rasuah pentadbiran kerajaannya dengan menawarkan wang tunai RM10,000 kepada kakitangan awam yang bersedia dan mampu memberikan maklumat mengenai kegiatan rasuah di negeri itu.

Berbezakah “Ah Long” dari syarikat kewangan berlesen?

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman dipetik oleh Bernama sebagai berkata bahawa Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Akta Pencegahan Pembiayaan Kewangan 2001 memperuntukkan hukuman berat terhadap peminjam wang tidak berlesen iaitu ceti haram atau "Ah Long".

Beliau berkata satu jawatankuasa kerja ditubuhkan untuk bertanggungjawab memastikan kempen kesedaran dijalankan secara berterusan serta tindakan penguatkuasaan dilaksanakan sepenuhnya.


Akta itu memperuntukkan mereka yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM5 juta dan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Beliau berkata sehingga kini sebanyak lima kes masih disiasat berhubung kes Ah Long termasuk kes terbaru yang membabitkan kekejaman Ah Long yang memperlakukan tiga lelaki seperti binatang dengan merantai leher dan kaki mereka kerana gagal membayar hutang, serta dikurung dalam "lokap" buatan sendiri.


Baguslah jika pihak kerajaan sedar akan ‘kekejaman’ komuniti ceti ganas ini. Bagaimana pula dengan bank dan institusi kewangan yang dihalalkan urusan kewangannya? Tidakkah ada kemungkinan bahawa taktik Ah Long juga digunakan bagi mendapatkan kembali pinjaman daripada peminjam yang tidak ada duit?


Bank dan syarikat kewangan juga turut menggunakan khidmat kaki pukul atau komuniti samseng serta entiti ‘pengutip hutang’. Dalam kes pinjaman kenderaan, salah satu cara yang digunakan ialah menyekat kereta di mana-mana sahaja dan bersoal-jawab dengan si peminjam secara baik tetapi ‘dengan nada dan muka penuh ugutan.’


Saya pernah menerima panggilan dari syarikat pengutip hutang yang menyatakan, “Encik kalau tidak bayar, harta benda Encik akan dirampas!”.
Nadanya sarat ugutan dan mengancam, tanpa mengira perasan orang. Apakah ini dibenarkan oleh undang-undang? Jika kaedah ini bersalahan dengan peraturan, mengapa pihak berwajib pekakkan telinga?

Si peminjam bukan sengaja tidak mahu membayar balik baki pinjaman. Cuma si peminjam mengalami masalah kewangan disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Sudah nyata bahawa sistem kewangan kapitalis yang mengamalkan riba (yang jelas haram di sisi Islam) amat menjerut leher dan kehidupan rakyat.


Itu belum termasuk lagi surat berupa ugutan dari syarikat pengutip hutang dan firma guaman kepada si peminjam. Ditambah pula setiap surat yang sampai akan dikenakan kos kepada si peminjam. Menambah beban lagi. Sudahlah memang tidak berduit, ditambah lagi dengan kos-kos yang entah apa-apa. Tidakkah syarikat kewangan dan firma guaman sedar (atau sengaja butakan mata dan hati) bahawa sudahlah tidak dapat membayar ansuran bulanan, tambah pula yang lain.

Ugutan yang dihalalkan ini semestinya menganggu emosi dan mendera jiwa si peminjam. Tidakkah ini juga termasuk dalam Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Akta Pencegahan Pembiayaan Kewangan 2001?

PPSMI dan UMNO: Nurturing of language is nurturing of culture

Baca di bawah falsafah kumpulan Popular Holding, syarikat empunya rangkaian gedung buku terbesar di Malaysia. Ya, memang Popular ditubuhkan di Singapura, namun falsafahnya saya sanjung.

“Language is an element of culture that contributes to every aspect of human relationship. When a people’s native language is not being regularly used, that is to say, the owners of that language and culture will be at lost. So, as a passionate contributor to bahasa Melayu, the national language with appreciation of our ethnic culture, Popular Holding fosters the love of ethnic language and culture through a strong and firm retail channel. We believe that nurturing of language is nurturing of culture.” (Pop Club magazine, May 2009)

Fahamkah atau tidak, wahai UMNO?

Sudahlah UMNO dan Utusan Malaysia dengan Melayunya!

Laman berita Malaysiakini memetik bahawa bekas pemimpin UMNO Zaid Ibrahim ‘angin’ dengan pendekatan akhbar Utusan Malaysia yang hanya pandai memainkan sentimen perkauman.

‘Kaum, kaum dan kaum’ adalah tema utama Utusan dan sebab itulah kenapa kadar penerimaan (orang-orang yang membacanya) menurun, kata Zaid.

Sebab itu, Tok Guru Mursyidul Am Pas merangkap Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat pernah berkata, “Kita (baca UMNO) di Malaysia suka sebut ketuanan Melayu, sebab Melayu bangsa asal. Tetapi kita lupa bahawa bumi ini adalah kepunyaan Allah. Sepatutnya kita kena sebut ketuanan Allah. Beginilah cara berfikir orang-orang beriman.”

“Jika pemimpin Melayu asyik melaungkan perkataan ‘hidup Melayu’ dan asyik menghunus keris Melayu, sampai bila-bilapun perasaan perkauman tidak akan menipis. Orang akan lari dari Islam kerana sikap perkauman pemimpin Melayu.”

Berkaitan: Hagemoni UMNO: Hidup dan keris Melayu tidak untuk Malaysia

P/s: Saya dan keluarga sudah bertahun-tahun tidak membaca Utusan Malaysia yang meloyakan itu.

Video: Pengawal Penjara Guantanamo peluk Islam

Halal Food & Catering Services: Lusiana Catering

Copyright © 2010 - Buana Ini - is proudly powered by Blogger