Khusus bagi saudara yang berada di sekitar Bangi. Pada 11 julai 2009 (Sabtu) jam 5.00 petang, bertempat di Kompleks PKNS, Bangi akan diadakan sesi bicara buku yang bertajuk Wajah Baru Politik Malaysia. Buku ini tulisan Dr. Mujahid Yusof Rawa. Antara panel yang akan membedah buku ini ialah Dr. Dzulkifli Ahmad, Tuan Hj Annual Bakri Haron dan Ustaz Zamri Zainal Abidin selaku moderator dari radio IKIM.FM.

Buku Wajah Baru Politik Malaysia diterbitkan oleh Anbakri Publika Sdn Bhd.

Sinopsis Islam Adil Untuk Semua

Keadilan mengikut pentafsiran demokrasi Barat tidak lengkap dan menyeluruh kerana dikongkong perasaan perkauman, bangsa, pengaruh harta, pangkat dan monopoli politik. Islam tampil menjadi penyelamat serta pelindung dalam menjaga keadilan, kebebasan dan hak semua manusia tanpa menafikan prinsip demokrasi.

Menurut Orentalis Barat Snouck Hurgronje, “Yang wajib ditakuti oleh pemerintah Barat bukanlah Islam sebagai agama, tetapi Islam sebagai doktrin politik”. Kesannya, Islam difitnah sebagai agama kolot, menindas, merendahkan hak wanita, melaksana undang-undang rimba dan monopoli harta.

Buku ini mengupas secara jelas konsep dan aplikasi Islam menjaga dan memelihara keadilan kepada semua kelompok masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Ia merangkumi pentadbiran politik, transaksi ekonomi, kesaksamaan sistem kehakiman, hak keadilan wanita dan orang bukan Islam. Buku ini juga menjelaskan asas-asas adil dalam islam dan fasafah serta prinsip keadilan Islam secara mudah dan terperinci.

Buku Islam Adil Untuk Semua diterbitkan oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Pautan: Haji Hadi lancar buku buku Islam Adil Untuk Semua.

Fenomena Nizar dan Manek Urai, kita GEMPUR!

Harakahdaily melaporkan bahawa seawal jam 7 pagi lebih 10,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat berkumpul di pekarangan Masjid Jauhar untuk memberikan sokongan kepada calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah dalam proses pencalonan yang telah berlangsung secara tenteram di Manek Urai. Baca lagi.

Laporan Malaysiakini: Hampir 10,000 penyokong PAS.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selepas Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman mendedahkan akan berlakunya pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak, kini Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak pula yakin dengan pendedahan itu.

Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang melaungkan keyakinan keadaan yang kucar-kacir yang berlaku di Perak sejak rampasan kuasa berlaku kini semakin membimbangkan dan menyebabkan pembubaran Dun terpaksa dilakukan.

Keyakinan beliau itu berasas kerana prestasi kerajaan yang memerintah di Perak hari ini semakin dipertikai. Kerajaan sedia ada juga dikatakan tidak mampu mentadbir dengan baik berikutan situasi yang tidak tentu hala yang melanda negeri tersebut.


Paling tragis katanya, dalam masa terdekat juga Sidang Dun Perak perlu diadakan berhubung kelulusan Belanjawan 2010 yang pastinya sekali lagi akan mengundang kekecohan.


Nizar mendedahkan beberapa ahli Parlimen dan wakil rakyat BN turut menyetujui kekalutan yang berlaku di Perak boleh diselesaikan hanya dengan pembubaran Dun Perak bagi membolehkan pilihan raya kecil negeri diadakan. (Sumber: Harakahdaily)

PPSMI: Lupus kepercayaan terhadap budaya politik

Kira-kira tengah hari tadi sedang mengais-ngais tanah, mencabut rumput di pekarangan, telefon bimbit di saku berbunyi. Selepas menyambut salam daripada sdr Azizi, Timbalan Pengerusi ABIM, Perak, dia mengundang saya ke seminar tentang PPSMI pada 12 Julai di Perak. Saya memohon maaf kerana pada hari berkenaan sudah ada acara lain dipersetujui.

Sdr Azizi bertanyakan bagaimana perkembangan PPSMI, terutama selepas ada beberapa pernyataan daripada TPM/Menteri Pelajaran yang akan membuat pernyataan pada Julai ini. Saya beritahu beliau, tunggu sampai betul-betul diputuskan apa buah butirnya. Janganlah percaya sangat terhadap apa jua bayangan keputusan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin politik bangsa kita.

Peristiwa PPSMI ini sudah membuktikan banyak sekali fikiran karut marut, dan juga janji-janji penyelesaian yang diucapkan oleh menteri, dan sokongan pemimpin tertentu terhadap penentangan PPSMI di belakang-belakang yang tidak boleh dipercayai.


Ini pengajaran yang besar bagi penulis, budayawan dan cendekiawan. Jangan mudah terpesona, terkeliru dan teruja akan cakap-cakap pemimpin politik. Hanya angka dan fakta yang boleh dipegang mulai hari ini. Kalau sekali kita tertipu itu wajar; kalau dua kali bererti kita leka dan lalai; kalau sampai tiga kali kita ini badut bodoh ( bloody fool ). Jadi benarlah seperti kata orang: politik itu seni serba mungkin, termasuk seni penipuan.


Apabila PPSMI itu dilaksanakan pada tahun 2003 itu adalah penipuan total dilakukan di depan mata rakyat.
Seluruh negara tertipu oleh kegelojohan dan keangkuhan politik. Mujurlah segelintir penulis, ilmuwan dan cendekiawan cepat-cepat bingkas bangun mendedahkan kebodohan keputusan politik nasional itu. Jadi sekurang-kurangnya walaupun belum dibatalkan, mata kita semua sudah celik; celik terhadap serangan politik terhadap tradisi, jati diri dan budaya bangsa. BERWASPADALAH DARI SEKARANG.

Jangan mudah menggadaikan kepercayaan. Ini adalah zaman budaya politik itu direnung dengan fikiran yang kritis-kreatif, ditapis, diragui kebenaran ucapannya, dan diteliti daripada setiap sudut, diperdebatkan sebelum diangguk. Jangan mudah terpesona dengan ketokohan. (Sumber: Bos lama saya, Dato’ Baha Zain, 1 Julai 2009)

UMNO tabur janji di Manek Urai, biasalah!

Setiap kali menjelang pilihan raya pastinya rakyat diumpan dengan pelbagai janji. Janjilah senjata akhir yang ditabur bagi menarik simpati orang ramai.

Begitu juga di Manek Urai sekarang janji yang manis di bibir diulang tayang lagi. Niat di hati untuk menarik pengundi. Penduduk Manek Urai dapat mendengar sendiri pelbagai janji yang disogok kepada mereka.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman dipetik Harakahdaily sebagai berkata bahawa, “janji merupakan budaya tidak berkesudahan kerana sudah lama berakar umbi dalam UMNO sejak dahulu sehingga sekarang setiap kali menjelang pilihan raya.”

"Umno boleh berjanji apa sahaja sebab itu sudah menjadi trend mereka, tapi kita yakin khususnya pengundi-pengundi Manek Urai sudah masak dengan keadaan ini. Rakyat boleh melihat dengan mata kepalanya sendiri.

UMNO memang sudah biasa dengan janji. Janji bahawa akan dibawa cinta sepenuh jiwa juga sebesar dunia. Sarat kasih yang muluk-muluk. Akhirnya janji dimungkiri, juga cinta ditabur seumpama racun berbisa!

*** We provide catering services for the following; courses, trainings and seminars, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western.

Thomas, bos DAP Kedah mengarut!

Malaysiakini quoted the DAP Kedah chief Thomas Su as saying that he claimed he had information that Alor Star City Council (MBAS) planned to demolish several Chinese and Hindu temples.

Ini adalah tuduhan yang amat melulu dari saudara Thomas. Sebagai parti Islam, saya amat percaya PAS tidak akan bertindak begitu. Ajaran agama ini tidak pernah mengajar penganutnya bersifat demikian. Merobohkan tempat ibadat agama lain bukan ajaran Nabi Muhammad bin Abdullah (S.A.W).
Islam adalah agama perdamaian dan toleransi.

Sama ada saudara Thomas silap mendapat maklumat ataupun ada ‘pihak-pihak tertentu’ yang menjadi tali barut pengadu domba bagi menghancurkan Pakatan Rakyat.

Hati-hatilah wahai sahabat dalam DAP. SEKALI LAGI SAYA KATAKAN, JANGAN TERMASUK JERANGKAP SAMAR PIHAK-PIHAK TERTENTU ITU, PASTINYA BUKAN DARI PAKATAN RAKYAT.

Isu babi Kedah, bukan di Manek Urai

Isu babi di Kedah terus dimainkan media UMNO/BN. Sengaja dibesar-besarkan oleh mereka justeru kerana ingin melihat Pakatan Rakyat goyah. Jika pemimpin PAS Kedah mungkin agak gelojoh, maka pemimpin DAP Kedah juga kelihatannya sarat perangai kebudak-budakan. Semuanya terperangkap dengan perang saraf UMNO.

ADUN DAP Kedah, Lee Guan Aik dipetik oleh mStar Online sebagai berkata bahawa “kerajaan negeri pimpinan PAS mungkin tidak sedar bahawa DAP telah memainkan peranan untuk memancing undi kaum Cina menyokong Pakatan Rakyat termasuk memberi undi kepada PAS pada pilihan raya umum lepas.” Bagi saya ungkapan merajuk ini umpama politikus hingusan.

Sedangkan babi di Melaka dan Negeri Sembilan lagi besar (di bawah kerajaan BN), mengapa babi di Kedah yang menjadi mangsa? Sekali lagi saya ingin bertanya, mengapa pemimpin PR (kes ini ialah PR Kedah) terikut-ikut rentak UMNO?

Dulu UMNO kacau kerajaan Selangor mengenai isu babi ini. Kini Kedah pula. Memang isu babi menjadi peluru bagi UMNO menembak PR. Pastinya setiap ulasan pemimpin PR Kedah akan menjadi bola tanggung UMNO. Tidak sedarkah wahai PR?

Saya tetap sokong Pakatan Rakyat.

Fenomena Nizar: Pembubaran Dun Perak pasti berlaku

Selepas Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman mendedahkan akan berlakunya pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak, kini Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak pula yakin dengan pendedahan itu.

Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang melaungkan keyakinan keadaan yang kucar-kacir yang berlaku di Perak sejak rampasan kuasa berlaku kini semakin membimbangkan dan menyebabkan pembubaran Dun terpaksa dilakukan.

Keyakinan beliau itu berasas kerana prestasi kerajaan yang memerintah di Perak hari ini semakin dipertikai. Kerajaan sedia ada juga dikatakan tidak mampu mentadbir dengan baik berikutan situasi yang tidak tentu hala yang melanda negeri tersebut.

Paling tragis katanya, dalam masa terdekat juga Sidang Dun Perak perlu diadakan berhubung kelulusan Belanjawan 2010 yang pastinya sekali lagi akan mengundang kekecohan.

Nizar mendedahkan beberapa ahli Parlimen dan wakil rakyat BN turut menyetujui kekalutan yang berlaku di Perak boleh diselesaikan hanya dengan pembubaran Dun Perak bagi membolehkan pilihan raya kecil negeri diadakan. (Sumber: Harakahdaily)

Buku Fenomena Nizar

Dia adalah lahar panas dari letupan gunung berapi. Bersamanya ada bahang, magma, baja dan geliga. Dia lambang ketabahan. Dia menjadi simbol bergerak sebuah perjuangan Islam terkini- menentang kemungkaran dan ketidakadilan di Malaysia.

Kami berpuas hati untuk mengangkat sebuah cakaran seputar kemelut politik di negeri bijih yang sangat unik ini. Kerana ia mungkin dicetuskan oleh seekor raksasa di Putrajaya.

Buku ini merekodkan sebuah perjalanan sejarah yang cukup mahal. Ia membawa catatan perkhabaran tentang pengkhianatan demokrasi yang cukup ’real’ oleh para elit dan pemain kuasa di Ipoh dan Putrajaya. Kami rasa cukup terpanggil untuk mendaftar nama dan setiap gerak dari tindak aksi mereka untuk simpanan dan kajian buat generasi Malaysia yang akan datang.

Jiwa adalah rumah kita. Mata adalah jendela kita. Seluruh anggota menjadi pesuruhnya. Dan, hati jualah yang mampu menanggapi keruh jernihnya sebuah kejadian samada ia adalah tuah atau tragedi. Ya Allah. Jadikanlah kami dikalangan orang-orang yang tidak mudah lupa. (Buku ini diterbitkan oleh Anbakri Publika)

Isu babi di Kedah

Pengarah pilihan raya PKR, Saifuddin Nasution Ismail, berkata isu DAP Kedah itu bukanlah sesuatu yang besar. "Kita pernah berdepan dengan kenyataan Karpal Singh (Pengerusi DAP) yang meminta Anwar meletak jawatan, itu jauh lebih besar. Jadi itu semua proses yang akan mematangkan diri kita.”

Penasihat DAP Lim Kit Siang pula berkata beliau menunggu laporan penuh daripada DAP Kedah tetapi menyifatkan perkara itu sebagai tidak serius.

Karpal Singh berkata isu berkenaan boleh diselesaikan."Saya tidak fikir masalah itu serius sehingga mampu memecahbelahkan pakatan pembangkang.”

Saya ada buat komentar di blog ini berkenaan isu ini, begini “DAP Kedah/Perlis masuk BN lah, lagi baik. Buat kacau PR sahaja. DAP Kedah/Perlis terlalu bersentimen tanpa usul periksa. Melatah bagai UMNO. Elok sangatlah!”

Apa maksud saya? Maknanya ialah PAS dan DAP Kedah jangan terikut-ikut stail UMNO. Dia orang memang suka sangat melaga-lagakan Pakatan Rakyat (PR). Yang hairannya, mengapa pemimpin PAS dan DAP Kedah keluarkan pandangan kepada akhbar? Bukankah UMNO / BN hanya menunggu bola tanggung untuk smash PR? Tidak mahu belajarkah?

Saya dengar bahawa pusat penyembelihan babi di Alor Star tersebut sudah menghentikan aktivitinya sebelum dirobohkan. Jika begitu, mengapa MB Kedah tergesa-gesa mengambil tindakan? Sabar, jangan gaduh, ok.

Semua pihak dalam PR wajib bersabar menyelesaikan isu yang berbangkit. Jangan cepat melatah bagai orang tua yang hilang ingatan. Tiada perkara yang tidak boleh diselesaikan melalui perbincangan dan toleransi. Jangan masuk perangkap UMNO!

Anasir teroris adalah anak kandung Zionis

Perhatikan segmen yang saya salin (dengan sedikit proses suntingan) dari buku Keganasan Menurut Perspektif Agama Yahudi, Kristian dan Islam.

"Antara perkara jahanam yang terangnya seterang pancaran mentari di kemuncak langit ialah protokol pertama Zionis yang memaktubkan bahawa perlunya melakukan kegiatan keganasan material dan spritual terhadap semua bangsa bukan-Yahudi. Protokol tersebut merangkumi usaha-usaha Zionis supaya kaum Yahudi dapat menguasai dunia dan memonopoli setiap sumber bagi menguatkan kedudukan dan membantu merealisasikan tujuan besar mereka.

Ketahuilah saudara bahawa keganasan atau anasir teroris adalah anak kandung Zionis! Kajilah kitab Taurat (yang sudah dipesong oleh Yahudi) yang banyak mengandungi dakyah dan ajaran supaya melaksanakan elemen teroris dan menghancurkan seluruh manusia selain Yahudi.

Dalam bidang sastera, protokol Yahudi Zionis memaktubkan: “Kita telah menyebarluaskan sastera yang sakit lagi keji. Jadikan sastera sebagai tunjang kebejatan nafsu di setiap negara besar yang mempunyai kepimpinannya sendiri.”

Yahudi adalah punca diskriminasi kaum, penghapusan etnik dan pembinasaan manusia. Doktrin mereka mencacak teguh asas pendustaan dan egoistik. Zahirnya bersinar, tetapi batinnya gelap dan hina. Ringkasnya segala kehinaan dan keganasan sama ada yang lampau dan kini, di hadapan atau di belakang adalah berpunca dari Yahudi Zionis. Betapa tidak, bukankah kitab Taurat yang sudah diselewengkan itu (bukan lagi ajaran Nabi Musa) adalah punca kepada elemen teroris."

DAP Kedah/Perlis masuk BN lah!

Malaysiakini melaporkan bahawa DAP Kedah memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.

Sebelum itu, pada jam 3.30 petang petugas Majlis Bandaraya Alor Star menjalankan operasi merobohkan pusat penyembelihan tersebut. Berikutan itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su dan penyokongnya cuba menghalang operasi tersebut tetapi tidak berjaya.

DAP negeri kemudiannya mengadakan satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan insiden tersebut. Dan pada kira-kira jam 5 petang semalam, Thomas mengumumkan keputusdan DAP Kedah/Perlis untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Sementara itu, difahamkan ibu pejabat DAP pusat akan mengadakan mesyuarat tergempar esok untuk membincangkan perkara tersebut.


Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Azizan dipetik oleh blog Perisik Rakyat sebagai berkata:

"Saya tak pernah mengarahkan premis itu dirobohkan apatah lagi itu keperluan mereka, tetapi mereka yang minta tangguh selama sebulan. Saya layan dan beri kerjasama. Saya telah meminta mereka mencari tampat baru dulu tapi mereka bohong, selepas sebulan tiada apa-apa dan sekarang (bila dirobohkan) mereka hendak keluar (dari PR Kedah). Keluarlah kalau DAP Kedah lebih berkuasa dari DAP pusat.


"Saya serahkan kepada PAS pusat dan pimpinan Pakatan Rakyat peringkat Pusat untuk menilai dan menentukan isu ini. Apa yang saya kesal mereka ini main politik apa.....seolah-olah mahu kembalikan kerajaan Kedah kepada depa (BN).


"Dulu semasa berbincang mengenai kerajaan perpaduan dengan Umno mereka kacau, sekarang pun kita sepakat dalam Pakatan Rakyat pun depa (mereka) kacau,” katanya.

Apa komen saudara? DAP Kedah/Perlis masuk BN lah, lagi baik. Buat kacau PR sahaja. DAP Kedah/Perlis terlalu bersentimen tanpa usul periksa. Melatah bagai UMNO. Elok sangatlah!

1Malaysia dan Manek Urai: Najib BN baru sedarkah? – Anuar Tan

Dasar Membangun Bersama Islam yang dilaksana kerajaan Kelantan sejak 1990 ternyata turut diterima rakyat pelbagai kaum di negeri ini. Ia mencerminkan seakan-akan konsep 1Kelantan apabila semua kaum dapat hidup dalam keadaan aman dan sentosa di bawah dasar tersebut.

Anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Anuar Tan Abdullah berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) baru sedar konsep tersebut sedangkan ia sudah lama diamalkan di Kelantan kini hampir 20 tahun.

Sedangkan konsep 1Malaysia baru diperkenalkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak selepas mengambil alih teraju pentadbiran negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi April lalu.

"Konsep 1Kelantan dibuktikan apabila masyarakat berbilang kaum di negeri ini dapat hidup aman damai. Mereka seperti satu keluarga.

"Keadaan itu berlaku kerana Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak awal lagi menekankan semua manusia adalah sama kerana berasal dari Nabi Adam dan Hawa.”

Beliau berkata, konsep 1Kelantan kini diterima pula rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak pada pilihan raya umum lalu setelah berjaya menolak kerajaan BN.

(P/s: 1Malaysia hanyalah retorik Najib yang ibarat mimpi indah!)

*** We provide catering services for the following; courses, trainings and seminars, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western.

Halal Food & Catering Services: Lusiana Catering

Copyright © 2010 - Buana Ini - is proudly powered by Blogger