87 peratus kata ISA kejam – undian di portal KDN

Sebanyak 91 peratus rakyat Malaysia mahukan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan menerusi undian yang dibuat di portal berita Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menurut Harakahdaily, sehingga pukul 10.00 pagi tadi sebanyak 5,409 ribu orang atau 91 peratus mahukan akta zalim tersebut dimansuhkan manakala 9 peratus (504 orang) lagi mahu ia diteruskan dengan semakan dan 0 peratus (23 orang) keliru.

Mengenai pandangan mengenai ISA, 88 peratus (5,130 orang) menganggap akta tersebut sebagai draconian law, 10 peratus (566 orang) menganggap preventive law manakala 2 peratus (145 orang) tidak pasti.

Dalam perkembangan yang sama, laman berita Malaysiakini melaporkan seramai 8,076 responden atau 91 peratus mahu ISA dihapuskan berbanding hanya 481 atau 92 peratus memilih jawapan yang sama semalam.

Semakan Malaysiakini, sehingga 7 malam ini, mendapati 7,688 responden atau 87 peratus menganggapnya "kejam" bagi soalan pertama itu.

Undian boleh dibuat di http://www.ikdn.gov.my/

Jeff Ooi perlu tarik balik kenyataan dangkal

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta Anggota Parlimen Jelutong, Jeff Ooi (foto kiri) supaya menarik balik kenyataannya yang menamakan Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebagai pertubuhan 'ekstremis agama'.

Bernama melaporkan Guan Eng berkata, “jika Ooi ada mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan JIM sebagai sebuah pertubuhan ekstremis agama, Ooi perlu meminta maaf.” Namun menurutnya, bagi kerajaan negeri pula ia tidak pernah menganggap pertubuhan itu sebagai ekstremis.


Ya, seperti biasa Lim Guan Eng bersikap telus dan bertolerensi. Beliau merupakan antara pemimpin DAP yang patut dicontohi. Tidak seperti Ooi, jika benar itu yang YB Jelutong ini katakan.


Tanpa menyalahkan Pakatan Rakyat dalam hal kelatahan Ooi ini, saya kira ahli DAP itu terlalu beremosi dan ternyata bahawa dia kurang matang dalam berpolitik. Ooi yang saya kenali sebagai wartawan dahulu seolah-olah terbelenggu dalam pemikiran jumud seperti mana yang diamalkan oleh sesetengah orang Melayu dalam UMNO.


Ooi juga dilaporkan berkata MPPP tidak seharusnya membenarkan seorang "ekstremis agama" berada di dalam pentadbirannya dan kerajaan negeri dilihat mewujudkan teladan yang berbahaya apabila membenarkan seorang ekstremis agama menyusup masuk ke dalam sistem kerajaan tempatan.


Saudara Ooi, adakah semua orang Islam yang bercita-cita ingin mendaulatkan Islam di bumi Malaysia ini adalah ekstremis? Jika begitu, semua ahli PAS dan sebahagian besar umat Islam (selain UMNO) adalah ekstremis. Apakah pemahaman dangkal sebegini yang saudara Ooi pegang?


Berkaitan:
Jeff Ooi tarik balik 'JIM ekstremis'

Jeff Ooi MELATAH dan BIADAP tuduh JIM ekstremis agama

Islam itu persahabatan

Beri galakan supaya bukan-Islam memahami al-Quran

Mansuhkan akta zalim ISA dan bela Teoh Beng Hock!

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta supaya kerajaan mengkaji secara menyeluruh keperluan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana Malaysia masih memerlukan suatu mekanisme penahanan pencegahan demi keselamatan dan kebaikan negara.

"Yang penting sekarang ini, adalah bagaimana hendak melaksanakannya. Itu yang perlu difikirkan. Alang-alang hendak kaji, kajilah secara menyeluruh," katanya seperti mana dipetik oleh mStar Online. Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan kerajaan baru-baru ini untuk mengkaji semula Akta itu.

Dalam perkembangan yang sama, Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata bahawa kalau sebelum ini pemimpin Barisan Nasional (BN) memperlekehkan perhimpunan aman rakyat bagi membantah sesuatu isu, namun kini suasana sudah bertukar.

Mereka tidak mampu lagi menyembunyikan perasaan cemas sehingga terpaksa mencari pelbagai isu bagi menghentam pemimpin Pakatan Rakyat. “Keadaan terdesak itu dapat dilihat apabila media pro-BN terpaksa mencipta pelbagai isu termasuk menyiarkan berita seorang bapa mendakwa anaknya diperalat.”

Manakala peniaga di Kuala Lumpur pula mendakwa mengalami kerugian besar ekoran demontrasi membantah ISA, Sabtu lalu. Mahfuz Omar berkata, pemimpin Umno sekarang mulai faham 'bahasa' rakyat melalui bantahan jalanan secara besar-besaran yang diadakan.

Jeff Ooi MELATAH dan BIADAP tuduh JIM ekstremis agama

Harakahdaily melaporkan bahawa atas kebiadapan Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi menuduh Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebagai 'ekstremis agama', ahli parlimen itu digesa menarik balik kenyataannya dan memohon maaf secara terbuka kepada badan berkenaan.

Ini berikutan kenyataan yang dibuat oleh Jeff Ooi, merangkap Ketua Staf Ketua Menteri Pulau Pinang yang disiarkan di dalam akhbar the Star Ahad lalu di halaman N12.


Ahli Parlimen Kulim Bandar Bahru, Zulkifli Nordin mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan, tohmahan dan dakwaan yang disifatkan terlalu dangkal kerana keangkuhan yang melampau.

"Jemaah Islah Malaysia adalah sebuah badan NGO berteraskan Islam yang menjadi badan naungan beribu-ribu pelajar Muslim Malaysia terutamanya yang belajar di luar negeri.

"JIM tidak ada kena mengena dengan Kumpulan JI yang difitnah dan ditohmah sebagai sebuah badan teroris oleh Barat dan yang sewaktu dengannya," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.


Kata Zulkifli kebanyakan pelajar Muslim Malaysia yang belajar di luar negeri akan menjadi ahli kepada beberapa gerakan dan NGO Islam samada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Jemaah Tabligh Malaysia ataupun Kelab Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan lain-lain.


Katanya lagi Jeff Ooi menuduh seseorang Muslim sebagai ekstremis kerana "bercita-cita untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang menerimapakai undang-undang syariah sepenuhnya" adalah satu pertuduhan yang biadap dan melampau.


Setiap muslim yang beriman katanya, samada di Malaysia atau di mana juga didunia ini, sudah pasti akan mempunyai cita-cita seperti itu namun cara dan mekanisma untuk mencapainya sahaja yang berbeza.


"Sebenarnya sikap yang ditunjukkan oleh YB Ooi dalam mengeluarkan kenyataan tersebut menyerlahkan sikap beliau sendiri sebagai seorang ekstremis," katanya.


Dalam pada itu, Presiden JIM, Jamaluddin Abdullah dipetik sebagai berkata bahawa Ooi sudah jauh tersasar dan melampau sehingga menuduh badan itu sebuah organisasi yang extremis di samping mengheret JIM dalam isu perbalahan antara ahli parlimen itu dan Razali Abdullah (dari Parti Keadilan Rakyat).


"Kami ingin jelaskan bahawa syariah adalah sistem bermatlamatkan keharmonian dan keamanan kepada dunia dan manusia.


"Dan cita-cita suci kami ini seiring dengan apa yang ingin dicapai oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan NGO Islam yang lain," katanya sambil menggesa Ooi menarik balik kenyataan tersebut.

Saya pernah beberapa kali bertemu saudara Jeff Ooi semasa bertugas sebagai wartawan IT dahulu. Saya sangat berharap YB ini jangan melatah dan mengikut rentak BN.

Mana saudara Jeff Ooi belajar semua ini? Sikap tidak menghormati NGO Islam, malah agama Islam itu sendiri merupakan sikap tidak matang beliau. Harapan saya semoga beliau cepat sedar dan jangan, sekali lagi, menjadi buah busuk dalam Pakatan Rakyat.

Hentikan sikap 'ala Zionis' – Wanita Pakatan Rakyat

Wanita Pakatan Rakyat menggesa agar kerajaan segera menghapuskan akta zalim ISA yang telah disalahguna oleh mereka yang berkuasa. Polis dipergunakan untuk melaksanakan wewenangan dengan kuasa yang terkandung dalam Akta zalim ISA. ISA memberi kuasa untuk menangkap dan memenjara rakyat tanpa alasan dan bukti yang sah.

Wanita Pakatan Rakyat juga amat kesal dengan kenyataan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil, dalam usaha menutup kelemahan Umno-BN, Sahrizat seolah-olah seperti Zionis Israel yang mempertikai kanak-kanak Palestin yang berada bersama-sama ibu bapa mereka dalam menegakkan kebenaran dan keadilan.

Baca seterusnya….

Tembak gas pemedih mata dan meriam air perkara biasa, kata polis

Selamat datang ke negara polis! Rakyat Malaysia yang mengadakan apa sahaja perhimpunan aman bagi membantah sebarang polisi tidak adil kerajaan UMNO/BN akan tetap berhadapan dengan tembakan gas pemedih mata dan lain-lain keganasan pasukan polis.

Ini dinyatakan secara terus terang oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Ismail Omar terhadap tindakan polis semasa perhimpunan mansuh-ISA di Kuala Lumpur semalam. Al-Jazeera memetik Ismail sebagai berkata bahawa “It was a standard procedure ... to disperse this crowd in Kuala Lumpur.”

Namun adakah rakyat takut dengan sebarang ugutan jahat pihak berkuasa? TIDAK SAMA SEKALI!!

Laporan penuh al-Jazeera.net di sini.

PAUTAN: Bantah ISA: Tahniah rakyat Malaysia pada 1 Ogos 2009

*** We provide catering services for the following; courses, trainings and seminars, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western.

Era Najib: Tentera MERAH terus mengganas!

1 Ogos. TAHNIAH untuk rakyat Malaysia yang sangat prihatin terhadap perlunya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dan sedang digunakan mesti dimansuhkan. Dari pelbagai sumber internet, hampir pasti bahawa hasrat 100,000 rakyat prihatin yang digembling oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tercapai.

Bagaimana dengan aku? Ah, aku sentiasa sibuk dengan urusan katering. Aku menyusun 10 jari memohon kemaafan kepada rakyat Malaysia kerana tidak dapat turut serta dalam perhimpunan itu. Namun sokongan aku supaya ISA dimansuhkan tidak pernah sirna dari nubari.

Aku pada 1 Ogos 2009 terpaksa menguruskan rezeki anugerah Allah. Pada hari itu, aku dan pasukan ada dua sesi katering yang terpaksa dilunaskan; satu waktu siang di USJ, Subang Jaya dan satu lagi sesi BBQ di sebelah malam di Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Dalam perjalanan pulang dari USJ ke Ampang, aku menggunakan Lebuhraya Persekutuan. Aku sudah tahu bahawa banyak jalan yang disekat polis. Bagai dijangka, sebelum pintu gerbang sempadan KL/Selangor lagi, jalan sudah terlalu sesak, merangkak-rangkak bagai kura-kura. Waktu itu jam sudah hampir 5 petang. Sebaik tiba di lokasi Mid Valley, Bangsar, aku lencongkan kenderaan ke sebelah kiri menggunakan jalan Cheras/Seremban.

Baca catatan seterusnya....

Halal Food & Catering Services: Lusiana Catering

Copyright © 2010 - Buana Ini - is proudly powered by Blogger