Selangor: Sultan Restui Tindakan Hassan Ali (video)

17 Ramadhan 1430H: Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hassan Ali sedia menerima teguran daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap tindakannya dalam mengukuhkan struktur pentadbiran Islam di negeri ini.

Beliau yang mengadap Baginda di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam petang semalam, memberi penjelasan terhadap semua tindakan yang dilakukan, termasuk menguatkuasakan undang-undang syariah sedia ada.


Dr Hassan yang ditemui Tvselangor, petang tadi memberitahu, baginda sultan memahami semua tindakan yang dilakukan dan ia merupakan perjumpaan rasmi untuk melaporkan perkembangan yang berlaku di negeri Selangor.


Beliau berkata, penjelasan tersebut meliputi larangan penjualan arak kepada masyarakat Islam dan penguatkuasaan yang harus dilakukan oleh pegawai masjid dan surau di seluruh negeri Selangor.


“Soal arak tentang penguatkuasaan itu di mana pegawai masjid, ini ditimbulkan dan untuk saya melaporkan perkara sebenar yang berlaku dan apa yang sedang dilakukan.


“Alhamdulilah baginda sangat faham apa yang berlaku dan sebab itu saya rasa hal ini bukan menjadi persoalan dan tidak menjadi masalah, cuma kita perlu mengupgrade dan meningkatkan mutu darjah pembangunan agama negeri Selangor,” katanya.


Beliau bagaimanapun menafikan laporan akhbar bahawa beliau dipanggil mengadap kerana tindakannya yang dianggap membelakangkan Sultan dalam hal ehwal islam di negeri ini.

“Apa yang dilaporkan oleh akhbar bukan itu kedudukannya, saya yang meminta ehsan tuanku untuk mengadap baginda, dan baginda menetapkan semalam sebagai tarikh untuk saya mengadap, sebagai exco kerajaan negeri Selangor berbagai-bagai perkara yang di laporkan sebagai rutin melaporkan kepada sultan tentang kemajuan dan masalah dihadapi untuk melonjakan Islam di negeri Selangor ini,” katanya.

Katanya, banyak perkara tentang perkembangan agama Islam dimaklumkan kepada Baginda, meliputi pendidikan, dakwah, masjid, surau, zakat dan pentadbiran mahkamah syariah di Selangor.

Beliau turut melaporkan tentang lawatannya ke Timur Tengah untuk bertemu pelajar bagi meningkatkan kemajuan pelajar anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sana.

“Kami melawat Syria, Mesir dan Jordan bertemu para pelajar, ini juga perlu diberitahu kepada tuanku, tentang keperluan-keperluan kepada pelajar, langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan kemajuan kepada pelajar, dari segi akedemik, kehidupan, sahsiah peribadi dan sebagainya kerana sebahagian besar dari pelajar tersebut menerima bantuan terus daripada Lembaga Zakat Selangor,” katanya.




(Sumber: Kemalia Othman, TVSelangor)

Secebis kisah: Hidup ini perjuangan

16 Ramadhan 1430H: Aku membelok kereta ke sebelah kanan memasuki pintu masuk Masjid Ar-Rahimah, Desa Pandan. Sebaik kereta diparkir, aku tergesa-gesa keluar menuju ke arah lokasi paip air untuk berwuduk. Usai wuduk, kaki pantas memasuki medan solat sambil menoleh ke sebelah kanan dinding melihat dua orang hamba Allah sedang berbicara perlahan.

Aku tidak menegur mereka berdua kerana waktu Asar sudah lewat.
Aku terus mengangkat takbir. Sebaik selesai berdoa, aku terus berdiri ingin keluar pulang ke rumah.

“Assalamualaikum, bang,” tegur salah seorang hamba Allah yang bersandar di tepi dinding tadi.

“Alaikumsalam warahmatullah,” jawab aku ringkas sambil menoleh ke arah mereka.

"Abang dari mana?,” dia bertanya.

“Saya baru balik dari kerja. Singgah sekejap untuk solat Asar. Sudah lewat, takut tidak sempat tiba di rumah nanti,” jelasku.

“Abang kerja apa?,” soal dia lagi sambil memandang aku.


Aku terus merapati kepada kedua-dua hamba Allah itu dan menghulurkan kedua-dua tangan untuk bersalam.
Salam bersambut dengan erat. “Apa hal?”, tanya saya agak kehairanan.

“Kami berdua sudah dua hari tinggal di masjid ini. Kerja tiada. Abang ada apa-apa kerja yang boleh kami buat?’, tanya dia lagi sambil memandang rakan yang agak gempal di sebelah.


Baca seterusnya.....

Kualiti Perjuangan – Dr. Maza

16 Ramadhan 1430H: Di bawah merupakan sebahagian komentar atau pandangan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (mantan Mufti Perlis) berkenaan kualiti sesuatu perjuangan. Saya teruja dan ingin berkongsi ilmu yang Dr. Maza turunkan ini, insyaAllah. Buka mata hati saudara bagi memahaminya.

Saya suka apabila ada pihak yang membezakan kualiti pengikut atau penyokong. Saya bukan tokoh politik, tetapi sering berjumpa berbagai pihak dan individu samada di tempat awam, tertutup atau melalui surat dan email yang menyebut: “saudara, saya penyokong anda”, atau “saya peminat anda”, atau “saya berikan sokongan penuh perjuangan anda”.


Jika saya sempat bersembang dengan mereka saya pasti akan bertanya: “apa yang anda sokong?”, “apa yang anda minat?”. Alhamdulillah, ramai yang menjawab: “saya pembaca setia tulisan anda”, atau “saya selalu mengikuti ucapan anda dalam berbagai media”, atau “saya sering menghadiri kuliah anda”.


Namun jika ada yang menjawab “saja, seronok-seronok” atau “kawan saya sokong anda, saya pun join kelab mereka”, atau “sekadar trend terkini” tentulah sesuatu yang mendukacitakan dan tidak memberi apa-apa makna kepada segala usaha dan penat lelah.


Saya dapati ramai orang politik cuai hakikat ini. Sesetengah parti politik, para pengikut mereka benar-benar tiada kualiti. Mereka tidak mendokong cita-cita perjuangan, atau tiada faham apa yang diperjuangkan, tetapi sekadar berseronok suka dengan ‘keramaian’ dan ‘faedah sampingan’ yang diperolehi.


Mereka tidak tahu idealisme perjuangan, atau jika tahu pun mereka tidak menghayatinya atau terasa sebahagian dari perjuangan mereka. Inilah yang kita lihat pada ramai anak-anak muda, bahkan yang tua juga yang bersorak-sorai dalam musim pilihanraya.


Ada parti yang benar-benar lesu cita-cita perjuangannya. Hilang arah dan matlamat perjuangan. Hidup atas isu atau sekadar hendak mempertahankan kerusi atau kuasa yang ada. Para pengikut bawahan mereka, hanya sekadar untuk mendapatkan upah menggantung poster, atau wang poket, atau ‘makan percuma’.


Politik sekadar untuk bersosial, bukan kerana ada perjuangan yang hendak digalas, maka hancurlah politik kita dan masa depan negara. Hal ini berlaku disebabkan banyak perkara, antaranya; perjuangan parti itu sendiri hilang arah, atau cita-cita perjuangannya tidak berpijak di alam nyata, atau perjuangannya tidak dapat diterima pengikut atau contoh teladan buruk kepimpinan parti yang menyebabkan segala idealismanya ditelan isu-isu peribadi.


Menetapkan halatuju perjuangan yang jelas dalam diri individu atau organisasi merupakan rukun utama dalam meneruskan perjalanan hidup. Sebab itulah, sebahagian sarjana ada yang menyatakan Islam itu adalah jawapan yang tepat kepada tiga soalan utama yang sentiasa muncul dalam akal pemikiran manusia sepanjang zaman; iaitu dari mana manusia wujud? Kenapa manusia diwujudkan? Ke mana akhirnya kesudahan kewujudan manusia?.


Islam menjawab persoalan-persoalan ini secara tepat. Jika sesiapa dapat memahami atau memberikan jawapan yang tepat kepada persoalan-persoalan ini, bererti dia memahami hakikat Islam. Dengan memahami hakikat ini, maka umat Islam dahulu yang gemilang berjuang.
Kejelasan matlamat dan halatuju hidup terbentang di hadapan mata mereka.

Maka jika hal ini dikiaskan kepada perjuangan apa sahaja, jika perjuangan itu dapat memberikan jawapan serta memahamkan pengikut mereka ‘bagaimanakah perjuangan mereka itu boleh muncul? Untuk apa mereka berjuang? Dan ke manakah kesudahannya perjuangan tersebut?, maka kita akan dapati kelangsungan perjuangan berkenaan. Jika tidak, ia adalah slogan khayalan yang tiada hakikat baginya.

Sekalipun, jika ia kelihatan gah dan besar, ia hanyalah singa atau raksasa kertas yang boleh dimusnahkan oleh sebatang mancis api. Jika jawapan itu benar-benar wujud sekalipun kecil ia mampu bergerak dan membawa dirinya sendiri.


(Sumber: Blog Minda Tajdid Dr. Maza)

*** Saya pengusaha
perkhidmatan katering. Andai saudara memerlukan perkhidmatan katering untuk keraian Aidilfitri 1430 Hijrah, sila hubungi saya. Perkhidmatan merangkumi Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. Kita boleh berbincang, insyaAllah.

Najib: Altantuya/Integriti polis -Tahniah Musa!

15 Ramadhan 1430H: Tahniahlah Tan Sri Musa. Kerjalah lagi, Tan Sri. Saya sebagai rakyat biasa tiada upaya untuk berkata apa. Tahniahlah dan teruskanlah BERKUASA!.Walaupun banyak bantahan, kerajaan Malaysia terus pekakkan telinga!

Bantahan yang dikemukakan bukan setakat omong kosong tanpa maklumat yang berautoriti. Namun rakyat sudah maklum bahawa banyak agensi kerajaan seperti PDRM dan SPRM memang cekap bila aduan melibatkan bukan ‘orang dia’. Jadi salahkah jika rakyat membuat kesimpulan bahawa PDRM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan dan pendakwaan terpilih?

BACA SETERUSNYA....

Di Mesir ada fatwa boleh tidak berpuasa justeru bolasepak

14 Ramadhan 1430H: Baru-baru ini satu badan keagamaan Mesir telah mengeluarkan fatwa membebaskan para pemain pasukan bolasepak nasional dari berpuasa selama bulan Ramadhan menjelang berlangsungnya pertandingan bolasepak antarabangsa, kata seorang staf berkenaan. Namun kebanyakan para pemain menolak fatwa tersebut.

Fatwa tersebut keluar menjelang kejuaraan dunia bolasepak di Mesir yang akan berlangsung pada 24 September nanti setelah Ramadhan berakhir.
Fatwa ini telah memicu kemarahan kelompok-kelompok Islam di negara itu.

Dar al-Ifta, jabatan agama negara Mesir yang memiliki autoriti untuk menjelaskan dan mengeluarkan fatwa-fatwa agama dilaporkan telah mengizinkan para pemain pasukan nasional Mesir untuk membatalkan puasa mereka, agar “latihan tidak terganggu dalam persiapan pertandingan bolasepak di bawah umur 20 tahun,” jelas Alaa Abdel Aziz kepada AFP.


Nasib baik para pemain menolak fatwa tersebut. Mereka tetap meminta untuk terus menjalankan ibadah puasa.


Dar al-Ifta menegaskan fatwa tersebut berasaskan kepada "seorang pemain yang terikat pada klausa kontrak, wajib untuk melaksanakan tugasnya sebagai pemain dan jika bermain bolasepak ini adalah sumber pendapatannya dan dirinya harus ikut serta dalam pertandingan sepanjang bulan Ramadhan dan dengan berpuasa mempengaruhinya selama ia bertanding - maka ia dibolehkan untuk membatalkan puasa,” kata jurucakap Dar al-Ifta Ibrahim Nigm kepada AFP.


Pendapat lembaga fatwa Mesir menyatakan bahawa "bagi mereka yang melakukan pekerjaan yang banyak mengeluarkan tenaga dan dapat menyebabkan tubuhnya menjadi lemah karena berpuasa, maka boleh membatalkan puasanya," kata Nigm.


Namun fatwa ini menyebabkan barisan ulamak Al-Azhar mengeluarkan pernyataan mereka yang menentang dan mencela fatwa yang membolehkan tidak berpuasa tersebut.

"Bermain bola tetaplah bermain bola, dan bukan merupakan bahagian penting dari kehidupan yang dapat membenarkan seseorang tidak berpuasa dan membatalkan puasa Ramadhan.”

Bahasa Melayu Tinggi selari dengan al-Quran – PTS

14 Ramadhan 1430H: Saya bukan pejuang bahasa Melayu, namun saya membantah dan membenci PPSMI. Saya juga tidak membenci bahasa Inggeris, malah boleh membaca, bercakap dan memahami bahasa penjajah ini.

Saya menentang pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Saya memang menyukai subjek sains dan matematik semasa di sekolah rendah dan menengah dahulu, dan saya skor dalam kedua-dua mata pelajaran itu. Saya juga agak mahir berbahasa Inggeris. Pernah menjawat tugas associate editor dan editor bagi satu majalah berbahasa Inggeris (BI). Klik di sini untuk mengetahuinya.

Saya tiada masalah membaca bahan-bahan dalam BI. Kemahiran saya menguasai BI bukannya melalui PPSMI, tetapi dari usaha sendiri yang sedar nasib seorang budak kampung.

Siapa budak kampung? Orang Melayulah! Saya sudah melihat bahawa PPSMI memang menghancurkan bangsa dan membuatkan anak-anak Melayu terus terperosok di kampung. Anak-anak peneroka di Felda tempat saya dibesarkan memang merosot dalam subjek sains dan matematik lantaran PPSMI.

Dalam hal penggunaan bahasa Melayu ini, sejak mengenali PTS Publications & Distributors Sd. Bhd. dan tahu perjuangannya, saya sentiasa melihat, memerhati dan menilai PTS dari pelbagai sudut. Walaupun saya tidak ada sebarang buku yang diterbitkan oleh mana-mana penerbit, namun saya mengikuti secara dekat dunia penerbitan sejak lama dahulu.

Semasa saya bekerja makan gaji di MIMOS Bhd. dan JARING Communications Sdn. Bhd., saya memang menjadi penulis bebas di banyak majalah dan penerbitan lain di Malaysia. Bidang penulisan saya ialah ICT/teknologi serta pandangan sudut sosial bagi segmen berkenaan.

Secara terus terang saya katakan bahawa semasa aktif menulis, saya menjadi antara ‘pencipta’ istilah ICT/teknologi bahasa Melayu yang amat kurang waktu itu.

Jadi perjuangan PTS dalam memartabatkan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) sangat saya sokong. Dokongan ini tiada sebarang kepentingan peribadi mahupun kewangan. Saya hanya ingin melihat bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu di negara tercinta ini.

Oleh sebab itu, jika saya menemui sebarang penggunaan Bahasa Melayu Rendah (BMR) dalam mana-mana penerbitan PTS, saya menjadi marah dan keliru. Ini benar lebih-lebih lagi dalam beberapa karya fiksyen terbitan PTS. Menurut hemat saya, PTS menodai perjuangan sendiri.

Baca entri berkenaan perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu Tinggi di blog Universiti Terbuka PTS.
PTS adalah sebuah penerbit buku-buku ilmu yang bebas-rasuah, syariah-compliant, dan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Dalam hal itu, apabila berhadapan dengan perkara-perkara yang kontroversial, maka persoalan itu akan dirujukkan kepada Quran dan hadis bagi mencari kata putusnya.

Sebagai contoh, dalam kes isu perbezaan pandangan berkenaan penggunaan bahasa tinggi (high variety) dan bahasa rendah (low variety). Sesetengah pendapat mengatakan bahasa rendah tidak patut digunakan kerana ia menurunkan mutu keindahan nilai susastera karya itu.

Pada pihak lain, ada pula pendapat yang mengatakan bahasa rendah patut dibiarkan kerana ada nilai komersialnya, di mana terdapat banyak pembaca yang suka membaca buku-buku yang ditulis menggunakan bahasa pasar, bahasa popular, atau 'bahasa sempoi'. Sebagai penerbit yang syariah-compliant, isu penggunaan bahasa tinggi dan bahasa rendah dirujukkan kepada Quran kerana kitab itu adalah panduan bagi orang-orang Islam.

Dalam Quran, tidak ada walau sepotong ayat pun yang tidak betul nahunya, ataupun yang menggunakan bahasa Arab rendah, ataupun yang mencampur-adukkan bahasa-bahasa lain. Semua dialog dalam Quran menggunakan bahasa Arab tinggi. Dialog kanak-kanak sekalipun tetap menggunakan bahasa Arab Tinggi. (Rujuk dialog Nabi Yusuf kepada bapanya.) Pada peringkat lebih detail, dalam Quran tidak terdapat penggunaan perkataan kontot seperti tak, dah, nak, ni, tu dan lain-lain.

Selepas merujuk kepada Quran, rujukan dibuat pula pada sunah Nabi Muhammad SAW. Pada peringkat sunah Rasulullah, rekod-rekod hadis sahih menunjukkan beliau sentiasa bercakap menggunakan bahasa Arab tinggi, meskipun sewaktu beliau bercakap kepada kanak-kanak. (Rujuk rekod percakapan beliau dengan Abdullah bin Umar sewaktu kanak-kanak itu berusia 7 tahun.)

*** Saya bukan pejuang bahasa Melayu, tetapi pengusaha perkhidmatan katering. Sudah hampir 4 tahun saya menceburi bidang ini. Andai saudara memerlukan perkhidmatan katering untuk keraian Aidilfitri 1430 Hijrah, sila hubungi saya. Kita boleh berbincang, insyaAllah.


Berkaitan:
Salju Sakinah, biasa-biasa sahaja
Transgenesis, istimewa tetapi hilang seri dengan bahasa Melayu rendah
Saya menentang PPSMI tetapi tidak membenci bahasa Inggeris
Sifat tamak kepada buku dan ilmu, tidak kepada yang lain

Kepala lembu: Empat pemimpin UMNO dalangi demo (video)

13 Ramadhan 1430H: Sekurang-kurangnya empat pemimpin Umno peringkat cawangan dan bahagian dikenalpasti mendalangi demonstrasi mengheret kepala lembu bagi membantah pemindahan sebuah kuil Hindu di Shah Alam, kata Ahli Parlimen kawasan itu Khalid Samad.

Khalid berkata penaja demostrasi itu ialah adik Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Datuk Mohd Zain. Seorang lagi yang dikenalpasti ialah Ketua UMNO Cawangan Seksyen 18, yang dikenali dengan nama Abang Mat. Selain itu Ketua Pemuda UMNO Selayang dan ketua Umno Cawangan Seksyen 16 Shah Alam turut mendalangi demostrasi itu pada Jumaat lalu, kata Khalid.

Khalid mendedahkan pihak yang mendalangi tunjuk perasaan berbau perkauman itu sebagai menyahut cabaran Ahli Majlis Tertinggi Umno Noh Omar yang menafikan pembabitan ahli UMNO. Noh adalah juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor dan dilaporan merestui tunjuk perasaan yang boleh membakar sentimen kaum Melayu.

Khalid berkata demikian setelah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Polis Shah Alam Penolong Pesuruhjaya Polis Noor Azam Jamaludin untuk membincangkan tindakan susulan polis terhadap tunjuk perasaan itu.

Setakat ini polis belum membuat sebarang tangkapan walaupun anggota polis hadir semasa kuncu-kuncu UMNO mengheret, memijak dan meludah kepala lembu di depan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri. Khalid memberitahu pmberita bahawa polis memaklumkan bahawa pihaknya telah selesai menjalankan siasatan dan kini menunggu arahan Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Lembu adalah binatang suci dalam agama Hindu. Demostrasi yang didalangi pemimpin UMNO itu bertujuan menghasut orang Melayu membantah pemindahan kuil berkenaan dan sekali gus membenci kaum India.

Kuil itu berusia lebih 100 setahun. kerajaan negeri Pakatan Rakyat bercadang memindahkannya dari Seksyen 19 kerana ia terletak hanya 20 meter daripada kawasan perumahan. Tapak baru kuil yang dicadangkan di Seksyen 23 adalah dalam kawasan industri dan terletak lebih 200 meter daripada kawasan perumahan.

Pakatan Rakyat bertindak sebegitu kerana masalah kuil terlampau hampir dengan kawasan perumahan telah berlarutan sekian lama di bawah pemerintahan kerajaan negeri Umno-Barisan Nasional. Sayugia diingati, kedua-dua kawasan iaitu Seksyen 19 dan 23 adalah kawasan majoriti Melayu sebagai semua kawasan perumahan di Shah Alam. Bezanya ialah kuil di tapak yang dicadangkan Pakatan Rakyat adalah dalam kawasan industri dan lebih jauh daripada kawasan perumahan.

Khalid turut menyanggah fitnah yang ditaburkan oleh Umno, kononnya Selangor mempunyai 8 ribu kuil dalam satu lagi cubaan untuk membakar sentimen orang Melayu.

"Di Parlimen Shah Alam sahaja, terdapat 6 kuil berdaftar dan 8 buah kuil bakal didaftarkan. Menjadikan jumlahnya hanya 14 berbanding dengan 70 buah masjid dan surau di seluruh Parlimen Shah Alam. Ini adalah angka yang munasabah," kata Khalid.

Merujuk kepada laporan bahawa Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein akan berdialog dengan penduduk Seksyen 23, Khalid mencabar Menteri itu supaya menjemput beliau sekali kepada majlis itu bagi mendengar rungutan penduduk berkenaan.

"Kalau betul Hishamuddin bersikap berkecuali, saya akan tunggu untuk beliau menjemput saya hadir pada perjumpaan itu supaya pandangan semua pihak boleh didengar dan diambil kira," kata Khalid.

Khalid melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan Hishamuddin bersimpati dengan penunjuk perasaan mengheret, memijak dan meludah kepala lembu tempoh hari. Beliau berkata Menteri itu seolah-olah mengiyakan tindakan mencerca agama lain untuk tujuan politik.

(Sumber: TV Antara)

Zambry/Altantuya: KUDETA Najib ingin Selangor pula!

12 Ramadhan 1430H: Semasa Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pengerusi perhubungan Umno Perak, BN berjaya melaksanakan kudeta ganas bagi pemerintahan negeri itu dari tangan Pakatan Rakyat. Ia menjadi kenyataan apabila tiga ADUN Pakatan Rakyat (PR) ketika itu - dua dari PKR dan seorang dari DAP - bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN.

Apabila Umno melakukan rombakan kepimpinan peringkat negeri pada 24 April lalu, Najib mengambil alih pula jawatan pengerusi Umno Selangor.

"Jika kita masih ingat apa yang berlaku di Perak, maka kita juga boleh membuat kesimpulan bahawa Selangor adalah sasaran Najib seterusnya. Beliau berjanji akan merampas semula Selangor, dan beliau mungkin dapat melakukannya," kata pensyarah antropologi dan sains sosial Universiti Malaya, Noor Sulastry Yurni Ahmad, dipetik oleh laman berita Malaysiakini.

Dikhabarkan oleh laporan Malaysiakini bahawa ADUN Pelabuhan Klang dari PKR, Badrul Hisham Abdullah kini tidak dapat dikesan.

Sepertimana yang berlaku di Perak, ADUN terbabit pada kebiasaannya 'hilang' sebelum muncul semula untuk mengumumkan mereka telah keluar parti. Inilah yang berlaku dalam kes kudeta di Perak.

Dengan mengambil kira 'kehilangan' Badrul Hisham dalam kes ini, nampaknya usaha untuk menumbangkan kerajaan PR Selangor mungkin sudah lama berjalan.

Dalam perkembangan berkaitan mantan menteri besar, Khir Toyo berkata bahawa kononnya kerajaan PR gagal menyelesaikan masalah rakyat (merujuk kepada kes kepala lembu) dan ‘akan tumbang kerana kelemahan ini.’

AWAS! Jika benar Badrul Hisham sudah hilang, maka UMNO/BN kini mengganas di Selangor! Pertahankan mandat rakyat. Kudeta intro!

Rujukan: PM's promise: Target Selangor

(Kudeta bermaksud mengambil alih kekuasaan negara/negeri/pemerintahan dengan kekerasan atau tidak mengikuti perlembangan/undang-undang)

*** We provide catering services for the following; courses, trainings and seminars, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western.

IGP Musa biarkan penjenayah manipulasi kenaikan pangkat (video) - blogger

12 Ramadhan 1430H: Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar mencadangkan satu penstrukturan semula dibuat terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk pembersihan ke atas semua anggota yang didakwa terlibat dengan kumpulan kongsi gelap seperti yang pernah didakwa.

Beliau turut mendesak satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat segala dakwaan yang membabitkan Ketua Polis Negara (Tan Sri) Musa Hassan sendiri. Penubuhan suruhanjaya berkenaan penting ujarnya kerana pihak polis sendiri tidak berupaya menyiasat kes membabitkan pasukan polis dengan kumpulan kongsi gelap.


Mahfuz juga yakin masih ramai calon yang layak menggantikan tempat Musa sebagai Ketua Polis Negara. "Saya percaya sudah tentu ada calon yang terbaik dalam negara kita dan itu kita serah kepada Yang Dipertuan Agong untuk mempertimbang calon-calon di kalangan pegawai polis yang mempunyai integriti yang tinggi," katanya.


Pada 2007, Musa Hassan didakwa terbabit menerima suapan sebanyak RM2.1 juta bagi melepaskan sekumpulan gangster. Blogger Raja Petra Kamaruddin dalam blognya Malaysia Today Sabtu lalu pula menyiarkan akuan bersumpah yang didakwa dibuat seorang pegawai polis yang pernah menjadi pembantu peribadi Musa.


Antara dakwaan pegawai polis itu, Musa membiarkan penjenayah memanipulasi kenaikan pangkat anggota polis dan jawatan mereka. Beliau juga mendakwa diarahkan untuk menyelaraskan arahan mengenai pangkat dan jawatan para pegawai polis berdasarkan draf dan cadangan yang dibuat oleh (ketua sindiket) BK Tan.


Musa juga dituduh mengarahkan supaya diwujudkan blog tanpa nama pemiliknya untuk menuduh timbalan menteri dalam negeri ketika itu Datuk Mohd Johari Baharum menerima rasuah RM5.5 juta daripada tiga kepala penjenayah.

Sehubungan itu, Mahfuz meminta kerajaan mempertimbang cadangan untuk menyambung perkhidmatan Musa yang jelas tecalar dengan dakwaan-dakwaan negatif.


Hindari politik perkauman UMNO/BN - Wan Azizah

11 Ramadhan 1430H: "Saya seorang isteri, tidak lebih daripada itu. Juga seorang doktor tetapi apabila dilakukan kezaliman tiap- tiap kita punya potensi. Tapi kita punya hati, perasaan untuk sama- sama berjuang. Marilah sama- sama kita berjuang. Ini negara kita. Tidak kira Melayu, Cina atau India. Darah yang mengalir dalam badan kita sama. Kita sama- sama sakit, gembira, sedih. Kita satu keluarga dan kita mampu menjaga dan membina negara kita dengan lebih baik." (Datuk Seri Wan Azizah bt. Wan Ismail, Presiden PKR).


Halal Food & Catering Services: Lusiana Catering

Copyright © 2010 - Buana Ini - is proudly powered by Blogger