PAS okey, cuma riak kecil

Pada pandangan saya, tiada apa yang tidak boleh diselesaikan dalam perihal kemelut yang dikatakan sedang beriak di dalam PAS. Ya, memang tidak dinafikan ada riak. Cuma riak kecil yang terjana ketika sang pepatung hinggap di permukaan air tenang sahaja.

Pihak yang kelatahan teruk ialah juak-juak UMNO/BN, juga akhbar-akhbar mereka yang sejak dulu, kini dan selamanya akan menangguk di mana sahaja.
Tanggukan mereka tidak mengira di air jernih ataupun di riak kecil. Oleh sebab tanggukan merekalah, riak kecil itu seakan-akan membentuk riak besar yang bercempera di segenap penjuru.

Saya kira, jika pimpinan PAS meluruskan hati mereka atas kepentingan Islam yang syumul dan demi melestarikan negara Malaysia ke arah negara berkebajikan untuk semua kaum dan ugama, dengan izin Allah, parti Islam ini dan Pakatan Rakyat akan berjaya menongkah riak. Walaupun riak itu seolah-olah nampak bakal mencipta gelombang kecil dek onar juak-juak UMNO/BN, namun angin semilir kesucian Islam akan menghembus lembut. Hembusan kebenaran Islam yang didukung PAS akan menghalang riak itu menjadi gelombang.

Lihat sahaja gambar-gambar yang saya sertakan ini. Pimpinan PAS okey. Jangan risau. Ahli dan penyokong PR serta rakyat jangan terikut-ikut tarian UMNO/BN. Jangan menari umpama ular bila serunai fitnah ditiup!

Photobucket
Photobucket
(Terima kasih sahabat blog TerengganuKini)

Palestin: Syahid atau kemenangan

18 Zulkaedah 1430H: Palestin adalah bumi yang menjadi rebutan agama samawi sejak zaman-berzaman. Tanahnya sering bersimbah darah merah, air mata warganya juga sudah kering untuk menangisi penderitaan dan kejerihan. Waktu terus bergulir pantas sehingga kita alpa tanah suci ini belum tertebus hutangnya, al-Quds yang dijajah, Masjid al-Aqsa yang diratah.

Buku Gaza Menangis: Menelusuri Sejarah Perjuangan Palestin dan Pembantaian di Gaza menyingkap rahsia Palestin dan perjuangan membebaskan setiap inci tanah yang dijarah Yahudi Zionis. Juga merakamkan kanvas hitam pembantaian tanpa ampun Cast Lead selama 22 hari, iaitu serangan paling pengecut dan barua.


Sejarah perjuangan jihad, cintakan seni kematian menjadi obor di sepanjang sejarah Palestin. Sudut sejarah itu berjaya ditelusuri secara ringkas tetapi menyeluruh oleh penulis Ustaz Riduan Mohamad Nor dan Aris Hazlan Ismail.


Pengalaman penulis dalam misi kemanusiaan ke Gaza dinarasi dari hati yang cintakan Islam dan syahid. Banyak bait-bait yang menggetar nubari, sama ada dari penulis sendiri maupun dari ungkapan para pejuang jihad.


Walaupun buku ini tidak tebal (hanya setebal 193 halaman), namun ia ditintakan penulis sebagai penyaksian kejahatan rejim Yahudi Zionis semasa operasi Cast Lead, serangan paling kejam dekad ini. Ia membakar semangat jihad dalam diri saya.


Sesungguhnya umat Palestin dan para pejuang hanya impikan ini; seni kematian menerusi syahid atau kemenangan!


Buku ini diterbitkan oleh Jundi Resources, berharga RM20.00.
Saya membelinya semasa di Pesta Buku Kuala Lumpur 2009 yang lalu.

Berkaitan:
Anasir teroris adalah anak kandung Zionis

Aku di Pesta buku Kuala Lumpur 2009, laporan 1
Aku di Pesta Buku Kuala Lumpur 2009, laporan 2

Dr. Maza kena lagi, dari JAKIM pula!

Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. Maza) kena lagi. Terkini ialah tuduhan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Zamihan Mat Zain, dalam Utusan Malaysia yang mengatakan bahawa Dr. Maza membuat sijil palsu. (Gambar: Sijil asli Dr. Maza dari University Of Jordan yang menunjukkan pengkhususan beliau dalam Bahasa Arab dan Sastera serta Syariah Islamiyyah)

Hah! Semakin keliru aku. Ini sudah jadi satu konspirasi. Lepas satu, kemudian satu lagi. Esok lusa apa pula? Jom baca kenyataan Dr. Maza yang dipetik dalam blognya.

“Tindakan pegawai JAKIM menuduh saya membuat sijil palsu amat hina dan jijik. Seakan tidak waras dan berfikir panjang. Masakan UIA, USM membenarkan saya menyambung Ph.D dan menjadi pensyarah jika sijil saya palsu.

“Saya sendiri rasa amat lekeh untuk jawab tuduhan yang seperti ini. Cukuplah dengan rakyat Malaysia melihat gambar sijil yang disertakan ini.

“Persoalannya, apakah JAKIM di belakang konspirasi ini? Jika JAKIM terlibat, nanti orang akan tanya apakah terdapat mereka dari Kerajaan Pusat juga terlibat? JAKIM jangan burukkan nama Kerajaan Pusat!”

Laporan Utusan Online:

KUALA LUMPUR 2 Nov. - Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin didakwa memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab/Syariah dari Universiti Jordan.

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zain AlGhari mendedahkan, berdasarkan pemeriksaannya, bidang pengkhususan Asri hanya melibatkan Bahasa Arab dan Sastera.

"Universiti Jordan tidak menawarkan dua pengkhususan dalam satu ijazah. Sekiranya seseorang itu berkelulusan syariah, minor pengajian biasanya melibatkan bidang berkaitan seperti 'fiqh wa usul'.

"Pengajian Bahasa Arab dibenarkan untuk mengambil minor Syariah tetapi hanya sebagai subjek elektif.

Sekiranya ia diambil sebagai elektif, maka ia tidak dikira sebagai pelajar syariah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. (Baca penuh di sini)

JAIS buat hal lagi, kini Khalid Samad pula kena?

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) buat hal lagikah? Berita terkini ialah Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula yang kena. Pening!

Ahli parlimen Shah Alam tersepit apabila didakwa mempunyai "rekod jenayah" tetapi sehingga kini gagal mendapatkan penjelasan polis berkenaan perbuatan jenayah yang telah dilakukannya.

Akibat "rekod jenayah" beliau itu, Khalid Samad tidak diberikan tauliah menyampaikan kuliah agama di Selangor walaupun beliau mendapat kelulusan awal daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Dalam surat jabatan itu bertarikh 10 Julai 2008, pemimpin PAS itu diberikan tauliah mengikut kategori-kategori D1 (boleh mengajar atau berceramah) dan D2 (mengajar fardhu ain atau berkitab).

Kebenaran itu bagaimanapun dibatalkan olej Jais dalam suratnya 28 Oktober 2008 susulan tapisan keselamatan polis Selangor mendapati Khalid, adik kandung bekas menteri Datuk Shahrir Samad, mempunyai "rekod jenayah."

Setelah Khalid meminta penjelasan dalam suratnya hujung September lalu, polis Selangor berkata semakan polis Bukit Aman mendapati beliau mempunyai "rekod jenayah".

Jenis jenayah yang didakwa dilakukan oleh bekas ahli jawatankuasa pusat PAS itu tidak pula dinyatakan dalam surat ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Selangor bertarikh 27 Oktober 2009 kepada beliau - yang diterima semalam.

Bercakap dalam sidang media di Shah Alam hari ini, Khalid menulis kepada IPK untuk mendapatkan butiran mengenai "jenayahnya" itu.

"Saya minta mereka jelaskan, apa rekod saya... Tetapi saya difahamkan mereka tidak dapat beri rekod untuk orang perseorangan, walaupun yang minta itu tuan punya badan sendiri," katanya.

Beliau juga menyifatkan tindakan Jais tidak meluluskan permohonannya untuk mendapatkan tauliah "terlalu berbau politik."

"Ini juga mengejutkan sebab (Jais) sebelum itu sudah akui kemampuan saya untuk mengajar agama," katanya lagi. (Berita asal di sini)

Dr. Asri ditangkap JAIS: Saya tidak seronok, kata Faisal Tehrani

Ramai antara kita mengetahui pertentangan idea dan pendapat antara Faisal Tehrani dan Dr. Asri. Walaupun begitu, kata Faisal “saya tidak seronok dengan apa yang menimpa Dr. Asri hari ini.”

“Saya ingin menegaskan, saya membantah sebarang usaha mengharamkan satu-satu aliran yang tidak terkeluar dari al-Quran dan sunnah. Baik ia wahabi, salafi, syiah ataupun tarekat yang benar. Setiap aliran tersebut adalah gagasan. Ia adalah teori.


“Setiap sekolah pemikiran tidak boleh diharamkan dan dihalang sedemikian rupa. Ia hanya boleh dilawan dan dibantah dengan teori dan gagasan lain pula. Ia mesti diperdebatkan secara akademia. Jika ia (aliran tersebut) ditakdirkan 'kalah' maka ia akan mati dan luput begitu sahaja seperti yang telah menimpa sekolah pemikiran Muktazilah, Jabariyyah, Qadiriyyah dan Ibadi.


“Jadi, saya ingin mengatakan saya tidak seronok dengan apa yang menimpa Dr Asri hari ini. Ia adalah petanda buruk untuk perbahasan ilmu yang sihat.”
(Petikan komen sdr. Faisal Tehrani di blognya.)

Berkaitan:
GEMPAR: Dr Maza ditangkap JAIS, apa hal?
Tangan ghaib siapa di sebaliknya? - Dr Asri


Buku Faisal: Jarum Zionis melalui liberalisme dalam Tuhan Manusia
Detektif Indigo – bukan siri penyiasatan era 80-an dan 90-an

Faisal Tehrani, ini untuk saudara!

Tangan ghaib siapa di sebaliknya? - Dr Asri

Malam tadi aku masuk beradu lewat, sekitar jam 3.00 pagi. Jadi aku antara yang terawal dapat membaca perihal Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. Maza) ditangkap pihak JAIS atas alasan mengajar tanpa tauliah.

Aku sudah katakan di entri terdahulu bahawa ini satu kejadian pelik, malah menghairankan. Tanpa prejudis, aku cukup hairan dan kaget. Jika tidak suka Dr. Maza pun, mengapa beliau ditangkap. Mengajar agama tanpa tauliah? Fuyoo! Seperti aku pernah mendengar ungkapan ini? Pelik!

Harakahdaily melaporkan bekas Mufti Perlis itu membidas sikap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana tidak profesional, sambil lewa dan memungkiri janji apabila tiada wakil atau pendakwa daripada jabatan itu yang hadir ke Mahkamah Syariah sekitar pukul 1.00pm.

Beliau yang dibebaskan oleh pihak mahkamah tanpa sebarang pertuduhan dan perbicaraan menyifatkan JAIS tidak wajar memperlakukannya seperti itu sehingga menyusahkan pelbagai pihak.

"Mereka tangkap saya dulu baru tuduh. Tetapi mahkamah kata belum ada apa-apa pertuduhan lagi. Saya pun tak tahu sebab apa nak datang sini. Pihak Jais yang bagi arahan, tetapi saya nak tahu 'tangan ghaib' siapa di sebaliknya," tegas Dr. Maza.

Tindakan melatah JAIS menangkap Dr. Maza dianggap tidak profesional dan mengunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya. Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi melahirkan rasa kesal dengan tindakan itu kerana menggunakan kuasa sewenang-wenangnya untuk menangkap penceramah agama dan alim ulama semata - mata kerana mereka tidak memiliki tauliah.

(Gambar Dr. Maza semasa di Mahkamah Syariah, dari Harakahdaily)

"Saya difahamkan Dr. Mohd Asri ditangkap kerana menyampaikan kuliah tanpa memiliki tauliah. Alasan yang sama membuatkan saya juga hampir tertangkap ketika menyampaikan kuliah dhuha di Surau Ar Raafiq Kota Damansara pada satu ketika dahulu,” jelas Utz. Nasrudin.

Memang pelik, hairan dan sesungguhnya tidak dapat disangkal bahawa ada tangan ghaib yang ‘berbulu’ di sebalik peristiwa ini. Aduhai!

GEMPAR: Dr Maza ditangkap JAIS, apa hal?

Bernama reports that the former Perlis Mufti Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. Maza) was arrested while giving a religious talk at a house in Taman Sri Ukay, Hulu Klang, early Monday.

According to witnesses, Asri was arrested at 12.10am (2 Nov. 2009) by police and the Selangor Islamic Religious Department (JAIS) officers and was then taken to the Hulu Klang police station.

The talk was attended by about 100 people, including Ampang member of parliament Zuraida Kamaruddin and Hulu Klang assemblyman Saari Sungib.

Ampang district police chief ACP Abdul Jalil Hassan when contacted said police were only assisting JAIS in the operation and that he did not have details on the matter.


Sementara itu mStar Online juga melaporkan Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tengah malam tadi kerana dipercayai mengajar ilmu agama tanpa tauliah dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi
.

Bagaimanapun beliau dikehendaki hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada pukul 9 pagi esok untuk merakamkan keterangan.

Tanpa prejudis, aku cukup hairan dan kaget. Jika tidak suka Dr. Maza pun, mengapa beliau ditangkap. Mengajar agama tanpa tauliah? Fuyoo! Seperti aku pernah mendengar ungkapan ini? Pelik!

Bro Akhil, jangan lupa Islam dan PAS

13 Zulkaedah 1430H: Bro Akhil, aku berdoa semoga engkau sihat dan sentiasa di bawah payung rahmat Allah, tuhan Pembuka ke jalan yang lurus. Aku mengikuti perkembangan engkau sejak era metal / rock 90-an sehingga kini. Aku berbangga engkau bersama dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) seketika dulu (aku harap hingga kini).

Aku memetik kata-kata engkau dalam mStar Online dua hari yang lalu, “Selepas berkahwin sekarang, saya tetap ‘maintain’ macam dulu dan mendambakan keluarga bahagia seperti orang lain..kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan.”


Teruskan perjuangan engkau untuk Islam jika benar itu cinta engkau. Istiqamah dalam merealisasikan cinta engkau, jangan berbolak-balik. Jangan hiraukan bisikan yang menghembus jahat.


Jangan cipta kontroversi lagi. Hidup sebagai apa yang dipanggil 'artis' memang penuh lubang dan jerangkap samar. Aku tidak perlu mengajar itu kepada engkau. Tentu engkau lebih arif.


Jangan lupa PAS, bro Akhil. Yang terpenting jangan lupa Islam, kerana engkau sedikit-sebanyak mengajar aku.

Photobucket

(Foto The Star oleh RAJA FAISAL HISHAN)

Halal Food & Catering Services: Lusiana Catering

Copyright © 2010 - Buana Ini - is proudly powered by Blogger