Seluruh rumah saya balai bacaan – TG Nik Abd. Aziz

"Terbawa-bawa dengan budaya ilmu yang positif, saya banyak menghabiskan masa dengan membaca di mana-mana. Ada wartawan bertanya sama ada di rumah saya terdapat bilik bacaan atau tidak. Jawab saya, rumah saya tiada bilik bacaan, kerana seluruh rumah saya telah diisytiharkan sebagai balai bacaan." (Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar kelantan)

Berkaitan:
Bidadari Dari Timur: Memoir Isteri Seorang Pejuang

Terjemahkan nahu bahasa Arab ke Melayu – Tok Guru Nik Aziz

Setiap ahli PAS kena baca buku mengenai politik – Nik Abdul Aziz


*** We provide catering services for the following; courses, trainings and seminars, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western.

Ikut Nabi Muhamad, doa senjata Mukmin – TG Nik Abd. Aziz

Kalau orang kafir (berdoa) pun, Allah janji akan makbulkan doanya kerana dizalimi, inikan pula orang Islam dan berjuang Islam di Kelantan. Bila kita ikut Nabi (Muhammad, Sallallah-hualaihiwassallam), jadikan doa sebagai senjata mukmin, maka ada orang yang marah.”

Baginya, berdoa sama ada memohon sesuatu hajat atau menolak sesuatu kezaliman merupakan sesuatu yang digalakkan oleh Rasulullah
Sallallah-hualaihiwassallam.

-- Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat


*** We provide catering services for the following; courses, trainings and seminars, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western.

What I like about (George) Bush – PM Najib (update)

Dato’ Baharuddin Zainal (Baha Zain) pernah menjadi bos saya semasa bekerja di sebuah syarikat penerbitan. Bekas timbalan ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka ini merupakan penggiat sastera Melayu yang terus berjuang.

Dalam komentar terkini di blognya, Baha Zain menulis:

"Bekas perdana menteri Britain, Tony Blair, sedang disiasat tentang keputusannya melibatkan kerajaan dan tentera Inggeris bersubahat dengan bekas presiden Amerika, Bush, menghancurkan Iraq atas tuduhan memiliki senjata pembunuhan massa. Tuduhan tersebut akhirnya tidak terbukti, tetapi dua kerajaan Islam: Iraq, dan kemudian Afghanistan dimusnahkan oleh keganasan Amerika dan Britain yang dikepalai oleh Bush dan Blair."

Lanjutan daripada komentar Baha Zain ini, apa rasional Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul razak berkata, “I have been saying privately, but I might as well say it publicly, that the thing I liked about President Bush's foreign policy is that he was very pro-free trade.”

Kata Baha Zain lagi:

"Janganlah fikir bahawa semua rakyat ini bodoh, memekakkan telinga dan memejamkan matanya terhadap persekitarannya. Malahan Perdana Menteri dan anggota kabinetnya pun sedang diletakkan di bawah kaca teropong untuk dianalisis ucapan dan perbuatannya."

PM Najib: Apa yang saya suka Bush ialah….

Pada 13 November 2009 lalu, akhbar Singapura, The Straits Times (baca sini), juga dipetik oleh laman web 1Malaysia (baca sini), melaporkan PM Najib memuji bekas presiden Amerika Syarikat George W. Bush atas polisi perdagagan bebas (free trade) yang dilaksanakan di era penjenayahan terroris dunia itu.
“MALAYSIAN Prime Minister Najib Razak on Friday praised former United States president George W. Bush for his staunch support of free trade, and urged other leaders to do the same.

'I have been saying privately, but I might as well say it publicly, that the thing I liked about President Bush's foreign policy is that he was very pro-free trade,' he said at a panel session at the Apec CEO Summit 2009.
'Frankly I don't like the other policies, but I like his policy on free trade.'
PM Najib memuji polisi seorang terroris seperti George W. Bush ini? Bush bapa dan anak, kedua-duanya adalah terorris dunia yang merosakkan imej dan dunia Islam. Kedua-dua penjahat dunia ini membunuh ribuan umat Islam di seluruh dunia.

Mana mungkin polisi terrroris itu betul. Semua polisi, walaupun di atas tema kemanusiaan, keamanan sejagat atau war on terror, semua bertujuan untuk membunuh pemimpin, umat dan negara umat Islam. Kalau boleh Bush mahu bunuh Allah!


Saya terkejut dengan pujian oleh seorang perdana menteri dari negara umat Islam yang bernama Malaysia.
Nampak sangat Najib dangkal dalam mengemukakan pandangan. Beliau tidak melihat apa yang tersirat. Tidakkah Dato’ Seri menyorot sejarah akan apa yang Bush lakukan terhadap umat Islam di Palestin, Iraq, Iran dan banyak tempat lagi?

Walau apapun Bush bapa dan anak adalah penjenayah dan terroris maha agung! Semua polisi luar negara, polisi dalaman negaranya, polisi keselamatan, polisi keamanan, urus niaga yang dicanang sebagai free trade, SEGALANYA tipu muslihat yang dirantai Zionis Yahudi bermuka syaitan!


Berkaitan: Who’s the “real” George Herbert Walker Bush?

George Bush lagi!
The Hunt For Bin Laden penuh propaganda jahat terhadap Islam

Susuk tubuh pejuang amat memeritkan

Entri Gerila: Adakah mustahil menubuhkan Republik Islam Patani? di blog Pasalbuku antara entri yang menerima komen yang bermutu. Antara komen itu seperti di bawah.

Apollo 2020: Assalamualaikum. Agak lama juga saya tidak membuka ruang ini. Mungkin pembaca novel GERILA kurang mengenali penulisnya. Tetapi biarlah kita fokuskan kepada isi dalam GERILA.


Perjuangan tidak pernah ada nohktah. Berapa ramai antara kita, termasuk saya rela, sanggup berdepan dengan realiti seorang pejuang. Susuk tubuh pejuang amat memeritkan. Letih dalam erti kata mengharung, menongkah arus.


Di manakah hendak kita letakkan kayu pengukur pejuang. Dalam penulisan, memartabatkan sastera contohnya; siapakah sasaran kita. Berapa ramai yang sanggup membeli senaskah novel seperti GERILA. Di pasaran berlambak novel-novel yang ditulis dan saya tidak tahu apa yang disampaikan oleh penulisnya.

Komentar susulan saya pula begini:

Memang benar bagi pertanyaan "Berapa ramai yang sanggup membeli senaskah novel seperti GERILA." Memang tidak ramai. Saya antara segelintir manusia yang berkecuali itu. Novel sejarah dan fiksyen yang menitipkan isu perjuangan agama dan bangsa memang saya alu-alukan.

Ya, saya pernah memperkatakan hal kebanjiran novel cinta berbahasa Melayu dalam pasaran kita. Memang berlambak. Tidak kurang juga novel cinta yang cuba dilambakkan dan didoktrinkan ke dalam minda anak Melayu amat rendah mutu dan nilai moralnya.

Namun begitu, kedapatan juga novel cinta yang menjuruskan sebuah cinta suci; cinta kepada Rasulullah dan Allah. Justeru itu, kemunculan fiksyen dan novel sejarah di pasaran Malaysia mesti diteruskan. Semoga isu perjuangan dan cinta suci untuk mencari keredhaan Allah menjadi sastera alternatif kepada sekian banyak novel cinta sesama insan.

Saya dan saudara ada pilihan.

Dalam masa yang sama, saya kira, kebanjiran novel cinta bahasa Melayu yang menyentuh cinta muda-mudi yang berakhlak, sedikit sebanyak dapat menjadi tabir kepada budaya fiksyen bahasa Inggeris yang sekian lama mendominasi dunia sastera Malaysia.

Fiksyen cinta bahasa Inggeris terlalu menjurus kepada seks dan kepuasan nafsu semata-mata

Lupa bahasa, lupa budaya, kemudian lupa segala

Beberapa hari lalu, Parlimen Malaysia diberitahu bahawa punca pembelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK) adalah lebih baik kerana mata pelajaran sains dan matematik diajar dalam bahasa ibunda.

Ini diakui sendiri oleh Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Mohd. Puad Zarkashi ketika menjawab soalan tambahan daripada M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) berhubung pengajaran di sekolah Cina lebih baik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan isu masalah beban buku teks yang terlalu banyak dibawa oleh pelajar sekolah, lapor Harakahdaily.


Dalam isu penggunaan bahasa ibunda ini, saya bimbang jika konsep PPSMI diteruskan, lambat laun bahasa Melayu akan pupus penggunaannya di Malaysia. Bangsa lain akan melihat bahawa dasar PPSMI mendaulatkan bahasa Inggeris, jadi tiada guna belajar menulis dan bertutur bahasa Melayu.


Bahasa Melayu termaktub sebagai bahasa kebangsaan, tetapi ianya tidak diperluaskan penggunaannya. Jadi bagaimana bangsa lain di Malaysia akan menghormati bahasa Melayu andai orang Melayu sendiri seolah-olah malu untuk menggunakannya?


Saya cukup takut akan kedaulatan bahasa yang telah menjadi medium penyebaran agama Islam dan sebagai jambatan utama perpaduan Malaysia ini akan segan untuk hidup di Malaysia.


Semua orang tahu penggunaan tulisan jawi seakan-akan pupus disebabkan sudah tidak lagi menjadi subjek di sekolah. Lihat di kawasan majoriti Melayu-Islam di Selatan Thailand. Dikhabarkan bahawa bahasa Melayu dan budayanya kini terpinggir di kalangan generasi muda umat Melayu di Patani, Songkla, Narattiwat dan Yala. Ini terjadi kerana kerajaan Thailand memaksa semua sekolah di sana menggunakan bahasa Thai sebagai bahasa pengantar.


Tidak boleh dinafikan bahawa bahasa Melayu berkait amat rapat dengan penyebaran Islam di Nusantara ini. Walaupun sejarah ‘Melayu itu Islam, Islam itu Melayu’ sudah tidak relevan lagi, tetapi penguasaan bahasa Melayu di kalangan pendakwah Arab telah menyerapkan banyak perkataan Arab ke dalamnya. Dengan kaedah demikian, Islam tersebar luas di Nusantara. Istilah bahasa Melayu semakin berkembang sejak itu.

Lihat ke Selatan Thailand. Jangan biarkan umat Melayu lupa bahasa sendiri. Justeru lupa bahasa, maka Melayu-Islam akan lupa budaya dan jadi diri. Akhirnya ditakuti Melayu akan lupa kepada Islam. Contoh sudah ada di depan mata.

Berkaitan:
Saya menentang PPSMI tetapi tidak membenci bahasa Inggeris

I Won Muhammad Without Losing Jesus

My name is Manuela-Mirela. I am my parents' only child. My childhood in Bucharest was beautiful and peaceful, as I used to travel with my parents throughout Romania. I excelled in my studies both at school and in college (I majored in chemistry). I was raised in a Christian Orthodox family which was not particularly religious. But we always believed in the existence of God.

I married a Muslim from occupied Palestine, and thanks to him that I became acquainted with Islam. Eventually, I decided to embrace Islam following an extended tour to several Muslim countries including Jordan, Syria, Iran, Pakistan, Malaysia and Indonesia. I declared the Shahadah, the article of faith, (I bear witness that there is only one God and that Muhammad is His messenger) in Iran in 1991.


Read:
I Won Muhammad Without Losing Jesus

Ahmed Deedat: Lama dahulu semasa masih belajar di universiti yang terletak di Pulau Pinang, saya bertuah kerana dapat melihat dan mendengar secara langsung ceramah Ustaz Ahmed Deedat. Tatkala itu dewan canselor padat diisi oleh pelajar-pelajar Islam, Kristian dan lain-lain penganut yang berminat untuk mendengar hujah beliau dalam persoalan Islam dan Kristian, khususnya berkaitan dengan Quran dan Bible.

Dr. Fathi Yakan: Beliau juga adalah merupakan satu-satunya pimpinan Ikhwan Muslimin yang amat rapat dengan pimpinan PAS. Dari Al-marhum Dato' Fadzil Nor kepada Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, kesemuanya banyak merujuk dan menerima tunjuk ajar dari 'Sheikhul Tarbiyah' yang agung ini.

TG Nik Abdul Aziz bin Nik Mat: As the religious guide of the Pan-Malaysian Islamic Party, Nik Mat is the spiritual leader of Malaysian Islamic politics and holds very important sway over the tenor of politics in the nation. His advocacy of sharia law to be applied to all Malay Muslims has, however, drawn criticism, especially his suggestion that women would be at a lower risk of being raped if they abandoned wearing lipstick.

Anwar Ibrahim: Two decades ago, it would have been impossible to imagine Anwar pulling together rural Malays, ethnic Indians and Chinese, and Islamists into a coherent political bloc. Back then, Anwar was deputy prime minister in a de facto single-party state that espoused preferential treatment for ethnic Malays. It was a policy that Anwar had pushed from his days as a youth leader right up until 1997, when he denounced his patron, then-Prime Minister Mahathir Mohamad, for corruption.

BACA PENUH DI SINI.

Kota Gelanggi 1, aku akan terus berkunjung

Pada 30 November saya berkesempatan menghadiri satu majlis keraian Aidil Adha yang dianjurkan oleh Pakatan Tanam Sendiri Sawit Felda K. G. Satu. Khabar majlis ini akan diadakan sudah saya terima dari Pak Su Yusuf, jiran sebelah rumah, dua hari sebelumnya.

Semua aktiviti dilakukan secara gotong royong, terutamanya di kalangan peneroka yang menanam atau mengusahakan sendiri ladang kelapa sawit setelah memperoleh hak milik.


Saya berkesempatan berjumpa dan bersalaman dengan beberapa rakan aruah ayah di majlis itu. Salah seorangnya ialah Pak Cik Aziz (Pak Aziz) yang merupakan seorang peniaga yang berjaya di Kota Gelanggi Satu. Pak Aziz adalah antara peneroka yang berfikiran terbuka dalam banyak isu.

Semasa berjumpa dengan beliau, Pak Aziz berkata “Pergilah ke blog Pak Aziz.” Kami pun bertukar alamat blog. Rupa-rupanya Pak Aziz aktif berblog. Bukan satu blog, malah setakat yang saya tahu, beliau ada tiga blog. Wah, tahniah!

Baca seterusnya.

Ulang siaran: Khas untuk sahabat ayahku, Pak Aziz

Selepas dua hari selesai satu katering perkahwinan, saya bergegas balik ke Pahang bersama adik dan emak atas satu urusan agak tergempar. Rumah emak saya di sana sekali lagi dimasuki pencuri. Seingat saya itu adalah kali yang keempat rumah emak dipecah masuk.

Berita tersebut disampaikan oleh jiran sebelah rumah yang sememangnya diminta mengawasi rumah sepanjang ketiadaan emak dan adik yang bercuti ke Kuala Lumpur. Emak menjadi risau tidak menentu, lantas menyuruh saya supaya menghantar beliau balik ke Jerantut, Pahang.


Baca penuh: Felda kaut keuntungan berlipat ganda, tetapi generasi kedua diabaikan

Berkaitan:
April dan Mei 2009 yang berbeza
Kembali ke rumah warisan aruah orang tua, bawa balik buah-buahan

Solat malam terakhir Ramadhan 1429H

Halal Food & Catering Services: Lusiana Catering

Copyright © 2010 - Buana Ini - is proudly powered by Blogger