Bahasa yang cantik wadah penyampaian ilmu sejagat

Kaum Yahudi cuba menyembunyikan kebenaran Raja Zurqarnain dengan nama lain, iaitu Alexander yang dikatakan barbarik dan tidak beriman dengan agama Allah. Hjab di sebalik kehitaman jiwa Yahudi dibongkarkan!

"Dan mereka bertanya kepadamu, mengenai Zulqarnain. Katakanlah: Aku akan bacakan kepada kamu sedikit tentang perihalnya. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi mencapai tiap-tiap sesuat
u yang diperlukannya." (Surah al-Kahfi, ayat 83 - 84)

Beberapa testimoni terhadap novel saya berjudul Macedonia: Alexander Agung – Hijab Raja Zulqarnain, insya-Allah.


"Akhirnya sudah menamatkan pengembaran Alexander Agung: Hijab Raja Zulqarnain. Terbaik dan tidak rugi memilki novel ini. Mahu komen panjang-panjang memang tidak pandai." (Cikpuan
Nur Asiah)

"Membaca teks sastera BMT telah banyak membantu ramai pelajar STPM seperti saya yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu. Sebenarnya, bahan bacaan lebih banyak membantu kami memahami setiap bab. Sambil menelaah teori, praktikal seperti mem
baca juga sangat membantu.

"Kebanyakan pelajar bukan Melayu yang membaca buku yang menggunakan BMT (Bahasa Melayu Tinggi), mereka mampu menyusun ayat dengan baik. Malah, mungkin lebih baik berbanding pelajar Melayu. Nah, bukankah bicara dan bahasa yang cantik itu wadah penyampaian ilmu sejagat? Teruskan usaha menulis dengan bahasa mengikut sintaksis dengan sebaik mungkin. Saya antara penyokongnya dan sedang menghadam karya Tn. Web Sutera ini." (Cikpuan
Noor Hafizah Mazlan)‏

"Tahniah, teruskan menulis karya alusi sejarah. Bukan mudah mahu memfiksyenkan fakta. Semoga boleh jadi teks KOMSAS! Bak kata seorang pembaca itu.
" (Tuan
AttOkz Dikulgai)

"Baru dapat habiskan novel ini, sebuah fiksyen sejarah. Bukan minat sangat sejarah, tetapi novel ini best buat kita teruja dan exited hendak baca sampai penghujung. Ayat-ayat yang mudah hendak difahami. Tidak sia-sia membelinya." (Cikpuan NorAzlina Lin)

Komen beliau lagi, "Memang tidak rugi beli buku Web Sutera. Rasa teruja baca Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain. Tidak sedar sudah sampai ke akhir pembacaan."


Berkaitan:
Misi kehidupan: Konstantinopel, katering, novel dan Macedonia: Alexander Agung

3 comments:

Anonymous said...

mana nak beli buku ni.kat kedai buku jalan t.rahman ada?.

Web Sutera said...

Assalamualaikum, Tuan Anon.

Insya-Allah, di kedai buku Jalan TAR ada dijual.

Web Sutera said...

Dipersilakan dengan segala hormat, Tuan SKR. Semoga bermanfaat, secebis ilmu dalam lautan ilmu Allah yang tidak terjangkau.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger