MAKAN SEDAP!

Nov 29, 2018

Aku Menulis Bukan Kerana Nama


Aku menulis bukan kerana nama
apa ada pada nama
andai busuk baunya!

Aku menulis bukan kerana nama
ya... nama itu penting
tapi andai baunya wangi.

Aku menulis bukan kerana nama
kerana nama bukan apa-apa
sekadar gelar dunia yang entah ada makna atau tidak.

Aku menulis bukan kerana nama
justeru walau nama gah di persada dunia, kononnya
tetap tiada erti di sisi Allah Taala
andai ia sekadar kemegahan yang menjulang keegoaan!

Aku menulis bukan kerana nama
ingin kucambah cinta Yang Maha Esa
agar nama itu membawa makna
akan kubawa ke persada Arasy-Nya
Yang Maha Adil lagi Maha Teliti.

“Hai jiwa yang tenang
kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai;
lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku
dan masuklah ke dalam Syurga-Ku.”

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

No comments:

Post a Comment