H1N1 - Bila Allah murka, munculnya pandemik selsema babi

Dalam komuniti umat Melayu, perkataan derhaka merupakan satu kata yang amat keramat. Orang-orang tua mengajar anak-anak supaya jangan menderhaka kepada ibu bapa dan emak / bapa saudara, atuk dan nenek. Islam mengajar supaya jangan menderhaka kepada ajaran nabi-nabi, ulamak dan pemimpin.

Budaya Melayu juga melarang kita supaya tidak derhaka kepada raja dan sultan. Perbuatan atau perkataan yang diluahkan yang boleh dikategorikan menderhaka kepada raja dan sultan amat dipegang kejap dalam budaya Melayu, sejak dulu. Ini patut diamalkan, insyaAllah.


Tetapi umat Melayu jarang terkejut, malah kadang-kadang agak terlupa bahawa derhaka yang maha besar ialah kepada Allah.
Perhatikan kata Allah dalam al-Quran berikut:

Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika dia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka); Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.(Surah al-Alaq, ayat 15-16)


Menurut tafsir dan tatabahasa Arab, setiap ayat yang dimulakan dengan kalimah ‘Kalla’, ia bertujuan memberi amaran atau menggertak. Tidak takutkah kita terhadap gertakan dan murka Allah? Saya amat takut!


Salah satu akibat derhaka kepada Allah ialah diturunkan/dikenakan pelbagai bala, seumpama pandemik selsema babi atau influenza A (H1N1).


Menurut laporan terkini (setakat 12 Ogos 2009), dua bayi dan seorang wanita hamil antara enam korban terbaru wabak influenza A (H1N1), menjadikan jumlah kes kematian di negara ini seramai 44 orang. Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata enam pesakit yang meninggal dunia itu telah mendapat jangkitan antara 6 Ogos dan 9 Ogos.


Perhatikan kata-kata dan amaran Allah dalam Quran, bermakna: “Segala kebaikan yang kamu dapat adalah datangnya dari Allah, dan segala keburukan atau bencana yang menimpa kamu adalah dari kesalahan diri sendiri.
"

Dalam hal ini Tuhan menjelaskan dalam ayat Quran berikut: “Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” (Surah asy-Syura ayat 30)


Apabila suatu bala Allah turunkan, semua manusia akan kena; mukmin, fasik, penderhaka mahupun golongan yang tidak beriman. Perkara ini mungkin ada antara kita tidak mahu memikirkannya. Sudut murka Tuhan menjadi perkara enteng.


Justeru itu salah satu usaha manusia ialah berdoa dan mengharap belas serta lindungan Allah. Usaha ini sudah dimulai di Selangor dan Kelantan. Jumaat minggu lepas, seluruh masjid di Selangor mendirikan solat hajat khusus memohon limpah kurniaNya. Semoga Tuhan yang Maha Berkuasa melindungi kita semua. Amin!


Berkaitan:
Apa Quran Kata Mengenai Sifat Baik dan Buruk (1)

1 comments:

Buana Ini said...

Sahabat Rantong,

Terima kasih atas info dan peringatan. Alhamdulillah.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger