Minta maaf, apa yang saya dapat dari DEB?

13 Zulkaedah 1431H - Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dipetik oleh Malaysiakini sebagai berkata beliau mengakui terdapat persepsi negatif terhadap pendekatan terdahulu Dasar Ekonomi Baru (DEB) di kalangan anak muda.

"Apabila saya ceritakan soal DEB dan perjuangan bangsa, mereka jawab: 'Minta maaf. Apa yang saya dapat dari DEB?' Gaji mereka di bawah paras kemiskinan, ramai di kalangan mereka berhijrah ke bandar di mana kos sara hidup meningkat dengan lebih pantas dari pendapatan. Mereka Melayu, Bumiputera tetapi nikmat DEB tidak mereka rasai.

"Tanggapan mereka – persepsi yang mereka ada – DEB hanya menguntungkan segelintir Bumiputera elit yang ada kabel besar. Bagi golongan ini, sasaran ekuiti 30 peratus tidak bermakna kerana kebanyakkan mereka tidak pernah dan tidak mampu untuk membeli saham," katanya.

Dalam buku Tumit Achilles dan lain-lain esei oleh saudara Khalid Jaafar, beliau menyentuh berkenaan DEB. Sebagai rakyat yang merdeka minda, kita harus dapat membedakan antara tujuan murni dengan akibat yang jelik. Kalau tujuan murni tetapi kesannya jelik, mungkin ada kesilapan besar dalam pelaksanaan, bahkan mungkin konsepsi dasar ini sendiri.

“Ini boleh kita lihat dari kesan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuannya murni dan memang telah menghasilkan kesan-kesan positif. Tetapi ia telah memberanakkan rasuah, kronisme dan nepotisme.

“Di kalangan masyarakat Cina, India dan lain-lain (kumpulan) minoriti, DEB dilihat sebagai instrumen perkauman. Meskipun ia dilancarkan untuk mengurangkan ketegangan hubungan antara kaum, tetapi kesan 30 tahun pelaksanaannya lebih memburukkan. Bahkan DEB disebut sebagai melembagakan perkauman.”

Luahan rasa Khairy betul. Komentar Khalid Jaafar lagi betul.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger