Novelis thriller lawan novelis sejarah Islam

7 Zulkaedah 1431H - Novel Sejarah Islam yang semakin mendapat tempat di hati pembaca di Malaysia dibincangkan dalam rancangan bual RTM, Selamat Pagi Malaysia baru-baru ini. Penulis Sejarah Islam paling popular di PTS, Tuan Abdul Latip Talib dijemput menjadi tetamu undangan dalam segmen resensi yang membicarakan mengenai buku-buku menarik di Malaysia.

Tuan Abdul Latip Talib atau lebih dikenali sebagai Pak Latip mengulas lanjut mengenai buku tulisan beliau iaitu Hulagu Khan: Khabar Hitam dari Timur serta novel terbaru tulisan beliau, Tok Janggut: Pahlawan Kelantan
.

Program tersebut dikendalikan oleh pengacara dan juga penulis terkemuka, Tuan Ramlee Awang Murshid (Novelis Thriller No. 1 Malaysia). Beliau yang teruja dengan hasil tangan Pak Latip menganggap karya tulisan Pak Latip lain daripada yang lain kerana mengangkat sejarah dalam bentuk novel.

Peminat Pak Latip juga berpeluang mendengar pengalaman beliau dalam menghasilkan novel sejarah Islam yang semakin mendapat tempat di hati pembaca. Ini merupakan penampilan pertama Pak Latip dalam rancangan bual bicara di RTM1.


Melalui program resensi buku ini, penonton dapat mengetahui buku-buku terbaik yang dihasilkan oleh penulis terbaik di Malaysia.

Abdul Latip Talib (Penulis Novel Sejarah No.1 Malaysia), penulis kelahiran Negeri Sembilan ini mencipta nama di persada sastera tanah air apabila menghasilkan novel sejarah pertama di Malaysia. Antara novel hasil tulisan beliau adalah pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid al-Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq bin Ziyad yang diterbitkan oleh PTS Litera Sdn. Bhd.


(Laporan asal oleh Cikpuan Roziyah Mahamad Jusob, PTS)

Berkaitan: Novelis Ramlee di persada thriller Malaysia

Cinta Sufi bukan sekadar sebuah epik thriller

Umar al-Khattab pembunuh dan peminum arak tegar sebelum keislamannya
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010, aku borong sakan!

Sultan Muhammad al-Fateh: Seorang ketua dan penakluk bagi tentera & rakyat yang baik

Baca buku sejarah Islam jadi teroris?
Si Bongkok Tanjung Puteri - mari mengenal sejarah bangsa


0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger