
Peguam Negara telah menasihatkan kementerian membuat rayuan supaya maklumat laporan audit dan perjanjian konsesi air tidak didedahkan secara umum, kata menteri berkenaan Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
Saya petik sekali lagi: “supaya maklumat laporan audit dan perjanjian konsesi air tidak didedahkan secara umum, kata menteri berkenaan Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.”
Walau apa pun alasan dan ulah kerajaan UMNO/BN, pastinya ada udang di sebalik batu. Pasti ada ‘maklumat’ penting yang tidak mahu didedahkan kepada rakyat
Latahan UMNO/BN ini ekoran dari keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lepas, memerintah Kerajaan Persekutuan mengumumkan laporan itu yang ditandatangani dengan kerajaan negeri Selangor dan Syabas kepada orang ramai.
Pesuruhjaya Kehakiman Hadhariah Syed Ismail berkata pendedahan dokumen itu tidak bercanggah dengan kepentingan negara dan awam, sebaliknya ia akan memenuhi kepentingan awam kerana memaklumkan kepada mereka cara kerajaan berfungsi dan menggalakkan perbincangan tentang perkara berkaitan hal ehwal awam.
Hadhariah membuat keputusan itu bagi memenuhi permohonan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan 13 pihak lain agar semakan penghakiman dibuat berikutan tindakan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi ketika itu Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik menolak permintaan mereka agar dokumen berkenaan didedahkan kepada orang ramai.
Pada 7 November 2006, mereka menghantar sepucuk
0 comments:
Post a Comment