BNNajib-Altantuya: Siapa mahu jadi katak, jangan bertanding wakil PAS

UMNO/BN kata bahawa bai’ah atau sumpah setia pemimpin PAS tidak releven. Dia orang tidak belajar dari sejarah Nabi Muhammad bin Abdullah (Sallallah-hualaihiwassallam) kah? Bukankah sumpah setia sahabat bersama Nabi Muhammad terakam indah dalam lipatan sejarah?

Adakah pemimpin UMNO tidak mengetahui atau sengaja membutakan mata dan hati bahawa bai'ah itu ialah untuk taat setia dengan pimpinan dan Islam.

Jika tidak mahu menuruti sunnah beliau, pelakuan siapa lagi yang mahu diikut? Atau lipatan sejarah tersebut tetap terlipat dan tidak mahu dibuka-buka? Ah, UMNO!


Menurut Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Halimah Ali, bai’ah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PAS ini adalah sebagai satu sistem disiplin yang dibawa oleh parti bagi memastikan pemimpin berpegang kepada prinsip.


Jelasnya lagi, politik yang dibawa oleh PAS adalah berteraskan Islam dan bertunjangkan al-Quran dan ini sebagai cara untuk meyakinkan pengundi bahawa pemimpin PAS yang dipilih itu benar-benar membawa prinsip dan falsafah parti.


Dr Halimah berkata demikian ketika dihubungi TvSelangor diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa bai’ah PAS tidak munasabah dan mendera perasaan golongan isteri dan anak-anak pemimpin berkenaan.


“Ini sebabnya hukuman ini agak berat, dan setakat ini dengan adanya sumpah ini, tiada lagi pemimpin PAS yang lompat parti. Ini juga memberikan satu jaminan kepada pengundi bahawa sekiranya memilih wakil rakyat PAS, itulah yang kekal,” katanya.


Menurut Dr Halimah, sumpah setia ini juga sebagai cara untuk memastikan ketua keluarga itu benar-benar berwibawa bukan sahaja sebagai pemimpin namun sebagai suami dan bapa.

“Ini bukan penganiayaan kepada kaum wanita. Ini sebenarnya menjaminkan keselamatan dan kewibawaan suami kepada wanita dan bapa kepada anak-anak itu. Ini kredibiliti dan kewibawaan yang kita cuba lonjakkan, yang menjadi wakil rakyat ini,” katanya dipetik oleh TvSelangor.

PAS akan memperkuat Pakatan Rakyat

Harakahdaily melaporkan bahawa selepas seminar berakhir, PAS yakin parti itu akan semakin kuat dan bertekad akan lebih proaktif dalam memperkukuhkan parti dan juga Pakatan Rakyat.

PAS memandang serius dan akan mengambil tindakan segera di peringkat dalaman parti terhadap lima resolusi yang dicapai dalam seminar pemerkasaan parti yang diadakan siang semalam.


Seminar politik memperkasakan PAS yang dihadiri oleh peserta daripada seluruh negara siang semalam meluluskan lima rosolusi hasil perbahasan daripada perwakilan dari setiap negeri, sayap-sayap parti serta kelab penyokong PAS.


Resolusi pertama adalah, PAS secara lebih proaktif akan memperkukuh Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13.


Saya kira, jika pimpinan PAS meluruskan hati mereka atas kepentingan Islam yang syumul dan demi melestarikan negara Malaysia ke arah negara berkebajikan untuk semua kaum dan ugama, dengan izin Allah, parti Islam ini dan Pakatan Rakyat akan berjaya menongkah riak. Walaupun riak itu seolah-olah nampak bakal mencipta gelombang kecil dek onar juak-juak UMNO/BN, namun angin semilir kesucian Islam akan menghembus lembut. Hembusan kebenaran Islam yang didukung PAS akan menghalang riak itu menjadi gelombang.


(Gambar: Konvensyen Kelab Penyokong PAS pada 30 Mei 2009)
Berkaitan:
Politik Islam: Riak kecil beralun tidak memunahkan

Imbasan katering bagi kaum Cina dan India 2007

Pada hujung minggu ke-2 di bulan Ramadhan 2007, saya menerima dua tempahan katering yang agak berlainan fungsinya. Satunya ialah untuk majlis menyambut menantu seorang rakan Cina yang berlangsung pada waktu tengah hari dan satu lagi untuk majlis pertunangan pasangan India (beragama Kristian) yang berlangsung pada sebelah malam, sama waktu dengan saat berbuka puasa.

Memang meletihkan kerana kedua-dua majlis tersebut berlangsung pada hari yang sama dan melibatkan majlis yang bukan berkaitan dengan berbuka puasa. Namun, alhamdulillah, segala syukur dipanjatkan ke hadrat Allah kerana kedua-dua majlis itu terlaksana dengan jayanya.

Masakan bagi majlis menyambut menantu perempuan rakan Cina itu ialah nasi lemak dan pulut kuning yang diserikan dengan rendang ayam, sambal sotong, sambal kerang, dan sayur campur. Menu tambahan utama ialah bihun goreng Singapura.

Menu pencuci mulut pula saya sediakan ialah kuih lapis, kuih bakar kemboja dan kek marble. Manakala buah-buahan ialah tembikai susu dan oren. Akhirnya para tetamu yang semuanya terdiri dari masyarakat bukan Islam disajikan dengan minuman kordial oren dan teh ‘O’ ais limau.

Tuan rumah mengucapkan ribuan terima kasih atas kesediaan saya menyediakan juadah yang menurut beliau sangat menarik dan menerima tanda bagus dari semua hadirin. Tuan rumah berkata, “Semua sedap, para tetamu cakap okey dan tiada rungutan”. Salah seorang makcik berkata, “Pandai awak berniaga, di bulan puasa pun boleh buat.”

Manakala masakan untuk majlis pertunangan pasangan India pula saya sediakan nasi tomato dengan lauk ayam masak merah, rendang kambing, dalca sayuran dan sayur campur serta minuman laici.

PAS okey, cuma riak kecil

Pada pandangan saya, tiada apa yang tidak boleh diselesaikan dalam perihal kemelut yang dikatakan sedang beriak di dalam PAS. Ya, memang tidak dinafikan ada riak. Cuma riak kecil yang terjana ketika sang pepatung hinggap di permukaan air tenang sahaja.

Pihak yang kelatahan teruk ialah juak-juak UMNO/BN, juga akhbar-akhbar mereka yang sejak dulu, kini dan selamanya akan menangguk di mana sahaja.
Tanggukan mereka tidak mengira di air jernih ataupun di riak kecil. Oleh sebab tanggukan merekalah, riak kecil itu seakan-akan membentuk riak besar yang bercempera di segenap penjuru.

Saya kira, jika pimpinan PAS meluruskan hati mereka atas kepentingan Islam yang syumul dan demi melestarikan negara Malaysia ke arah negara berkebajikan untuk semua kaum dan ugama, dengan izin Allah, parti Islam ini dan Pakatan Rakyat akan berjaya menongkah riak. Walaupun riak itu seolah-olah nampak bakal mencipta gelombang kecil dek onar juak-juak UMNO/BN, namun angin semilir kesucian Islam akan menghembus lembut. Hembusan kebenaran Islam yang didukung PAS akan menghalang riak itu menjadi gelombang.

Lihat sahaja gambar-gambar yang saya sertakan ini. Pimpinan PAS okey. Jangan risau. Ahli dan penyokong PR serta rakyat jangan terikut-ikut tarian UMNO/BN. Jangan menari umpama ular bila serunai fitnah ditiup!

Photobucket
Photobucket
(Terima kasih sahabat blog TerengganuKini)

Palestin: Syahid atau kemenangan

18 Zulkaedah 1430H: Palestin adalah bumi yang menjadi rebutan agama samawi sejak zaman-berzaman. Tanahnya sering bersimbah darah merah, air mata warganya juga sudah kering untuk menangisi penderitaan dan kejerihan. Waktu terus bergulir pantas sehingga kita alpa tanah suci ini belum tertebus hutangnya, al-Quds yang dijajah, Masjid al-Aqsa yang diratah.

Buku Gaza Menangis: Menelusuri Sejarah Perjuangan Palestin dan Pembantaian di Gaza menyingkap rahsia Palestin dan perjuangan membebaskan setiap inci tanah yang dijarah Yahudi Zionis. Juga merakamkan kanvas hitam pembantaian tanpa ampun Cast Lead selama 22 hari, iaitu serangan paling pengecut dan barua.


Sejarah perjuangan jihad, cintakan seni kematian menjadi obor di sepanjang sejarah Palestin. Sudut sejarah itu berjaya ditelusuri secara ringkas tetapi menyeluruh oleh penulis Ustaz Riduan Mohamad Nor dan Aris Hazlan Ismail.


Pengalaman penulis dalam misi kemanusiaan ke Gaza dinarasi dari hati yang cintakan Islam dan syahid. Banyak bait-bait yang menggetar nubari, sama ada dari penulis sendiri maupun dari ungkapan para pejuang jihad.


Walaupun buku ini tidak tebal (hanya setebal 193 halaman), namun ia ditintakan penulis sebagai penyaksian kejahatan rejim Yahudi Zionis semasa operasi Cast Lead, serangan paling kejam dekad ini. Ia membakar semangat jihad dalam diri saya.


Sesungguhnya umat Palestin dan para pejuang hanya impikan ini; seni kematian menerusi syahid atau kemenangan!


Buku ini diterbitkan oleh Jundi Resources, berharga RM20.00.
Saya membelinya semasa di Pesta Buku Kuala Lumpur 2009 yang lalu.

Berkaitan:
Anasir teroris adalah anak kandung Zionis

Aku di Pesta buku Kuala Lumpur 2009, laporan 1
Aku di Pesta Buku Kuala Lumpur 2009, laporan 2

Dr. Maza kena lagi, dari JAKIM pula!

Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. Maza) kena lagi. Terkini ialah tuduhan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Zamihan Mat Zain, dalam Utusan Malaysia yang mengatakan bahawa Dr. Maza membuat sijil palsu. (Gambar: Sijil asli Dr. Maza dari University Of Jordan yang menunjukkan pengkhususan beliau dalam Bahasa Arab dan Sastera serta Syariah Islamiyyah)

Hah! Semakin keliru aku. Ini sudah jadi satu konspirasi. Lepas satu, kemudian satu lagi. Esok lusa apa pula? Jom baca kenyataan Dr. Maza yang dipetik dalam blognya.

“Tindakan pegawai JAKIM menuduh saya membuat sijil palsu amat hina dan jijik. Seakan tidak waras dan berfikir panjang. Masakan UIA, USM membenarkan saya menyambung Ph.D dan menjadi pensyarah jika sijil saya palsu.

“Saya sendiri rasa amat lekeh untuk jawab tuduhan yang seperti ini. Cukuplah dengan rakyat Malaysia melihat gambar sijil yang disertakan ini.

“Persoalannya, apakah JAKIM di belakang konspirasi ini? Jika JAKIM terlibat, nanti orang akan tanya apakah terdapat mereka dari Kerajaan Pusat juga terlibat? JAKIM jangan burukkan nama Kerajaan Pusat!”

Laporan Utusan Online:

KUALA LUMPUR 2 Nov. - Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin didakwa memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab/Syariah dari Universiti Jordan.

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zain AlGhari mendedahkan, berdasarkan pemeriksaannya, bidang pengkhususan Asri hanya melibatkan Bahasa Arab dan Sastera.

"Universiti Jordan tidak menawarkan dua pengkhususan dalam satu ijazah. Sekiranya seseorang itu berkelulusan syariah, minor pengajian biasanya melibatkan bidang berkaitan seperti 'fiqh wa usul'.

"Pengajian Bahasa Arab dibenarkan untuk mengambil minor Syariah tetapi hanya sebagai subjek elektif.

Sekiranya ia diambil sebagai elektif, maka ia tidak dikira sebagai pelajar syariah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. (Baca penuh di sini)

JAIS buat hal lagi, kini Khalid Samad pula kena?

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) buat hal lagikah? Berita terkini ialah Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula yang kena. Pening!

Ahli parlimen Shah Alam tersepit apabila didakwa mempunyai "rekod jenayah" tetapi sehingga kini gagal mendapatkan penjelasan polis berkenaan perbuatan jenayah yang telah dilakukannya.

Akibat "rekod jenayah" beliau itu, Khalid Samad tidak diberikan tauliah menyampaikan kuliah agama di Selangor walaupun beliau mendapat kelulusan awal daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Dalam surat jabatan itu bertarikh 10 Julai 2008, pemimpin PAS itu diberikan tauliah mengikut kategori-kategori D1 (boleh mengajar atau berceramah) dan D2 (mengajar fardhu ain atau berkitab).

Kebenaran itu bagaimanapun dibatalkan olej Jais dalam suratnya 28 Oktober 2008 susulan tapisan keselamatan polis Selangor mendapati Khalid, adik kandung bekas menteri Datuk Shahrir Samad, mempunyai "rekod jenayah."

Setelah Khalid meminta penjelasan dalam suratnya hujung September lalu, polis Selangor berkata semakan polis Bukit Aman mendapati beliau mempunyai "rekod jenayah".

Jenis jenayah yang didakwa dilakukan oleh bekas ahli jawatankuasa pusat PAS itu tidak pula dinyatakan dalam surat ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Selangor bertarikh 27 Oktober 2009 kepada beliau - yang diterima semalam.

Bercakap dalam sidang media di Shah Alam hari ini, Khalid menulis kepada IPK untuk mendapatkan butiran mengenai "jenayahnya" itu.

"Saya minta mereka jelaskan, apa rekod saya... Tetapi saya difahamkan mereka tidak dapat beri rekod untuk orang perseorangan, walaupun yang minta itu tuan punya badan sendiri," katanya.

Beliau juga menyifatkan tindakan Jais tidak meluluskan permohonannya untuk mendapatkan tauliah "terlalu berbau politik."

"Ini juga mengejutkan sebab (Jais) sebelum itu sudah akui kemampuan saya untuk mengajar agama," katanya lagi. (Berita asal di sini)

Dr. Asri ditangkap JAIS: Saya tidak seronok, kata Faisal Tehrani

Ramai antara kita mengetahui pertentangan idea dan pendapat antara Faisal Tehrani dan Dr. Asri. Walaupun begitu, kata Faisal “saya tidak seronok dengan apa yang menimpa Dr. Asri hari ini.”

“Saya ingin menegaskan, saya membantah sebarang usaha mengharamkan satu-satu aliran yang tidak terkeluar dari al-Quran dan sunnah. Baik ia wahabi, salafi, syiah ataupun tarekat yang benar. Setiap aliran tersebut adalah gagasan. Ia adalah teori.


“Setiap sekolah pemikiran tidak boleh diharamkan dan dihalang sedemikian rupa. Ia hanya boleh dilawan dan dibantah dengan teori dan gagasan lain pula. Ia mesti diperdebatkan secara akademia. Jika ia (aliran tersebut) ditakdirkan 'kalah' maka ia akan mati dan luput begitu sahaja seperti yang telah menimpa sekolah pemikiran Muktazilah, Jabariyyah, Qadiriyyah dan Ibadi.


“Jadi, saya ingin mengatakan saya tidak seronok dengan apa yang menimpa Dr Asri hari ini. Ia adalah petanda buruk untuk perbahasan ilmu yang sihat.”
(Petikan komen sdr. Faisal Tehrani di blognya.)

Berkaitan:
GEMPAR: Dr Maza ditangkap JAIS, apa hal?
Tangan ghaib siapa di sebaliknya? - Dr Asri


Buku Faisal: Jarum Zionis melalui liberalisme dalam Tuhan Manusia
Detektif Indigo – bukan siri penyiasatan era 80-an dan 90-an

Faisal Tehrani, ini untuk saudara!

Tangan ghaib siapa di sebaliknya? - Dr Asri

Malam tadi aku masuk beradu lewat, sekitar jam 3.00 pagi. Jadi aku antara yang terawal dapat membaca perihal Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. Maza) ditangkap pihak JAIS atas alasan mengajar tanpa tauliah.

Aku sudah katakan di entri terdahulu bahawa ini satu kejadian pelik, malah menghairankan. Tanpa prejudis, aku cukup hairan dan kaget. Jika tidak suka Dr. Maza pun, mengapa beliau ditangkap. Mengajar agama tanpa tauliah? Fuyoo! Seperti aku pernah mendengar ungkapan ini? Pelik!

Harakahdaily melaporkan bekas Mufti Perlis itu membidas sikap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana tidak profesional, sambil lewa dan memungkiri janji apabila tiada wakil atau pendakwa daripada jabatan itu yang hadir ke Mahkamah Syariah sekitar pukul 1.00pm.

Beliau yang dibebaskan oleh pihak mahkamah tanpa sebarang pertuduhan dan perbicaraan menyifatkan JAIS tidak wajar memperlakukannya seperti itu sehingga menyusahkan pelbagai pihak.

"Mereka tangkap saya dulu baru tuduh. Tetapi mahkamah kata belum ada apa-apa pertuduhan lagi. Saya pun tak tahu sebab apa nak datang sini. Pihak Jais yang bagi arahan, tetapi saya nak tahu 'tangan ghaib' siapa di sebaliknya," tegas Dr. Maza.

Tindakan melatah JAIS menangkap Dr. Maza dianggap tidak profesional dan mengunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya. Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi melahirkan rasa kesal dengan tindakan itu kerana menggunakan kuasa sewenang-wenangnya untuk menangkap penceramah agama dan alim ulama semata - mata kerana mereka tidak memiliki tauliah.

(Gambar Dr. Maza semasa di Mahkamah Syariah, dari Harakahdaily)

"Saya difahamkan Dr. Mohd Asri ditangkap kerana menyampaikan kuliah tanpa memiliki tauliah. Alasan yang sama membuatkan saya juga hampir tertangkap ketika menyampaikan kuliah dhuha di Surau Ar Raafiq Kota Damansara pada satu ketika dahulu,” jelas Utz. Nasrudin.

Memang pelik, hairan dan sesungguhnya tidak dapat disangkal bahawa ada tangan ghaib yang ‘berbulu’ di sebalik peristiwa ini. Aduhai!

Reuters: Science News

Copyright © 2009 - Buana Ini - is proudly powered by Blogger