JANGAN BENGANG JIKA KENA 'REJECT'


Tuan dan cikpuan pernah kena tolak atau orang 'republik Besut' kata kena ‘reject’?

Apa rasa?

Sakit? Kecewa? Bengang?

Nak tahu tak, bahawa dua manuskrip saya pernah ditolak sebanyak lima kali. Ya LIMA KALI!

Memang rasa kecewa. Tetapi saya ambil ia sebagai nasihat yang baik, agar saya berusaha lagi.

Dari sudut sesuatu manuskrip, saya menambah baik di mana perlu. Hasilnya, salah satu manuskrip itu bertukar menjadi dua manuskrip baharu, dan ia berjaya diterbitkan kemudiannya. Manakala manuskrip kedua berjaya diswaterbitkan (self publish) dengan memasuki cetakan ke-3.

Semalam, buat kali pertama setelah berjaya memecah tembok keras dalaman, saya di-‘reject’ secara terus untuk makluman penerokaan peluang dalam AMWAY.

Apa saya rasa? Saya relaks sahaja dan balas mesej itu begini: “Alhamdulillah. Terima kasih kerana memberi perhatian.”

Ditolak bukan penghalang.

Ditolak tidak terhentinya usaha.

Ditutup pintu oleh seseorang, banyak lagi pintu lain yang akan dibuka. Cuma ketuk elok-elok.

^^ Web Sutera – Novelis, penulis dan trainer penulisan yang degil. Kini kedegilan itu akan diterapkan dalam cubaan demi cubaan membuka peluang bersama AMWAY.

>> Ya saya buka cadangan dan peluang, insya-Allah. Boleh hubungi saya melalui akaun Facebook Web Sutera untuk pertanyaan peluang menceburi Amway Business Owner (ABO).


0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger