Iklan bodoh TV3: Douglas Khoo Hong Seng WAJIB LETAK JAWATAN!

27 Ramadhan 1431H - Utusan Malaysia Online melaporkan:

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) hari ini memohon maaf kepada seluruh masyarakat Islam kerana penyiaran iklan yang dikatakan mempunyai unsur-unsur yang boleh memesong akidah terutama kanak-kanak.

Sehubungan itu, iklan tersebut yang ditayangkan sejak Khamis lalu telah pun dihentikan penyiarannya semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan ketika dihubungi hari ini berkata, bagi pihak TV3 beliau meminta maaf kepada masyarakat Islam terutama penonton TV3 di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu.


"Sebagai orang yang bertanggungjawab meluluskan iklan itu, tidak terlintas di fikiran saya untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak sebaliknya hanya melihat itu sebagai daya kreativiti pengarahnya.


"Dalam iklan selama seminit itu, ia menggambarkan impian seorang kanak-kanak dengan beca ajaibnya sesuai dengan tema TV3 tahun ini iaitu Sinari Lebaran,'' katanya.


Sejak Khamis lalu, TV3 menyiarkan iklan sempena hari raya yang menggambarkan seorang 'Pak Haji' mengajak kanak-kanak menaiki beca ajaib sehingga melintasi bulan.


Ia seolah-olah menyamai watak Santa Claus menaiki kereta salju yang dipacu oleh sekawan rusa kutub membawa hadiah Hari Natal untuk kanak-kanak.


Iklan tersebut juga menampilkan babak kemunculan pelita melalui bunga teratai yang dikatakan menyamai fahaman agama Buddha.


Iklan tersebut diterbitkan oleh Pengarah Kreatif TV3, Douglas Khoo Hong Seng dengan kos penerbitan RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).


Menurut Farid, dengan mengambil kira rungutan dan rasa tidak senang penonton, iklan tersebut telah pun dihentikan pada pukul 9 malam tadi selepas lima kali disiarkan.


''Walaupun iklan itu baru lima kali ditayangkan, kami telah pun menarik penyiarannya demi memelihara keharmonian dan menghargai pandangan penonton.


"Sebagai sebuah stesen televisyen yang sentiasa cuba memberikan yang terbaik kepada penonton, komen-komen begini sedikit sebanyak membantu kami untuk tidak melakukan kesilapan lagi," katanya.


Farid berkata, disebabkan kesuntukan masa, mulai esok sebagai menggantikan iklan tersebut, TV3 akan menyiarkan iklan raya tahun lalu iaitu 'Ikan di laut, asam di darat' arahan Allahyarham Yasmin Ahmad.


Sementara itu, Douglas ketika dihubungi mengenai iklan daripada idea kreatifnya itu akur dengan apa juga keputusan pihak TV3.


Katanya, sebagai Pengarah Kreatif TV3 beliau cuba melahirkan sesuatu yang menarik sesuai dengan tema kali ini iaitu Sinari Lebaran dengan menggambarkan keriangan kanak-kanak.


"Semasa membuat iklan ini, apa yang saya fikir hanyalah untuk melahirkan Melayu milenium dan tidak pernah terlintas untuk menyinggung perasaan orang Islam.


"Saya cuma mahu gambarkan impian dan keriangan kanak-kanak itu dengan beca ajaibnya untuk mencapai apa yang difikirkan kerana saya rasa ia cantik dan sesuai.


"Saya benar-benar menyesal atas apa yang berlaku dan saya memohon maaf kepada masyarakat Islam di atas kesilapan yang tidak disengajakan,'' katanya.


Beliau berkata, komen dan pandangan pelbagai pihak akan dijadikan panduan dalam menghasilkan sesuatu karya pada masa depan.


Iklan Sinari Lebaran yang menelan kos sebanyak RM200,000 menjalani penggambaran tiga minggu lalu di Bukit Broga, Semenyih, Negeri Sembilan.


Penggambaran selama seminggu itu mengabadikan babak beca ajaib dari Pulau Pinang, Perak dan Bukit Broga dengan menggunakan CGI dengan lagu latar hari raya ciptaan komposer Jerry dan Bijay dan dinyanyikan oleh Atilia. (Laporan asal di sini)

Komen aku terhadap Douglas Khoo Hong Seng. Dia memang seorang yang langsung tak prihatin terhadap budaya Melayu, apa lagi dari sisi agama Islam. Dia hanya tahu kreativiti, walhal kreativiti itu nampak bodoh dari sudut budaya. Pastinya dari sudut agama Islam ia jelas menghina dan boleh membaca kepada syirik.

Dia (Douglas) tidak melakukan kajian, dan tidak membaca dan menelaah dari semua sudut sebelum menghasilkan apa yang dikatakan bagi "untuk melahirkan Melayu milenium".

Melayu milenium apa, sdr. Douglas Khoo Hong Seng? Apa yang saudara tahu mengenai Melayu dan Islam? Dari iklan tersebut ternyata dan terserlah bahawa saudara kurang bijak dan tidak berinformasi!

Peduli apa aku dengan kos
penerbitan RM200,000 itu! Yang lebih penting bukan kos dalam nilai wang yang perlu ditonjolkan, tetapi kos dari sudut kerosakan yang pihak TV3 telah lakukan!

Sebelumnya:
Iklan Hari Raya Aidilfitri atau Krismas? (video)


Lihat komuniti KAMI MEMBANTAH PROMO IKLAN RAYA AIDILFITRI TV3 2010.

20 comments:

Anonymous said...

"Sebagai orang yang bertanggungjawab meluluskan iklan itu, tidak terlintas di fikiran saya untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak sebaliknya hanya melihat itu sebagai daya kreativiti pengarahnya.

sebagai orang Islam yang tak faham, memang tak terlintas apa-apa pun....

Anonymous said...

tak faham ker,dah jadi ejen setan,buat-buat tak paham,boikot tv3!!1

noname said...

"kami telah pun menarik penyiarannya demi memelihara keharmonian dan menghargai pandangan penonton"

oh. bukan nak pelihara agama

Anonymous said...

Douglas ni bukan x faham...tapi dia sengaja buat benda2 tu..die cuba pesongkan akidah umat islam... bukan hanya santa klaus pakai songkok tapi ayat suci diterbalikkan apa makna nye lagi??? die bukan x faham, tapi sengaja buat begitu dengan tujuan tertentu.

Web Sutera said...

Sahabat, setahu aku semua video iklan tersebut sudah tiada. Dalam YouTube, ini mesejnya: "This video is no longer available due to a copyright claim by Grand Billiance Sdn Bhd."

Tahniah untuk rakan-rakan Facebook yang membentuk komuniti bantahan ini. ALLAHU AKHBAR!!

Douglas mesti dipecat dan Datuk Seri Farid Ridzuan WAJIB menyesal dan bertaubat.

Web Sutera said...

Sebagai info, setakat jam 6.30pm pada 6 Sept. 2010, ahli yang mambantah di komuniti Facebook KAMI MEMBANTAH PROMO IKLAN RAYA AIDILFITRI TV3 2010 ialah 13,440 orang.

Anonymous said...

SIAL lah TV3 ni!!

Nak tunjuk hebat konon lain dr orang lain..padahal BODOH!! Farid Ridzuan ini mesti diambil tindakan dan si Douglas kafir tu mesti dipecat!!

TV3 memang terkenal dengan stesen TV 'Hidup Untuk Berhibur', rancangan2 sampah Sinetron Indon, Drama Sesat Aqidah, Saka, Hantu, Tahyul Sihir dihidangkan mcm lauk..tanpa ada langsung pengajaran positif dari sudur Islam sebagai Agama Rasmi Negara.

program2 Realiti penggalak maksiat campur gaul bebas lelaki wanita dari kaca Tv sehingga ke JOM Heboh seolah-olah merek merancang untuk mengubah budaya kehidupan Melayu dan Islam negara ini mengikut acuan sonsang dan Barat.

Iklan menghina Aidilfitri oleh TV3 ini merupakan contoh jelas ada usaha halus untuk merosakkah umat Islam secara psikologi, berpaksikan Yahudi, Kristian, Hindu dan Buddha, iaitu konsep PLURALRISM-kesamaan Agama.

Pihak berwajib seperti JAKIM mesti menyiasat secara telus siapa dalang di dalam Media Prima, TV3 dan mengapa urusan konsep iklan hari kebesaran umat Islam, hari Raya Aidilfitri diberikan kepada orang kafir, mengapa pihak TV3 boleh release iklan BANGANG ini. Ditarik balik kerana bantahan..kalau tkde bantahan..so apa akan jadi??

TV3=TV Syiatan!

Kukubesi Bintang Tiga said...

Saya mencadangkan agar CEO TV3 tampil meminta maaf secara terbuka dan PECAT DOUGLAS KHOO HONG SENG

Achik said...

douglas khoo hong seng bukan dajjal pertama kt malaysia...

Anonymous said...

Celaka TV3..hampeh!! biar linkup cepat Media Prima nie..takhabis2 anjur bende maksiat..ni dh melarat ke hal akidah pulak..

BOIKOT TV3!!! Boikot Media Prima!!

Anonymous said...

Farid Ridzuan n Douglas..THEY PLAN TO DO SO!! TRUST ME!!.

THIS IS A TRIAL (test market)FOR THEIR BEGINNING STEPS OF RELIGOUS ATTACT..PLURALISM!! MANY STEPS INCLUDING POLITICALS PEOPLES ARE STARTING STEPS TO DEMOLISH ISLAM AS AN OFFICIAL RELIGION AS STATED IN CONSTITUTION (Perlembagaan Negara). THIS COMPREHENSIVE MOVEMENT HAS BEGAN BY 'SISTERS IN ISLAM' PPLS..

PLEASE WE MUST ALERT n PROTECT OUR ISLAM!! PLEASE KEEP A HIGH SENSITIVITY TO OUR RELIGOUS ISLAM!!

Web Sutera said...

KUALA LUMPUR, 6 Sept: Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan adalah pihak yang patut dipersalahkan dalam kontroversi penyiaran iklan sempena Hari Raya tahun ini oleh TV3, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Pada 12 Disember 2005, Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi ketika itu, Datuk Shaziman Abu Mansor memberitahu Dewan Negara bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bekerjasama rapat dengan Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk memastikan kesemua bahan siaran ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan di TV swasta negara ini," kata beliau.

Dari jawapan Shaziman itu, kata Mahfuz, jelaslah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan adalah pihak yang patut dipersalahkan kerana pengakuan telah dibuat di dalam Dewan Negara bahawa kesemua bahan siaran ditapis terlebih dahulu oleh SKMM dan LPF sebelum disiarkan oleh TV swasta negara ini.

Sambil berterima kasih kepada umat Islam yang membantah iklan penuh kontroversi itu, beliau menyifatkan perkara itu mungkin berlaku kerana sikap keterlaluan yang amat jelas diperlihatkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam memantau apa sahaja bahan dalam Internet yang tidak disenangi oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Kerana sikapnya yang amat jelas memperlihatkan beliau sibuk sangat hendak menjadi polis di dalam Internet, Rais ternyata tidak melakukan pemantauan yang sepatutnya terhadap iklan yang dengan jelas membangkitkan kemarahan umat Islam itu walaupun TV3 menayangkannya berkali-kali sejak Khamis lalu.

"Jika Rais sendiri pernah menonton iklan itu, mungkin sensitivitinya sudah terlalu tumpul sehingga kita tidak mendengar sebarang bantahan atau tindakan darinya dan TV3 ternyata mengambil inisiatif sendiri untuk menghentikan penyiaran iklan itu.

"Maklumlah, Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad adalah syarikat-syarikat berkaitan Umno atau Umno linked companies dan Rais mungkin tidak ada hasrat langsung untuk melakukan pemantauan secara on air terhadap bahan-bahan yang disiarkan oleh media yang dimiliki oleh syarikat-syarikat berkaitan Umno," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu sambil membangkitkan jawapan Shaziman di Dewan Negara itu turut menyatakan bahawa pemantauan siaran TV dan radio swasta juga dilaksanakan oleh SKMM melalui pemantauan secara on air.

Tetapi, kata Mahfuz, jika iklan sedemikian disiarkan oleh media-media alternatif di dalam Internet, Rais dan Umno pasti akan histeria serta merta.

"Apa yang berlaku itu jelas membuktikan bahawa para pemimpin Umno menilai sesuatu perkara itu dari sudut kepentingan politik mereka. (Laporan dari Harakahdaily)

Anonymous said...

Alahai BOSANLAH campur politik plak..
Harakah tu paper fitnah
PAS tu lg xbetol..biar je DAP hina ISLAM..lg truk dr TV3..at least mntk maaf jg.. PAS biar je DAP guna masjid surau utk politk lg kotor..xde tari balik pon..kate parti Islam??

PAS pn same lah dgn UMNO..
2x5, 5x2 hampehh jer..main2 dgn Islam

Anonymous said...

bodoh betul anonymous ni.
org cerita psl iklan raya tv3 dia pg cerita pasal pas/dap.

akummgsgt setuju farid rizuan dan donalds ni dipecat je dr tv3.

Anonymous said...

ahh...kmu sumua ni kena pun racun TV3!. psal video beca hangat tu, dahlah celebrate niat "saluran hiburan" dah tecapei. bongok betul kita marah gadoi sini.

Pilih Jalan Lurus said...

betullah tv3 suku ni. tak sedar ke buat 2 tak sedar jadi agen setan? Dah la dulu AJL 24 ada unsur freeemason. ni iklan raya pun nak wat jugak unsur3 mcm tu??

Anonymous said...

TV3 patut lebih sensitif dengan apa yang patut dan apa yang tak patut disiarkan demi menjaga kesucian ISLAM.Itu yang lebih utama.Yg korang sibuk pasal sensitiviti kaum. kat Allah korang tak kisah.Ni yg dikatakan Sesat lagi menyesatkan

Bruno said...

Tuan-tuan yg bijak pandai ilmuan mualim sekalian, jangan sesekali kita melatah, iya mmg si Doughlas tu kafir tak tau apa-apa dia pikir kreatif saja, sebaiknya kita menegur dia dengan cara yg baik, bukankah cara berdakwah secara baik itu juga satu langkah yg bijak yg Rasulullah bawa, apakah kita sudah sedarjat lebih baik darinya untuk menghukum sekalian mukhallaf? tentang Datuk Farid rezuan terima kasih kerna memahami sensitiviti umaah islam amnya, bukan sahaja melayu tapi ada juga bangsa lain yg juga muslim, jadi bukankah teguran secara berhemah itu lebih baik dari secara keras? tuan-tuan kita bukan negara wahabi, kita ada adab budaya..bahasa menunjukkan bangsa..saya berharap TV3 akan lebih peka di lain kali untuk menapis segala bentuk iklan, dan tuan-tuan sekalian wacana kanlah dengan secara baik ttg islam dengan adab yg lebih sopan dalam menilai dan mengkritis sesuatu pandangan. Islam itu untuk semua warga bangsa, bukan melayu sahaja..

Anonymous said...

TV3 adalah agen Illuminati.

Ingat lagi AJL?

gayapeneroka said...

saya berpendapat perkara ini memang dirancang ....bukannya dia tak tahu atau tidak berpengalaman...dia sebenarnya bijak....dia buat secara halus untuk menyesatkan islam

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger