Solat, Quran dan membaca merehatkan minda

Saya ingin berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan semua, bukan berniat membangga diri, sekadar sedikit ilmu yang saya kira elok diberitahu. Semasa bekerja makan gaji selama lebih 14 tahun dan menguruskan bisnes katering (klik sini) sekarang ini, selain solat dan membaca al-Quran, membaca buku fiksyen sama ada berbahasa Inggeris atau Melayu boleh menenangkan minda. Itu yang saya dapat rasai.

Kerehatan yang paling besar semasa bekerja ialah ketika solat, berhubung dan bercakap dengan Allah. Seterusnya, biasakan membaca ayat-ayat suci al-Quran dan menelaah terjemahannya di waktu senggang. 
Minda dan tubuh badan juga dapat direhatkan ketika saya membaca novel yang baik.

Tentang saya? Semasa bekerja di MIMOS Berhad dan JARING Communications Sdn Bhd selama hampir 12 tahun, antara tugas yang diamanahkan ialah menulis, sama ada laporan tahunan, surat berita ataupun artikel surat khabar dan majalah. Itu tugas rasmi.

Di samping itu saya mengambil kesempatan menghantar rencana berkaitan teknologi, internet dan ICT kepada beberapa majalah bahasa Melayu. Ini tugas tidak rasmi yang mendatangkan duit tambahan. Justeru tidak hairan jika saya memiliki banyak koleksi buku-buku bahasa Inggeris yang mencakupi bidang-bidang yang disebutkan.

Minat membaca yang ditanam sejak di bangku sekolah lagi dibuktikan dengan koleksi fiksyen bahasa Inggeris dan Melayu dalam rak buku saya. Itu belum termasuk buku-buku yang tersimpan di rumah emak di Pahang dan di rumah emak saudara di Terengganu.
Minda menjadi tenang bila membaca bahan-bahan bacaan yang baik, ingat itu.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger