Showing posts with label al-Quran. Show all posts
Showing posts with label al-Quran. Show all posts

JANGAN TEMPELAK ORANG BACA SEBARIS AYAT AL-QURAN


Sebelum saya berhijrah ke Mantin, N9, atas sebab-sebab tertentu, pada satu awal pagi sebelum subuh tatkala bersiap sedia mahu ke Ipoh, Perak saya membawa diri sendiri ke Hospital Ampang (bersama isteri). Hanya sahabat rapat seperti Tuan Resha Hamzah dan beberapa kawan lain yang tahu. Adik-adik saya pun tak tahu pada waktu itu.

Segera saya daftarkan diri ke bahagian kecemasan dan trauma Hospital Ampang, dan badan yang mulai berdebar segera diperiksa oleh doktor. Saya diperiksa secara ‘through’ atas nasihat doktor. “Kita ‘check’ tuan secara ‘through’ kali ini kerana tuan tak pernah berbuat demikian.”

Saya ditahan di hospital. Namun menjelang awal petang hari yang sama, saya disuruh balik dan diberi surat rujukan ke klinik. Antara keputusan utama ialah jantung saya okey. Tahap kesihatan jantung saya diperiksa lagi selepas itu di Klinik Kesihatan Kg. Pandan, Kuala Lumpur dan kemudian di Klinik Kesihatan Beranang, Selangor. Seingat saya, empat kali dibuat ujian. Alhamdulillah, sihat-sihat sahaja.

Kemudian atas inisiatif dan kemahuan sendiri, saya mencari ayat-ayat al-Quran yang menjurus kepada penjagaan jantung. Daripada sebuah kitab (tak ingat judulnya), saya menjumpai tiga ayat al-Quran yang semenjak itu saya hafal dan saya cuba amalkan paling kurang pun sekali sebagai wirid selepas solat Subuh dan Maghrib, atau pada setiap kali solat wajib. Saya baca pada penghujung wirid selepas solat. Mudah sahaja untuk menghafal, andai ada kemahuan.

Harap sangat jangan pula ada orang menempelak saya amalkan ayat al-Quran untuk tujuan perubatan sahaja. Tak payah nak menempelak orang yang membaca ayat al-Quran, paling tidak pun dia (saya misalnya) membaca ayat al-Quran walaupun satu ayat sahaja sehari (daripada langsung tak baca).

Dua daripada ayat itu saya kongsikan di sini. Alhamdulillah, dengan izin-Nya, saya berasa lebih lapang dan yakin untuk meneruskan kehidupan, dan dalam masa yang sama cuba mengubah tabiat pemakanan. Sungguh, saya tak bohong.


---------+----------

Satu lagi saya akan kongsikan. Saya ‘up-kan’ status WhatsApp lewat petang tadi, mengenai pengambilan pemakanan tambahan (supplement) ‘Salmon Omega complex’. Saya menerima respons dari seorang kawan, seperti tangkap layar yang disertakan.

Saya juga pernah bertanyakan kepada seorang rakan yang ada ilmu pengubatan Islam mengenai ‘rasa berdebar’ tidak tahu sebarang punca. Antara yang dia ajukan ialah amalkan mengambil Salmon Omega untuk kesihatan jantung.


Kebaikan 'Salmon Omega complex' banyak. Pautan kepada posting terdahulu saya kongsikan di sini: https://www.facebook.com/websutera/posts/10220258903649787

Tuan dan cikpuan jangan tanya saya lebih-lebih tahap kesihatan saya. Insya-Allah berkat jaga diri dan mahu berubah, saya sihat-sihat sahaja. Tubuh badan adalah amanah Allah, justeru kita wajib menjaga sebaik-baiknya.

Amalkan mana yang baik dan terus istiqamah dengan jalan agama serta usaha tanpa henti. Itulah pejuang!


** Web Sutera - Hamba Allah yang suka mencatat dan terus menelaah alam dalam menghasilkan karya bermakna.

>> Mahu bertanya mengenai peluang bisnes bersama AMWAY dan mendaftar sebagai Amway Business Owner (ABO), jom ke Facebook saya Web Sutera. Insya-Allah kita buat dalam jemaah dan tak payah risau kerana kita ramai.

PEMBACA MEMELUK ISLAM KERANA NOVEL


Saya maklum terdapatnya sekumpulan pembaca bukan-Muslim yang membaca karya-karya saya seumpama Perang Armagedon dan Konstantinopel: Kibaran Panji-panji Al-Fateh. Saya tahu sama ada melalui pembaca itu sendiri yang memberi komen atau ada makluman dari pembaca Muslim bahawa ada kawan atau orang bukan Islam yang tidak dikenali membacanya.

Saya juga memperoleh maklumat ada alasan tertentu pembaca bukan-Muslim membacanya.

Dan setiap kali saya tahu, maka secara langsung pada ketika itu (di dalam hati) atau melalui luahan perkataan, doa dipanjatkan ke hadrat Ilahi agar pembaca itu diberi hidayah oleh Allah untuk kembali kepada fitrah Islam.

Alhamdulillah. Masya-Allah, tabarokallah. Dua hari lalu, salah seorang pembaca itu menghubungi saya melalui messenger FB, memberi maklum bahawa dia sudah memeluk Islam (kembali kepada fitrah kejadian asal).

Dia, antara lain, menyatakan terima kasih kerana saya menulis satu kisah yang membuka pintu hatinya untuk melihat Islam secara lebih mendalam dan saksama, tanpa prejudis. Membaca karya yang bagus menjadi asbab dia kembali kepada fitrah.

Allahu-Akbar!

Dia pembaca novel Perang Armagedon.

Antara kandungan penceritaan siri novel ini, antara lainnya, ialah:

✅ fiqh Islam mengenai peperangan;

✅ fiqh siyasah syari'yyah (politik) yang ada dalam Islam, untuk sisi sesama Islam dan bersama orang-orang bukan Islam;

✅ fiqh pergaulan dan muamalah di kalangan Islam dan bukan Islam;

✅ fiqh perdamaian dan persahabatan dengan orang bukan Islam;

✅ sebarkan cinta di kalangan manusia sejagat tanpa mengira batas negara bangsa.

Dalam cerita perang fizikal dan perang doktrin yang terpaksa didepani oleh umat Islam itu, saya menanam rasa kebersamaan dan cinta sesama manusia.

----------+---------

 


Insya-Allah ketiga-tiga siri armagedon ini akan saya satukan dalam sebuah karya khas berkulit keras, dengan perubahan di sana-sini dan kemungkinan ada bab-bab tambahan atau penambahan cerita atau sekuel seterusnya.

Andai selama ini tuan dan cikpuan menyokong dan boleh membaca ketiga-tiga siri armagedon yang ada, maka saya memanggil semua kalian agar bersedia dengan suatu edisi khas siri armagedon dengan judul ORKESTRA ARMAGEDON, insya-Allah.

Insya-Allah karya tebal (1,000 muka surat?), sarat emosi dan perjuangan.

----------+----------

1) “Penggunaan bahasa yang tinggi dan baik, pelbagai kosa kata dapat ditemui dan dipelajari. Buku ini bermanfaat melalui mesej-mesej yang ingin disampaikan oleh penulis, iaitu berjihad melawan doktrin Yahudi Zionis-Israel dan sekutunya.”

– Law Wei Kiat, Kelantan

2) “It’s fast-paced, action packed and has lots of important passages too.”

– Asafia, Negeri Sembilan

3) “I love how the writer shows the real face of the cruel and wicked Israel (Zionist) with their evil plans and how America is completely related to it. Such a great read. Thank you. I've also gained tons of new useful knowledge. Alhamdulillah and thank you once again.”

– Sarah Azahar, Goodreads

©️ Web Sutera, novelis yang degil!

CERITA PERANG MUJAHIDIN


"Sesungguhnya kehidupan ini adalah untuk memberi, bukan sekadar menerima. Ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi. Kebanyakan Mujahidin di sini terdiri dari kalangan ‘Fityatun’. Pemuda dari pelbagai latar dan qabilah.

"Dari kalangan orang-orang yang gagah akal, minda, dan fizikal. Yang pastinya, mereka adalah di kalangan pemuda-pemuda yang menyahut pilihan Tuhan. Sepertimana kita lihat dalam kisah Ashabul Kahfi. Sekumpulan anak muda yang beriman serta berpegang teguh dengan janji Allah SWT.”

-- Solahuddin Al-Idrus

Tulisan di atas saya ambil dari catatan penulis berjudul ‘Travelog 5: Mujahidin Adalah Pembela, Bukan Pengganas’. Masya-Allah, tabarakallah!

Justeru, saya ingin menyorot sebuah manuskrip novel berjudul DI SEBALIK HIJAB yang bakal memasuki cetakan kali ke-3 insya-Allah. Novel ini saya terbit sendiri secara swaterbit.

Novel ini juga mengambil ibrah (pengajaran) kisah Ashabul Kahfi, dan saya kaitkan dengan kisah medan tempur di Bosnia, Chechnya dan lain-lain wilayah bergolak di era 1990-an dan awal 2000 Masihi.

Sebelum dan semasa menulis novel ini, saya menyelami dan menggali beberapa sumber untuk ‘melihat’ apakah yang ada. Rujukan kitab-kitab tafsir al-Quran, dan catatan pihak Barat/Yahudi turut digali, kemudian ditapis.

Saya cuba menyelami watak-watak sebenar dan fiksyen dalam sebuah ceritera dua-dalam-satu, dengan fokus usaha jihad Mujahidin sebagai latar perkisahan.

Maka itu, manuskrip novel ini terhasil daripada sebuah kajian sejarah – kisah dan perjuangan para pemuda jihad berdada dengan musuh-musuh agama, bangsa dan tanah watan.

Insya-Allah, saya persembahkan dalam bentuk fiksyen sejarah dan thriller.

***********

Terima kasih banyak kepada yang sudi menghubungi saya secara peribadi melalui WhatsApp dan FB Messenger bertanyakan bagaimana untuk membeli novel DI SEBALIK HIJAB.

Ya, seperti makluman saya kelmarin, novel ini sedang dicetak lagi untuk keperluan tempahan oleh dua buah perpustakaan.

Sebelum itu, novel ini dicetak sepenuhnya secara POD (print-on-demand), yakni walaupun sebuah ia dapat dicetak. Untuk itu saya berkerjasama dengan pencetak digital agar keperluan POD dibuka kepada pembeli individu yang mahukan karya ini, makanya ia dicetak sebuah demi sebuah mengikut keperluan semasa dan ketika itu.

Pihak pencetak yang akan mengeposkan buku itu kepada pembeli, bukannya dari saya dan saya tidak menyimpan stok. Justeru ia tidak bertandatangan penulisnya.

Menyahut kehendak para pembaca yang mahu membeli buku ini dan mesti ada tandatangan penulis, maka saya bersedia untuk menyimpan stok pusingan kedua. Maknanya, saya kena keluarkan modal dahulu bagi mencetaknya.


Sehubungan dengan ini, mohon bertanya lanjut. Sudikah tuan/cikpuan untuk memiliki karya ini, dengan ditambah RM5 untuk kos pengeposan (ke atas harga buku) ke seluruh Malaysia?

Mohon respons. Saya berbesar hati untuk menjawab segala persoalan berkenaan buku ini insya-Allah.

💢💟💥 Web Sutera - Novelis yang mahu meneroka labirin sejarah dan kemudian melukis kembali pada kanvas yang cemar.

Monolog Jiwa


Dengan al-Quran Tuhan memuliakan sesiapa yang menerima ajakan-Nya, memberi anugerah. Kitab al-Quran akan menjaga para pembacanya yang ikhlas mencari ilmu yang terkandung di dalamnya. Al-Quran juga mengandungi perkara rahsia yang hanya dapat diketahui oleh manusia yang meneliti kandungannya.

Tuhan juga menerangkan sikap-Nya yang tidak menyukai orang yang tidak mempercayai rasul dan golongan yang jahat. Dalam masa yang sama, Tuhan menjelaskan masalah syirik (mempersekutukan Tuhan), iaitu satu dosa yang paling besar yang tidak akan diampuni-Nya.

Tuhan menjelaskan juga agama yang paling baik ialah agama yang menyeru manusia untuk menyembah Allah sahaja, tiada Tuhan selain Dia, dan melakukan amal ibadat sesuai dengan perintah-Nya, bukan mengikut selera masing-masing tanpa panduan al-Quran. Sesungguhnya agama Nabi Ibrahim adalah agama Islam juga dengan Tuhan mengistiharkan Ibrahim adalah kekasih-Nya, antara lainnya.

Tuhan sangat tidak menyukai orang yang lari dari musuh dengan niat tidak mahu berjuang demi hanya untuk kepentingan diri sendiri. Dalam ayat jihad, Tuhan jelaskan manusia tidak boleh mengelak dari mati walaupun seseorang itu lari dari medan jihad kerana mati adalah perkara nyata, walaupun manusia bersembunyi di sebalik halangan yang kukuh.
*************


DOKTRIN KESATRIA | Himpunan kisah, cerita, catatan, dan anekdot tinta juara (champion). Semoga bermanfaat untuk bacaan, telaah, kajian, dan terasa di sudut hati.

Sebuah projek ebuku seterusnya insya-Allah. IQRA'!

Bermula di sini: https://www.wattpad.com/story/180533302-doktrin-kesatria

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

POWER!


Cuaca panas. Mahu hujan kot, monolog saya.

Okey.. naik atas sekejap, usya line. Ada suara kedengaran. Naik lagi. Eh? Lihat, baca dan tanda. Kemudian saya turun kembali ke bawah, Amir sedang memparkir kereta. Saya melihat semula nama sekolah: Sek. Ren. Islam Sri Awfa, bersama tulisan Cina.

“Amir, kau nak tahu? Ini sekolah Cina!” Saya memberi laporan.

“Apa cerita?” Amir bertanya.

“Sekolah Cina Muslim.”

“Oooo. Alhamdulillah.”

Tanda lokasi bertulisan bahasa Inggeris dan Cina (mungkin Mandarin). Menarik dan agak berlainan. Okey... saya usya lagi.

Setelah susun buku-buku, saya mendengar sesi celoteh kolumnis Majalah Anis, Pak Utih dengan tajuk ‘The Difference Between Boys and Girls in Learning’.

Maka jatuhlah titisan ilmu dari ruang pemikiran beliau. Saya dengar, teliti, cicip dan kaut masuk ke dalam otak. Ada senyum dan ketawa dalam sesi itu. Lelaki dan kotak-kotaknya, isteri dan telinga lintah serta sifat membebel, lelaki pekak sebelah, didik anak lelaki dan perempuan ada bezanya, dan banyak lagi.

Slaid berganti slaid, kisah bersulam pengalaman, ilmu dan kajian sains mutakhir. Bahawa kita – lelaki dan wanita – sememamangya dicipta oleh Allah Taala berbeza.

Lantas pada suatu sela saya berbisik kepada Amir, “Saya pernah tulis satu rencana mengenai gender equality di antara lelaki dan wanita, bahawa itu adalah agenda Yahudi-Barat. Islam dah angkat wanita pada tahap tertinggi sejak datangnya Nabi Muhammad. Apa yang dia orang nak ialah, antara lain, apabila lelaki tak pakai baju, wanita juga boleh tak pakai baju di khalayak ramai. Itu agenda Iblis!”

Amir sekadar tersenyum. Dia terus dengar celoteh Pak Utih.

Sesi selesai dengan tepukan. Wah power! Sesi perkongsian ilmu yang ada power! Pak Utih memang power. Sesi bersama Pak Utih di dewan Laksamana Haji Cheng Ho, surau juga bernama Cina (saya tak ingat apa dia), dan semua kertas tanda (signage) juga bertulisan bahasa Inggeris dan Cina.

Usai pelancaran buku, sesi berkenalan dan jual diri (juga jual buku). Saya jual... saya hulur kad nama... saya senyum... saya cerita (walaupun dalam malu-malu).

Berkenalan dengan pengerusi majlis amanah sekolah Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin memang menarik. Berbual dengan Tuan Mohd. Shah (juga berona wajah orang Cina). Tuan Mohd. Shah pegang novel Konstantinopel: Kibaran Panji-panji Al-Fateh tanpa banyak soal, lalu hulur untuk saya tandatangan.

“Untuk anak saya,” kata Tuan Mohd. Shah.

Mata melirik mata kepada ibu-bapa yang membeli buku Berfikir Gaya Champion. Alhamdulillah. Ia berbaloi. Ilmu dapat, buku pun laku.

Wah power! Mencicip ilmu memang best. Meraikan Pak Utih memberi banyak input untuk diri ini.

Masya-Allah, tabarakallah! Hijab kembara yang dapat dirasai.

** INTAI DI BAWAH KARPET. Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger