Showing posts with label Armagedon. Show all posts
Showing posts with label Armagedon. Show all posts

PENULISAN KOMUNIS ALAT INDOKTRINISASI

Dalam helaian-helaian terakhir buku PROPAGANDIS ZAMAN, penulis Tuan Subky Abdul Latif membicarakan soal 'kewartawanan Islam' dan mengambil contoh pendekatan kewartawanan penyiasatan (investigative reporting) yang diamalkan oleh dua orang perawi (perekod) hadis muktabar Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Sebelum dunia Barat mengetahui kaedah kewartawanan penyiasatan, dunia penulisan Islam sudah lama memberi contoh terbaik dari dua ulama hadis Imam Bukhari dan Imam Muslim ini.

Bagi pihak Barat, kebebasan kewartawanan atau penulisan adalah demi memenuhi fungsi menyampaikan maklumat, menyalurkan pelajaran, mengkritik dan membekalkan hiburan. Manakala para sarjana Barat mentakrifkan media atau kaedah penulisan sosialis dan komunis adalah sebagai alat untuk menyalurkan propaganda, indoktrinisasi dan hiburan. 

Manakala persuratkhabaran/kewartawanan dan penulisan Islam seharusnya merangkumi keempat-empat fungsi yang sama, tetapi ia mesti berpaksi kepada peranan dakwah atau tarbiah. Maka dakwah atau tarbiah menjadi elemen kelima yang amat penting dalam penulisan Islam, hatta mengkritik pun kerana dakwah atau boleh disebut demi kebenaran.

Tuan Subky Abdul Latif menulis: "Mengkritik pun kerana dakwah, dan dalam suasana yang sudah 100 peratus sempurna pun Islam masih memberi ruang kepada kritikan kerana kritikan diperlukan dalam semua masa."

Dalam soal penulisan yang berperanan membekalkan hiburan, beliau menyatakan: "Hiburan pula ada pintu maksiat yang sentiasa terbuka lapang, ia memerlukan peranan dakwah yang teliti dan berhati-hati bagi menjauhkan pengaruh maksiatnya."

Dalam banyak ketika di sesi perkongsian dunia penulisan, seperti bersama Tuan Khairy Tajudin, saya sering menyatakan bahawa okey menulis cerita hantu atau seram seumpama kisah hantu kubur, pocong, pocong ngengsot atau seumpamanya. Tetapi apa mesejnya? Apa pelajarannya? Di sinilah fungsi dakwah/tarbiah mengambil tempat.



** Saya Web Sutera, penulis/novelis yang komited untuk terus mencatat. Dengan moto, antara lainnya, 'Dare to be different!', saya menjual buku-buku sendiri kerana yakin ia benda baik untuk dikongsikan.
** Mahu beli buku-buku saya? Sudikan mesej peribadi kepada saya di Facebook.

SEBUAH CERITERA 'TALIBAN'


Adakah kisah Ashabul Kahfi tetap akan berulang, atau tidakkah manusia berfikir akan kisah itu, bahawa yang batil tetap akan kalah?

Namun adakah kita akan mengalah? Tidak sama sekali! Kerana Rasulullah SAW sudah memberi ingat, bahawa Islam dagang di akhir zaman serta nampak sedikit. Tetapi yang sedikit itulah Rasulullah cintai.

Ceritera manusia
Ada derhaka, ada ihsan
Masing-masing mencari ruang
Untuk sebuah kefanaan.

Kosa kata ‘fundamental Islam’, ‘jihad’ dan ‘mujahiden’ bukan perkara baharu kepada dunia. Dalam masa yang sama, terbitnya istilah terorisme, penculikan dan pembunuhan dalam kamus yang menjadi ilusi jahat pasca kejadian 11 September 2001. Justeru suatu fenomena baharu muncul. Bahkan semua kosa kata yang aku sebut itu terjalin menjadi satu, yakni perang ke atas ‘teroris Islam’.
-- Abu Mujeeb

- DI SEBALIK HIJAB, sebuah thriller dan sejarah perang.
- 328 muka surat, RM25 (+ postage percuma).
- PRA-TEMPAH novel swaterbit (self publish) ini
- Hubungi saya melalui talian tertera atau messenger FB.


** Web Sutera, novelis yang berdegil!

Briged Al-Qassam Untuk Armagedon


Insya-Allah, saya kongsikan. Mohon ingati mereka, para sahabat kita di Palestin walau dalam situasi apapun. Kita bersaudara sesama Muslim. Kita kan kawan.

Dalam novel PERANG ARMAGEDON, di banyak tempat sama ada secara terang dan nyata atau saya samarkan perihal/plot berkenaan perang media. Perang doktrin dan saraf ini digunakan secara besar-besaran oleh Zionis-Yahudi dan geng kuffar. Kita umat Islam memang sedar atau buat-buat tak nampak atau tutup deria rasa hati.

Ini juga terjadi kepada serangan umat Islam di Gaza. Media global didoktrin agar memaparkan bahawa Hamas, Briged Al-Qassam dan kumpulan jihad satu lagi tidak dapat melawan 'kekuatan' pesawat tempur dan kereta kebal tentera Zionis-Yahudi. Lantaran marah dan bengang dengan Briged Al-Qassam, tentera pengecut itu menyerang orang awam Gaza, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua.

Malangnya ada juga orang Melayu-Islam di Malaysia percaya doktrin puak kuffar yang dilaknat Allah Taala itu, salah satunya percaya bahawa dalam beberapa perkara tindakan jihad Briged Al-Qassam 'berdosa'. Juga persis percaya anggota jihad Briged Al-Qassam bertindak mengikut perasaan dan nafsu.

Walhal, itu semua hasil termakan racun perang saraf puak-puak Dajjal dan Iblis yang diketuai oleh negara haram Israel, dan Rumah Putih Amerika Syarikat menjadi tali barut nombor satu.

Saya kongsikan beberapa maklumat, mungkin para pembaca sudah tahu. Insya-Allah, ini dari sumber yang benar, saya baru dapat. Paling utama, mohon buka mata hati sahabat untuk mentadabbur ayat-ayat al-Quran dan melihat sirah medan jihad zaman Rasulullah SAW, para Sahabat, daulah Islam di era Sultan Salahuddin al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh, serta yang lain-lain.

Seperti yang sahabat tahu, pemilihan anggota Briged Al-Qassam sangat teliti, seperti yang tersebar dalam internet. Harus diingat selalu, tanamkan kepercayaan kepada para guru (Masyaikh) Hamas yang sangat teliti dalam hal ini. Masyaikh memilih mereka, kemudian mentarbiah, mendidik dan membuat ijtihad dalam gerakan jihad kontemporari.

1) Tentera Israel sangat takut apabila nama Briged Al-Qassam disebut. Bagi mereka, tentera Palestin ini memiliki kekuatan dari langit. Kalau disebut, mereka bagaikan ayam yang kesamparan.

2) Dalam banyak kes, tentera Israel sangat hairan. Walaupun puluhan ribu anggota cuba memasuki wilayah Gaza yang sekangkang kera itu, mereka tetap gagal membunuh anggota Briged. Apabila mereka berpusing ke segenap sudut, ada sahaja muncung 'senjata' yang kelihatan menghala ke arah mereka. Sehinggakan ada tentera panik lalu berkata, “Ini perang apa? Kali ini sangat berbeza. Di mana sahaja kita menoleh, ada sahaja tentera Al-Qassam!”

3) Rakyat Gaza yakin dengan kekuatan Briged dan amat percaya dengan bantuan dari Allah Taala. Bagi mereka, adalah menjadi satu kebanggaan keluarga andai hanya seorang sahaja anak lelaki mereka berada dalam Briged. Sebab itu, jika si ayah tidak berada dalam Briged, mereka akan menanam tekad paling tidak pun seorang anak lelaki akan dipilih menjadi tentera jihad Briged. Justeru itu, seorang Ahli Parlimen wanita Israel berkata, “Kita bunuh semua perempuan Palestin kerana dari rahim-rahim merekalah lahirnya ular berbisa yang akan mematuk kita!”

4) Saksi mata tentera Briged Al-Qassam yang melihat akan janji Allah Maha Benar, bahawa tentera-tentera Allah turun dari langit.

5) Di medan perang, sekiranya platun depan menembak atau memantau pihak musuh, barisan/platun belakang akan membaca al-Quran. Mereka akan bertukar-tukar posisi kemudiannya, yakni andai tentera depan tadi perlu berehat, barisan belakang pula yang maju ke posisi depan. Manakala tentera yang undur akan membaca al-Quran. Satu ibrah - dada-dada mereka penuh al-Quran.

Itu perkongsian dari saya. Yakinlah, tentera Zionis-Yahudi akan musnah berantakan akhirnya, petanda sudah muncul. Kalau bukan dalam masa terdekat, akan tiba juga. Semuanya dalam perancangan Allah Taala kepada pemuda jihad yang berperang demi agama Allah dan membela darah umat Islam.

Ingat tentera Sultan Muhammad Al-Fateh?

Salah satu peranan kita adalah doa untuk mereka. Saya terutamanya, yang tidak secalit pun ada memiliki sahsiah anggota Briged Al-Qassam, hanya menyokong. Paling bangsat pun saya ini, hanya doa yang dikirimkan. Namun paling tidak pun, saya yakin bahawa doa itu senjata paling ampuh untuk Mukmin, walaupun saya hamba-Nya yang banyak dosa. Itu juga harapan umat Palestin dari kita.
“Demi (hamba-hamba-Ku) yang berbaris dengan berderet-deret. (Hamba-hamba-Ku) yang melarang (dari kejahatan) dengan sesungguh-sungguhnya. (Hamba-hamba-Ku) yang membaca kandungan Kitab Suci.” (As-Saffat 37:1-3)

** INTAI DI BAWAH KARPET. Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
*********************


DARI SAYA | SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering) yang berada di Mantin bersempadan dengan Beranang, bersedia menerima pesanan/tempahan katering bagi semua acara. Operasi kami secara home-based dan berpengalaman lebih 9 tahun.

Nombor untuk dihubungi: 016-220 6876 (Cef Hana). Fokus kami untuk majlis kecil (minimum 40 pax) dan sederhana (maksimum 400 pax), insya-Allah. Sama ada hidangan bufet atau berbungkus.

Sedia menerima tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Pajam, Lengeng, Nilai dan berdekatan bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor merangkumi Beranang, Semenyih, Rinching, Bangi, Bandar Sri Putra, Bukit Mahkota, Kajang, Dengkil, KLIA, Salak Tinggi, Cheras, dan kawasan sekitar. Operasi kami adalah secara home-based.

Hubungi untuk pertanyaan & tempahan, WhatsApp: http://www.wasap.my/+60162206876

Kini kami menyambut ulang tahun operasi ke-9. Semoga kawan-kawan, rakan taulan, tuan dan cikpuan sudi menghubungi kami untuk majlis yang perlukan sajian makanan. Insya-Allah berbaloi dengan harga dan mutu makanan.

Pihak kami boleh menyediakan sajian masakan Melayu, Cina, India dan Barat bersesuaian dengan syariat Islam.

Dunia Kepak Nyamuk


Kata almarhum Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din, sekadar 0.00001% daripada peraturan Allah itu ditolak, sudah cukup menjadikan itu syirik.

Inilah titik tolak sekular yang menjahanamkan Yahudi dan Kristian di era lalu.

Aku, hamba Allah yang sibuk dengan dunia
aku, hamba Allah yang risaukan urusan dunia
... walaupun Allah Taala dan Rasulullah SAW memberi ingat
... bahawa nilai dunia ini tidak sebanding hatta dengan kepak nyamuk.

Namun, seorang sahabat yang prihatin
memberi ingatan dengan bernasihat
“Doa terus, Tuan Hizam
“moga Allah mudahkan segalanya
“kerana semuanya dari-Nya.”

-- INTAI DI BAWAH KARPET.
**********

Kisah BAITULMAQDIS: PETAKA ARMAGEDON

Kisah dan kemelut dunia onar Dajjal di masa lampau ... bakal menjelma dengan hitam pekat di abad-abad depan. Selubung cahaya yang menyesatkan, mampukah kita bertahan iman?

Tanpa disedari oleh pihak yang mengekorinya, mantan Hasyasyin itu menyedari plot jahat, dan dia sudah membuat persiapan rapi. Usaha mudah di lokasi persembunyian para Templar sebaik mereka merompak muzium New York tempoh hari menjadi dendam gerembolan, agar nyawanya dihabiskan.

Saat mereka – musuhnya - berjalan, dia sedang mengawasinya. Bayang-bayang itu jelas di deria pandangnya.

“Berhenti!” Kata ketua unit di ketika mereka merentasi di antara ruang dua kubu lama yang masih kelihatan utuh. Bahasa Greek.

Kumpulan itu berhenti secara mengejut, persis maklum sebab ketuanya memberi arahan. Mereka melihat di sekeliling, cuba melingas pandangan, menyedari sasaran mereka tidak berapa jauh dari posisi. Sasaran itu bersembunyi.

Arahan berpecah ke empat arah diberikan dengan isyarat.

Gasconi Toure mengucap “Laaillahailal-Allah” berulang kali, sekadar didengar oleh telinga sendiri, sebelum mulakan gerakan pantas. Akas dia melompat dari sebuah jendela yang ternganga, 20 kaki dari lokasi seorang musuh. Dia mendarat di belakang musuh pertama dengan senyap, persis tiupan bayu awal malam, lalu menarik rambut dan menusuk leher dengan senjata Khanjar-nya.

Senjata berupa senapang bermuncung pedang kepunyaan musuh disambut oleh Gasconi Toure sebelum jatuh.

Dia bergerak ke satu arah ... mencari-cari kelibat musuh. Dia melompat ke satu benteng. Nun sepuluh ela di hadapan, dia melihat seorang musuh dengan membawa sejenis perisai di tangan kirinya. Dia bergerak laju, persis angin.

Musuh berpaling dan mengangkat perisai sebaik Gasconi Toure mendarat di hadapannya. Si musuh menikam di kepala Gasconi Toure, tapi sempat dielak. Namun hayunan perisai keluli sempat menghentak sisi kiri Gasconi Toure. Dia masih stabil.

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

Kibaran Panji Al-Fateh di PBAKL 2017


10 hari PBAKL 2017, PWTC. Terima kasih untuk semua pembeli, pembaca lama, pembaca baharu dan mungkin peminat serta pengikut karya-karya saya. Tiada banyak yang dapat saya berikan kembali, hanyalah... ya hanya doa semoga tuan dan cikpuan diberi yang terlebih baik oleh Allah Azza wa Jalla. Amin ya Allah ya Rahman ya Rahim.

Sungguh... korang membuat saya terharu. Novel tebal hampir 900 muka surat KONSTANTINOPEL: KIBARAN PANJI-PANJI AL-FATEH licin. Manakala buku BERFIKIR GAYA CHAMPION hanya berbaki senaskah. Novel PERANG ARMAGEDON pun tinggal 3 naskah dan BAITULMAQDIS: PETAKA ARMAGEDON sangat surut daripada mula-mula diletakkan di atas meja, setakat saya kira. Penerimaan siri ketiga dalam Trilogi Armagedon ini, yakni MAGEDDO: PETAKA AHZAB juga begitu terkesan, dengan berada di tangga ke-5 buku terlaris di reruai Buku Puris.

Alhamdulillah. Penerimaan untuk versi terkini novel RAJA KESATRIA (dengan tambahan bab dan muka surat tertentu) juga hebat, dengan tersenarai dalam Top-10 terlaris.

Khabar juga diterima dari reruai Buku SO, yakni ketiga-tiga novel saya yang dijual di sana dibeli oleh para pembaca. Ia termasuk novel seram-fantasi-thriller KONSPIRASI MAHARAJA yang baru sampai hanya pada sebelah petang hari kedua terakhir PBAKL 2017. Mohon maaf khas dari Tuan Shah Othman kerana saya tidak luangkan lebih masa di sana lantaran melayan pembaca di reruai Galeri Ilmu/Buku Puris.

“Si, abang rasa nak deman.” Saya mengadu pada si isteri.
“Itulah, abang raya sakan sangat,” jawab si isteri dengan muka kelat.

Benar. Saya rasa nak demam siang tadi (semasa entri ini ditulis). Badan lenguh sikit dan kedua-dua labu betis rasa sakit lantaran banyak berdiri. Walau apapun, hanya Allah jua yang saya mohonkan agar semua yang saya tulis itu memberi manfaat dalam kembara menuju keabadian di alam Akhirat nanti, bukan hanya untuk diri ini, bahkan untuk semua yang mencicipnya.

** WEB SUTERA – Dare to be different! Aku bukan politikus yang mengejar kaya dan kuasa. Aku hanya marhaen.

PETAKA AHZAB - Aku Dajjal

“Beliau banyak beroleh kemenangan terhadap mereka, bahkan hampir semua orang Arab yang ada di sekelilingnya telah menganut ajaran yang dibawanya.”

Lelaki yang dibelenggu itu terus bertanya, “Betulkah apa yang kalian beritakan ini?”

“Ya! Sungguh demikianlah yang telah terjadi.”

“Kalau mereka mengikutinya, maka itu yang terlebih baik. Justeru aku mahu beritahu kalian siapakah aku sebenarnya.”

Tamim ad-Dari dan rakan-rakannya menunggu dengan debaran pengakuan lelaki besar itu.

“Aku adalah al-Masih Dajjal.”

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

Aku hamba-Nya yang banyak dosa


Ada perkara meletihkan. Ada hal yang memeritkan. Ada dugaan dalam susah dan senang. Itulah dunia ... itulah kehidupan. Kerana ... kelak kita akan menemui kehidupan hakiki di dunia Akhirat.

Mau atau tidak, ia tetap fitrahnya begitu. Justeru kita hanya hamba-Nya.


Maaf cakap ... putus asa adalah ajaran Iblis/Lucifer yang menyuruh kita lupakan usaha dan Allah. Walhal Iblis tak pernah berhenti untuk berusaha sesatkan manusia. Ibrah. Siapa aku nak nasihat orang? Sedang diri sendiri banyak dosa. Allahu-Akbar! Namun .... .

Monolog Prof. Dr. Adnan Gul

Memang bangsa Yahudi bijak. Maka oleh kerana bijaklah... ramai daripada mereka sombong, bongkak dan takbur. Lalu sifat-sifat Iblis yang menjadi asbab dia dinista oleh Allah dianuti oleh golongan agamawan Yahudi, dan secara rakus diterima masuk ke dalam banyak aliran/mazhab Yahudi dengan Zionis-nya.

Maka usaha-usaha yang diacut dan ditali-temalikan dari dunia ghaib itu terus-menerus ditayangkan untuk umat manusia... walhal dalam sedar atau tidak, racun itu sebati dengan jiwa-jiwa yang kontang iman.

Musuh Islam dan agama itu menyedari - dan aku dengan izin Allah turut memahami - bagi mereka nilai-nilai murni agama adalah penghalang cita-cita. Nilai-nilai agama menjadikan penganut Islam berasa ada tanggungjawab terhadap Allah. Justeru tanggungjawab, maka jalan manusia Muslim menjadi lurus.

**********
"Apa tindakan kita sekarang?" Panglima Pangeran Galoh inginkan kepastian dari majlis Syura Kesiagaan Darussalam.

Air Sumber Hidup dan Armagedon


Pembentukan sel pada makhluk hidup, merupakan hasil daripada interaksi yang dinamis dan rumit, antara berbagai jenis sel, setelah melewati berbagai proses. Agar interaksi ini boleh efektif, maka diperlukan unsur pokok yang menjadi elemen untuk mensenyawakan berbagai sel, sehingga proses kehidupannya terus berkembang.

Unsur pokok atau asas itu adalah air. Air sumber kehidupan. Justeru, air mempunyai peranan teramat penting dalam kehidupan di dunia ini – dari sudut membina kehidupan baharu, mencari rezeki ataupun dalam taktikal peperangan.

Air mengisi sekitar 90 peratus daripada kandungan zat protoplasma yang merupakan zat pembentuk sel. Ia merupakan unsur penting dalam pembentukan sel-sel hidup yang terdapat dalam tubuh manusia. Air adalah medium yang boleh mengaktifkan enzim dan protein, dan lain-lain tindakan dalam tubuh benda hidup.

Banyak lagi fakta sains tentang air. Namun bukan hasrat saya untuk mengupasnya di sini. Apa yang saya mahu sorot ialah air itu elemen utama kehidupan di dunia ini. Kajian sains dan apa yang termaktub dalam al-Quran tidak dapat disangkal lagi. Allah berfirman dalam Kitab-Nya:
“Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?” (Al-Anbiyaa’ 21:30)

Air dan bencana berkaitan air turut menjadi teori dan hipotesis fenomena Armagedon dalam agama Nasrani/Kristian dan Yahudi. Banyak catatan dalam Taurat dan Bible berkenaan Armagedon ini. Adakah Armagedon adalah retorik? Apakah fahaman Armagedon dari sisi Nasrani dan Yahudi? Apa pula menurut pandangan Islam?

Dalam Bible ada tercatat:  “Then they gathered the kings together to the place that in Hebrew is called Armageddon.” (Revelation 16:16)

Terjemahan dalam bahasa Melayu/Indonesia, antara lain: “Lalu ia mengumpulkan mereka di tempat, yang dalam bahasa Ibrani disebut Armageddon.”  (Wahyu 16:16)


Banyak filem dan dokumentari Barat dan Yahudi menggambarkan rupa bentuk sebuah bahtera yang persis bahtera luar biasa yang dibina oleh Nabi Nuh a.s. untuk suatu entiti atau wahana bagi menyelamatkan generasi manusia dari bencana Armagedon. Di dalam bayangan mereka itu juga, mereka memperlihatkan gambaran haiwan-haiwan yang dikumpul memasuki bahtera itu.

Bahtera agam lagi sangat canggih itu dibina dengan menggunakan pelbagai teknologi terkini yang dicapai manusia melalui gabungan ribuan saintis dan bijak pandai dalam pelbagai bidang. Itulah satu-satunya bahtera atau kapal laut terbesar yang pernah dibina manusia.

Begitu juga bahtera Nabi Nuh a.s. di zaman baginda. Ada pandangan ulama memberitahu bahawa bahtera baginda itu tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kapal pengangkut binaan manusia sehingga kini, mungkin sehingga berakhirnya dunia fana ini nanti.

Penyebab kemusnahan satu kaum manusia – Bani Rasib – di era Nabi Nuh a.s. disebabkan malatepaka banjir amat besar lagi bergelombang ganas. Dalam filem Armagedon 2012 juga muka planet Bumi berakhir tamadunnya disebabkan air, setelah banyak siri bencana lain sebelumnya. Filem ini ialah adaptasi kisah kejadian bencana alam dari ceritera Nabi Nuh a.s. Tetapi mereka hanya melihat sisi bencana yang memusnahkan kehidupan di bumi, bukannya sebagai hukuman Allah kepada kaum kafir yang menyembah banyak berhala di era Nabi Nuh a.s., lagi amat zalim terhadap golongan miskin dan sederhana.

Sementara itu, dalam kisah apa yang pihak Barat dan Yahudi gambarkan sebagai ‘penaklukan’ kota Konstantinopel oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, mereka turut menjadikan kisah itu sebagai fenomena Armagedon. Yakni musnahnya sebuah peradaban Kristian Empayar Bizantin oleh sebab serangan terancang tentera Islam pimpinan sultan berumur 21 tahun itu.

Daripada tertawan dan runtuhnya benteng kota Konstantinopel, mereka sifatkan peristiwa itu sebagai Armagedon yang musnahkan penguasaan Barat ke atas dunia. Pada hemat saya, itu pandangan etnosentik dari lensa mereka yang kekal bersangka jahat kepada Islam.

Walhal, kita menyakini bahawa itu ialah sebuah misi suci bagi membebaskan satu kuasa tirani selama lebih seribu tahun menjarah manusia dalam doktrin yang kurang baik untuk kemanusiaan, pemerintah zalim yang suka merampas harta rakyat. Usaha Sultan Muhammad Al-Fateh itu antara lain, ialah sisi membebaskan perhambaan sesama manusia.

Bagi pihak Barat, terutamanya orang-orang yang tidak mempercayai hari pembalasan di akhirat, Armagedon merujuk kepada kejadian malapetaka yang akan memulakan kehidupan baharu spesis manusia di muka Bumi. Banyak filem juga menggambarkan suatu ketika planet ini akan diserang oleh makhluk asing dari planet lain, lalu generasi manusia hancur, hanya segelintir yang terselamat. Kemudian kumpulan kecil pejuang-pejuang manusia akan bertungkus-lumus menyelamatkan saki-baki manusia agar tidak pupus.

Namun dari pandangan Islam, Armagedon (asalnya dari ajaran Yahudi dan Nasrani) ialah satu perkataan yang merujuk kepada kejadian atau perang atau siri perang di antara dua golongan – Islam melawan kafir Zionis-Yahudi. Ia juga merujuk kepada kejadian malapetaka – akibat perbuatan tangan-tangan manusia – yang menjadi siri kejadian penanda akhir zaman, dan akhirnya terjadi perang Al-Malhamah Al-Kubra sebelum jagat raya ini kiamat.

Bermulanya misi menyahut dan mencari jalan penyelesaian bagi mencapai ramalan kenabian Nabi Muhammad SAW oleh Sultan Muhammad Al-Fateh ialah dengan melihat air. Yakni, baginda Sultan melihat laut di sekitar Asia dan Eropah, khususnya Laut Tengah atau Laut Mediterranean dan Laut Hitam.

Maka baginda menguatkan armada tentera laut dengan kapal-kapal besar, terkini dan tentera yang terlatih mengendalikan kapal dan bertempur di lautan.

Faktor air di selat Tanjung Emas turut menjadi penghalang utama gerakan memanjat benteng kota Konstantinopel. Maka akhirnya Sultan Muhammad Al-Fateh dengan nasihat ulama besar, ‘melayarkan’ kapal-kapal melintasi ‘samudera’ bukit sehingga tiba di sempadan sebelah sana, sempadan musuh. Pihak musuh gempar kerana membayangkan seolah-olah kapal-kapal itu ‘terbang’ atau ‘belayar’ menaiki bukit.

** Sebuah taakulan dari hamba Allah yang daif di sisi-Nya, WEB SUTERA.

PERANG ARMAGEDON - Dari benci, dia jatuh hati

“Sedap ke cerita Perang Armagedon ni? Tebal semacam je. Mesti bosan nak baca, kan?” Saya cuba provok Haris, anak saya yang sulung.

“Eh, best cerita ni mama! Along suka. Cerita pasal Fateh dengan kawan-kawan dia. Lawan dengan jin-lah, Zionis-lah. Ada pasal sejarah, pasal masa depan, UFO, kiamat. Setiap bab ada hadis.”

Haris nampak seronok sahaja bercerita tentang novel tulisan Tuan Web Sutera ini. Saya teringat sewaktu saya menghulurkan novel ini untuk kali pertama. Dia nampak kurang berminat sahaja. Katanya, nama-nama watak di dalamnya pelik-pelik. Malas dia mahu membacanya.

Namun, saya tetap memaksa.

"Baca sampai habis. Nanti ceritakan pada mama,” pesan saya.

Akhirnya dengan muka terpaksa, dia akur juga. Tamat membacanya, eh.. dia pula yang excited bercerita. Alhamdulillah. Saya sebenarnya tidak tahu Perang Armagedon ini berkisahkan tentang apa, tetapi saya yakin dengan fikrah penulisnya.

Sebab itu saya minta anak saya baca dengan harapan bakal memberi sedikit input yang baik buatnya. Alhamdulillah. Dari benci, dia jatuh hati.

Tahniah, Tuan Web Sutera kerana berjaya menghasilkan karya yang boleh menarik minat anak muda dari leka dengan komik kepada sesuatu yang lebih berisi seperti novel ini.

Teruskan mengkaji, mengadunnya dengan imaginasi dan semoga akan lahir lagi karya-karya yang baik seperti ini. Amin.

** Komentar dari Puan Bonda Nor, Kuala Terengganu, Terengganu.

Komen susulan dari entri dalam Facebook:

i) Puan Jihan Kasihkita: “Anak lelaki saya pun suka baca buku ni, dan saya sekali.”
ii) Puan Kesuma Althafunnisa: “Memang best citer ni. Lepas ni nak ajak dan didik anak membaca macam Bonda Nor didik anak-anak.”

Dari saya

Mesej utama novel ini ialah perjuangan jihad menentang kezaliman Zionis. Good vs. evil. Teknologi melawan teknologi. Kesatuan ummah tanpa mengira bangsa dan sempadan negara.

Yahudi moden dengan fahaman Zionisnya terus merosakkan dunia dari lokasi Haikal Sulaiman dan kawasan sekitarnya. Mereka berbesar hati dengan kesombongan yang luar biasa sebagaimana mereka lakukan sebelum peringatan yang pertama.

Kutukan Allah akan berterusan terhadap hamba-Nya yang amat zalim itu. Salah satunya melalui janji Allah bahawa sentiasa ada kumpulan pejuang di Baitulmaqdis dan kawasan sekitarnya sebagai benteng agama Islam sehingga ke hari kiamat.

Inilah inti pati fiksyen ini.

Pentingnya bumi Palestin digambarkan dalam salah satu firman Allah, "Demi buah Tiin dan Zaitun. Dan Gunung Tursina. Serta negeri (Makkah) yang aman ini." (At-Tiin 95:1 -3)

Kombat Armagedon - Biarkan aku menjadi teroris


Jika menyokong perjuangan Islam itu mereka kata teroris, biarkan aku menjadi teroris. – Pejuang Islam di abad ke-21

Akhir Januari 2587 Masihi, Tel Aviv, Israel

Enam orang. Mereka berada di dalam sebuah bilik kalis bom atom dan nuklear di suatu lokasi  di bawah tanah di suatu kawasan merah – kawasan segala kegiatan hitam lagi busuk manusia jahat di Tel Aviv.

Masing-masing duduk di kerusi yang mengelilingi satu meja lonjong besar, seorang yang paling gempal di suatu hujung dan di satu hujung yang lain ialah Benjamin Sagal. Wajah-wajah yang sedia gelap itu tegang. Kumpulan rahsia di sebalik tabir itu mula berbincang, atau lebih tepat mengerakkan arahan.

Si gempal bersuara, “Benjamin, engkau sudah bertemu dengan rahib tua yang hebat di Isfahan itu pada Disember lalu. Engkau sudah mulakan gerakan?”

Benjamin Sagal menjawab ringkas, “Sudah.”

“Bagus. Namun kita ada situasi. Gerakan kita sudah bocor! Bagaimana ianya bocor aku tidak tahu. Kita mesti segerakan misi penting ini. Intaian agen-agen kita memperoleh info ada gerakan di tanah Arab. Ini pun satu hal juga. Aku hairan bagaimana kita gagal mengimbas mereka. Sial!”

Si gempal menghentak meja. Api kemarahan terpancar di matanya yang hitam itu. Dia menyambung arahannya, “Nombor Dua! Engkau segera berhubung dengan komponen rahsia di Segitiga Bermuda.”

Orang yang dipanggil ‘Nombor Dua’ itu mengangguk.

“Nombor Tiga! Hubungi ajen-ajen kita di tanah Arab segera!”

Sang Nombor Tiga mengangguk.

“Benjamin, engkau segera maklumkan kepada Wakaka. Aku tidak mahu tangguhkan lagi misi musnahkan Baitulmaqdis itu! Kalau perlu, guna senjata nuklear! Misi Armagedon aktif!”

Mereka terus berbincang singkat. Setelah setengah jam, mereka bersurai dan menuju hala masing-masing di sekitar daerah merah itu. Lenyap. Bintang David dan arca Baphomet seolah-olah bersinar di dua bahagian dinding bilik itu.

Hamba-hamba Dajjal berkomplot, namun Allah Maha Hebat perancangan-Nya.

@@@@@@@

Catatan suhuf lama

Angin menyebarkan sebaik-baik manusia. Telah hampir dengannya panji-panji kemenangan pada zaman semua kejahatan, yang akan timpakan dukacita besar kepada sang Pembohong Besar. Seorang pemuda dari bumi Ka’bah Tuhan, dia menguasai al-Arz (Lubnan) dan Megiddo pada perang besar dunia yang dahsyat, dan dia menawan mulut musuhnya.

Telah hampir munculnya berserta bintang yang baginya api dan nyalaan api dikuasainya. Tanda-tanda musnahnya Iraq dan Syam dalam medan perang dunia yang hebat, dan sudah hampir muncul seorang pemuda hamba Tuhan. Dukacita di seluruh bumi Arab, dia hampir keluar dari bumi al-Arz, dan Yahudi di bumi al-Arz binasa.

Tuhan murka ke atas semua pasukan ahzab orang-orang jahat bumi, dan kaum Yahudi dengan tanah yang dicuri akan menerima murka besar Tuhan. Seluruh al-Marj (lokasi di Libya berdekatan pantai Mediterranean) dan al-Arz akan dalam keperitan, dan pemuda yang baik semakin dekat. Lembah dan gunung-ganang akan bergembira mengenal pemuda itu dan tunduklah tali kekang, dan Tuhan hampir ke Megiddo!

Perang alam semesta, perang simbol Mesir, perang hulu sungai, logam dan perang belalang, dan perang datuknya di Mad. Mad adalah peperangan akan datang daripada tipu muslihat Tuhan, dan perang Tuhan ialah api. Ini berita al-Masih Isa dan ia menguatkan rahsia-rahsia untuknya. Ia harapan yang menggembirakan, kesungguhan yang terpuji.

Sesungguhnya, sesiapa yang memerangi Tuhan maka dia mesti menimbun tanah dan ingatlah yang dukacita dan panas api tidak hilang darinya, kecuali lebih hancur daripada kerosakan.

** Insya-Allah, ini catatan sebuah novel dalam bikinan. Moga bermanfaat.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir WEB SUTERA.

Kombat Armagedon: Kita sebarkan sastera bejat! – Zionis Yahudi


Ada dialog, ada ayat naratif. Untuk plot ini, saya banyakkan ayat naratif agar lebih mendesup kalbu! Misalnya seperti di bawah.

“Ketika al-Masih (Raja Yahudi terakhir) datang, semuanya akan menjadi budak-budak orang-orang Yahudi.” -- Ajaran Zionis Yahudi dalam Talmud

Imbas kembali, Perang 20-Tahun

Sebagaimana pesan dan ramalan Rasulullah (SAW), sebelum era perang dingin dan perang kosmik di Perang 20-Tahun, seluruh dunia Islam dihentam hebat. Ia berupa fitnah duhaima, fitnah anti teroris yang dipalu gendang pasca peristiwa 11 September 2001 terutamanya terhadap kumpulan yang memilih jalan jihad bertempur dengan tentera Zionis Yahudi dan konco-konconya.

Fitnah ini bersifat global yang terkena di setiap batang tubuh umat Islam yang komited mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Kempen perang anti teroris pasca peristiwa 11 September 2001 yang dicanang oleh Presiden Amerika Syarikat George Bush berlanjutan seperti dirancang olehnya, “Anda bersama kami atau anda bersama teroris!” Anasir 11 September itu mengubah jarum sejarah manusia.

Gendang perang yang dipalu oleh George W. Bush ternyata amat salah. Ini justeru kerana bekas presiden Amerika Syarikat itu terlalu dirasuk dan taksub dengan dendam kesumat terhadap dunia Islam. Bagi Bush, Islam itu teroris dan teroris itu Islam. Padahal dia mabuk kuasa dan gila dengan wacananya. George W. Bush ialah bapa teroris yang maha gila dan penegak kezaliman Israel. Itulah fakta yang maha benar.

Pasca Perang 20-Tahun itu mengambil masa sangat panjang, melaju dalam batas waktu yang sukar diduga. Justeru muncullah kelompok manusia yang dikatakan Rasulullah (SAW), “Beriman di waktu pagi, kafir di waktu petangnya.” Kesannya sangat dahsyat. Pimpinan Amerika Syarikat memaksa negara umat Islam agar memerangi rakan-rakan sendiri menyerang Iraq, Afganistan, Pakistan, Palestin, Lubnan, negara-negara bekas Soviet Union dan semua kumpulan yang menentang persekutuan mereka.

Pihak-pihak yang membantu dan menyokong perang global anti teroris itu diberikan ganjaran senjata, bantuan ekonomi dan mata benda yang banyak. Fitnah besar itu membentuk manusia bumi kepada dua kelompok jelas – kelompok Mukmin yang tidak bercampur dengan sikap munafik dan kelompok munafik yang tiada nilai iman terhadap Allah.

Umat Islam harus faham, antara perkara jahanam yang terangnya seterang pancaran mentari di kemuncak langit ialah protokol pertama Zionis yang memaktubkan bahawa perlunya melakukan kegiatan keganasan material dan spritual terhadap semua bangsa bukan-Yahudi (Goyyim). Protokol tersebut merangkumi usaha-usaha Zionis supaya kaum Yahudi dapat menguasai dunia dan memonopoli setiap sumber bagi menguatkan kedudukan dan membantu merealisasikan tujuan besar mereka.

Keganasan atau anasir teroris adalah anak kandung Zionis! Kajilah kitab Taurat (yang sudah dipesong oleh Yahudi) yang banyak mengandungi dakyah dan ajaran supaya melaksanakan elemen teroris dan menghancurkan seluruh manusia selain Yahudi.

Dalam bidang sastera, protokol Yahudi Zionis memaktubkan: “Kita telah menyebarluaskan sastera yang sakit lagi keji. Jadikan sastera sebagai tunjang kebejatan nafsu di setiap negara besar yang mempunyai kepimpinannya sendiri.”

Yahudi adalah punca diskriminasi kaum, penghapusan etnik dan pembinasaan manusia. Doktrin mereka mencacak teguh asas pendustaan dan egoistik. Zahirnya bersinar, tetapi batinnya gelap dan hina. Ringkasnya segala kehinaan dan keganasan sama ada yang lampau dan kini, di hadapan atau di belakang adalah berpunca dari Zionis Yahudi. Betapa tidak, bukankah kitab Taurat yang sudah diselewengkan itu (bukan lagi ajaran Nabi Musa) adalah punca kepada elemen teroris.

Sengketa kaum dan agama, perang demi perang dan pembasmian suku kaum tertentu memuncak. Tahun-tahun sebelum Perang 20-Tahun menjadi abad-abad yang penuh musibah dan bencana buatan tangan-tangan manusia bersifat Dajjal. Justeru bumi mula berbicara dengan amarahnya berbentuk banjir besar, tsunami, serangan wabak dan virus, bocornya gas-gas beracun, gempa bumi tektonik, kemarau dan pelbagai lagi.

** Ini nukilan sebuah novel. Page Kombat Armagedon di sini.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger