Jika menyokong perjuangan Islam
itu mereka kata teroris, biarkan aku menjadi teroris. – Pejuang Islam di abad
ke-21
Akhir Januari 2587 Masihi, Tel Aviv,
Israel
Enam orang. Mereka berada di
dalam sebuah bilik kalis bom atom dan nuklear di suatu lokasi di bawah tanah di suatu kawasan merah –
kawasan segala kegiatan hitam lagi busuk manusia jahat di Tel Aviv.
Masing-masing duduk di kerusi
yang mengelilingi satu meja lonjong besar, seorang yang paling gempal di suatu
hujung dan di satu hujung yang lain ialah Benjamin Sagal. Wajah-wajah yang
sedia gelap itu tegang. Kumpulan rahsia di sebalik tabir itu mula berbincang,
atau lebih tepat mengerakkan arahan.
Si gempal bersuara, “Benjamin,
engkau sudah bertemu dengan rahib tua yang hebat di Isfahan itu pada Disember
lalu. Engkau sudah mulakan gerakan?”
Benjamin Sagal menjawab
ringkas, “Sudah.”
“Bagus. Namun kita ada situasi.
Gerakan kita sudah bocor! Bagaimana ianya bocor aku tidak tahu. Kita mesti
segerakan misi penting ini. Intaian agen-agen kita memperoleh info ada gerakan
di tanah Arab. Ini pun satu hal juga. Aku hairan bagaimana kita gagal mengimbas
mereka. Sial!”
Si gempal menghentak meja. Api
kemarahan terpancar di matanya yang hitam itu. Dia menyambung arahannya, “Nombor
Dua! Engkau segera berhubung dengan komponen rahsia di Segitiga Bermuda.”
Orang yang dipanggil ‘Nombor Dua’
itu mengangguk.
“Nombor Tiga! Hubungi ajen-ajen
kita di tanah Arab segera!”
Sang Nombor Tiga mengangguk.
“Benjamin, engkau segera
maklumkan kepada Wakaka. Aku tidak mahu tangguhkan lagi misi musnahkan
Baitulmaqdis itu! Kalau perlu, guna senjata nuklear! Misi Armagedon aktif!”
Mereka terus berbincang
singkat. Setelah setengah jam, mereka bersurai dan menuju hala masing-masing di
sekitar daerah merah itu. Lenyap. Bintang David dan arca Baphomet seolah-olah bersinar di dua bahagian dinding
bilik itu.
Hamba-hamba Dajjal berkomplot,
namun Allah Maha Hebat perancangan-Nya.
@@@@@@@
Catatan suhuf lama
Angin
menyebarkan sebaik-baik manusia. Telah hampir dengannya panji-panji kemenangan
pada zaman semua kejahatan, yang akan timpakan dukacita besar kepada sang
Pembohong Besar. Seorang pemuda dari bumi Ka’bah Tuhan, dia menguasai al-Arz
(Lubnan) dan Megiddo pada perang besar dunia yang dahsyat, dan dia menawan
mulut musuhnya.
Telah
hampir munculnya berserta bintang yang baginya api dan nyalaan api
dikuasainya. Tanda-tanda musnahnya Iraq dan Syam dalam medan perang dunia yang
hebat, dan sudah hampir muncul seorang pemuda hamba Tuhan. Dukacita di seluruh
bumi Arab, dia hampir keluar dari bumi al-Arz, dan Yahudi di bumi al-Arz binasa.
Tuhan murka ke atas semua pasukan ahzab orang-orang jahat
bumi, dan kaum Yahudi dengan tanah yang dicuri akan menerima murka besar Tuhan.
Seluruh al-Marj (lokasi di Libya berdekatan pantai Mediterranean) dan al-Arz
akan dalam keperitan, dan pemuda yang baik semakin dekat. Lembah dan
gunung-ganang akan bergembira mengenal pemuda itu dan tunduklah tali kekang,
dan Tuhan hampir ke Megiddo!
Perang alam semesta, perang simbol Mesir, perang hulu sungai,
logam dan perang belalang, dan perang datuknya di Mad. Mad adalah peperangan
akan datang daripada tipu muslihat Tuhan, dan perang Tuhan ialah api. Ini
berita al-Masih Isa dan ia menguatkan rahsia-rahsia untuknya. Ia harapan yang
menggembirakan, kesungguhan yang terpuji.
Sesungguhnya, sesiapa yang memerangi Tuhan maka dia mesti menimbun tanah
dan ingatlah yang dukacita dan panas api tidak hilang darinya, kecuali lebih
hancur daripada kerosakan.
** Insya-Allah, ini catatan sebuah novel dalam bikinan. Moga bermanfaat.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment