Showing posts with label Sabar. Show all posts
Showing posts with label Sabar. Show all posts

JANGAN TEMPELAK ORANG BACA SEBARIS AYAT AL-QURAN


Sebelum saya berhijrah ke Mantin, N9, atas sebab-sebab tertentu, pada satu awal pagi sebelum subuh tatkala bersiap sedia mahu ke Ipoh, Perak saya membawa diri sendiri ke Hospital Ampang (bersama isteri). Hanya sahabat rapat seperti Tuan Resha Hamzah dan beberapa kawan lain yang tahu. Adik-adik saya pun tak tahu pada waktu itu.

Segera saya daftarkan diri ke bahagian kecemasan dan trauma Hospital Ampang, dan badan yang mulai berdebar segera diperiksa oleh doktor. Saya diperiksa secara ‘through’ atas nasihat doktor. “Kita ‘check’ tuan secara ‘through’ kali ini kerana tuan tak pernah berbuat demikian.”

Saya ditahan di hospital. Namun menjelang awal petang hari yang sama, saya disuruh balik dan diberi surat rujukan ke klinik. Antara keputusan utama ialah jantung saya okey. Tahap kesihatan jantung saya diperiksa lagi selepas itu di Klinik Kesihatan Kg. Pandan, Kuala Lumpur dan kemudian di Klinik Kesihatan Beranang, Selangor. Seingat saya, empat kali dibuat ujian. Alhamdulillah, sihat-sihat sahaja.

Kemudian atas inisiatif dan kemahuan sendiri, saya mencari ayat-ayat al-Quran yang menjurus kepada penjagaan jantung. Daripada sebuah kitab (tak ingat judulnya), saya menjumpai tiga ayat al-Quran yang semenjak itu saya hafal dan saya cuba amalkan paling kurang pun sekali sebagai wirid selepas solat Subuh dan Maghrib, atau pada setiap kali solat wajib. Saya baca pada penghujung wirid selepas solat. Mudah sahaja untuk menghafal, andai ada kemahuan.

Harap sangat jangan pula ada orang menempelak saya amalkan ayat al-Quran untuk tujuan perubatan sahaja. Tak payah nak menempelak orang yang membaca ayat al-Quran, paling tidak pun dia (saya misalnya) membaca ayat al-Quran walaupun satu ayat sahaja sehari (daripada langsung tak baca).

Dua daripada ayat itu saya kongsikan di sini. Alhamdulillah, dengan izin-Nya, saya berasa lebih lapang dan yakin untuk meneruskan kehidupan, dan dalam masa yang sama cuba mengubah tabiat pemakanan. Sungguh, saya tak bohong.


---------+----------

Satu lagi saya akan kongsikan. Saya ‘up-kan’ status WhatsApp lewat petang tadi, mengenai pengambilan pemakanan tambahan (supplement) ‘Salmon Omega complex’. Saya menerima respons dari seorang kawan, seperti tangkap layar yang disertakan.

Saya juga pernah bertanyakan kepada seorang rakan yang ada ilmu pengubatan Islam mengenai ‘rasa berdebar’ tidak tahu sebarang punca. Antara yang dia ajukan ialah amalkan mengambil Salmon Omega untuk kesihatan jantung.


Kebaikan 'Salmon Omega complex' banyak. Pautan kepada posting terdahulu saya kongsikan di sini: https://www.facebook.com/websutera/posts/10220258903649787

Tuan dan cikpuan jangan tanya saya lebih-lebih tahap kesihatan saya. Insya-Allah berkat jaga diri dan mahu berubah, saya sihat-sihat sahaja. Tubuh badan adalah amanah Allah, justeru kita wajib menjaga sebaik-baiknya.

Amalkan mana yang baik dan terus istiqamah dengan jalan agama serta usaha tanpa henti. Itulah pejuang!


** Web Sutera - Hamba Allah yang suka mencatat dan terus menelaah alam dalam menghasilkan karya bermakna.

>> Mahu bertanya mengenai peluang bisnes bersama AMWAY dan mendaftar sebagai Amway Business Owner (ABO), jom ke Facebook saya Web Sutera. Insya-Allah kita buat dalam jemaah dan tak payah risau kerana kita ramai.

TAKDIR DAN TADBIR ILAHI: PEMBACA INSAF


“Terimbau memori masa silam. Alhamdulillah banyak pengisian yang dapat dijadikan panduan dan pedoman sekali gus menerbitkan rasa keinsafan diri yang banyak terleka dan lalai dalam menempuh arus hidup.” -- Nurhayati, Besut, Terengganu

Komen di atas adalah untuk ebuku TAKDIR DAN TADBIR ILAHI. Tuan/cikpuan boleh memiliki dan seterusnya membaca ebuku setebal 290 muka surat ini, sama ada dibeli dari pautan Shopee ini atau terus hubungi saya di Facebook atau tinggalkan komen di posting ini.

Sungguh, saya anjurkan tuan/cikpuan miliki naskhah istimewa ini pada HARGA YANG MURAH. Mohon sokongan ya.

---------+---------

Masakan bukan setakat main campak sahaja ke dalam kuali atau periuk. Ia mesti ada rasa tanggungjawab. Sebagai pengusaha penyedia makanan, cef berjaya menyediakannya berkat usaha dan kemahuan untuk belajar. Kamu juga boleh.

Ya, rasa tanggungjawab dan hindari segala sikap sombong dan ego. Usah riak dengan rezeki pemberian Allah. Cuba lestarikan setiap kebolehan dan terus menerus belajar.

Rezeki memang perlu dicari, namun carian itu yang menjadi nilaian Allah. Suatu kaedah haram menjadikan rezeki halal itu berubah menjadi haram.

Selari dengan ini, cuba fahami kata-kata ahli hikmah ini, "Cenderung kepada dunia setelah mengetahui pahala akhirat, bererti satu kebodohan.”


* Web Sutera - Mahu melakar makna pada kanvas kemanusiaan, agar awan-gemawan kelam sirna dek malu dengan pancawarna pelangi.

CITRA HIDUP: CITA-CITA DAN IMPIAN

Impian yang diangankan dan diulit akan menjadi cita-cita. Yang penting ada kesungguhan dalam berusaha.

Lebih sedekad lalu aku menulis dalam blog. Ada enam blog. Tahun 2011 buku pertama diterbitkan. Selepas itu satu demi satu berada di kedai-kedai buku. Dalam masa yang sama aku terus menulis dalam blog.

Beberapa tahun lepas, industri perbukuan negara agak meleset lantaran pelbagai sebab. Tetapi aku terus menulis.

Rencana, kisah dan bahan-bahan penulisan semakin bertambah dalam laptop. Penerbit tak mahu terima, aku cari platform baharu.

Kegilaan anak muda dan remaja! Aku terbitkan dalam Wattpad. Kemudian swaterbit zine dan ebuku, sebuah demi sebuah.

Ada karya aku jual dan ada yang diberi percuma kepada pembaca. Aku terus menulis dan meneroka ruang.

**********

Hati manusia berselisih dalam mengambil makna kebenaran. Terkadang hati basah dengan siraman cahaya murni Ilahi. Terkadang pada ketika lain ia kering daripada cahaya pengertian hakiki itu.


(POSTER) Panas! Mengujakan! Karya terlaris dan berapi-api! Dua novel, sebuah THRILLER SEJARAH dan sebuah lagi THRILLER MISTIK.

Thriller yang menggasak ruang minda, agar berfikir di sebalik cerita. HANYA RM40 (PERCUMA postage) ke seluruh Malaysia! Amat berbaloi untuk dimiliki.

Setiap buku akan ditandatangan oleh penulis. Sudikan untuk hubungi saya.

Khas untuk pembenci 'Taliban'


“Kita bahagikan dunia kepada sepuluh blok. Kemudian okestrakan kemalangan atau petaka palsu – nuklear atau senjata biologi, wabak selsema akut, atau seperti wabak Ebola. Kita sediakan pula undang-undang tentera dan vaksinasi mandatori. Kita hapuskan penentang, patriot, perlembagaan .... agama Islam dan Kristian.” Suara final dari Mayer Amschel III.

Nathan Smith memberi penekanan dengan berkata, “Dalam abad-abad terkemudian, konspirasi kita akan dilupakan oleh rakyat Amerika, mereka hanya mengingat peristiwa itu sebagai salah satu kisah urban legend.”

** Petikan dari novel DI SEBALIK HIJAB yang masih tidak dapat dicetak justeru kekangan kewangan. Susun letak teks (layout) sudah siap, 328 muka surat. Maaf kepada yang sudah tak sabar untuk menelaah apakah hijab yang disorokkan.

** Novel ini sesuai dibaca oleh para pembenci 'Taliban' dan orang yang mendoktrin 'Taliban' adalah musuh agama dan musuh kemanusiaan yang mesti dihapuskan. Bahkan, WAJIB dibaca!

>> Boleh dibaca dahulu sebahagian kecilnya di sini: www.wattpad.com/story/131743794-di-sebalik-hijab

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

KITAB LANGKA



Kitab al-Yaqin merupakan sebahagian daripada koleksi emas yang ditulis oleh seorang ulama salaf yang agung bernama Ibnu Abi al-Dunya.

Dalam kitab ini, pengarang telah mengumpulkan sejumlah hadith, athar, dan riwayat yang membincangkan tentang yakin, kepentingannya dan bagaimana kaedah untuk mencapainya.

Ia diterjemahkan dan disyarahkan oleh Ustaz Mohd Nor Adzhar bin Ibrahim. Harga RM25.
***************

Untuk kitab langka ini, saya pakejkan dengan kitab AMALAN ORANG SOLEH susunan Ustaz Muhadir Haji Joll, Murabbi yang tidak asing lagi.

Kedua-duanya boleh dimiliki pada harga RM35 (+ postage). BONUS pembelian ialah percuma ebuku DIARI MAT KATERER bernilai RM15.

** Boleh hubungi saya melalui saluran komunikasi yang disukai. Tak paksa pun.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

PILIHAN MEMAKNUSIAKAN ORANG

Antologi UP TO YOU dan CLEAR adalah projek penulisan penceritaan yang diketuai oleh Puan BONDA NOR. Semuanya berdasarkan kisah benar yang dialami oleh setiap penulis ataupun yang berkaitan penulis. Insya-Allah bernilai untuk ditelaah dan diambil kisah. Paling tidakpun, sebagai peneman sepanjang perjalanan. Kita kan sahabat.

Saya (Web Sutera) salah seorang penulis dalam kedua-dua antologi berharga ini. Stok ada, jadi hubungi saya ya. Setiap buku akan ditandatangan.
**********
Antologi UP TO YOU adalah himpunan tulisan 20 orang penulis lama dan baharu. Ia ditulis dalam bentuk cerpen dengan mengadaptasi kisah-kisah benar yang berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja.

Fokus penulisannya bermula pada sisi kesilapan dan pemberontakan. Kemudian fokusnya beralih pada natijah dan ibrah. Sangat banyak yang boleh kita jadikan pengajaran!

Istimewa untuk orang dewasa, membacanya bagai mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak dan remaja sendiri. Benar. Kita juga pernah berada di titik kehidupan yang sama. Pernah memberontak dan salah faham seperti mereka.

Maka gunakanlah pengalaman tersebut sebagai satu alat untuk mengendalikan kanak-kanak dan remaja dengan sebaik-baiknya. Insya-Allah dengan cara itu, banyak masalah dapat diselesaikan dengan cara yang lebih berhikmah.
*********
Kalau kita gambarkan pelangi sebagai kebahagiaan, maka kita kena faham satu perkara. Kebahagiaan memerlukan waktu suka dan duka. Kebahagiaan tidak boleh hadir dengan waktu yang kita anggap senang dan gembira saja. Ia juga memerlukan waktu susah, waktu duka, waktu marah dan waktu mengalirkan air mata.

Benar. Kedua-dua elemen yang sangat kontra antara satu sama lain sebenarnya saling memerlukan. Rintik air dan cahaya matahari membentuk pelangi. Suka dan duka, itulah juga yang sebenarnya membentuk kebahagiaan kita!

Kisah-kisah pelangi selepas hujan. Inilah yang cuba diketengahkan menerusi antologi CLEAR ini. Tentang kebahagiaan yang hanya mampu dirasai oleh orang-orang yang telah teruji.

Kandungan Menarik:

● Di Sebalik Warna Pelangi 
● Posmen Cinta
● Tekad Seorang Hamba
● Mrs. Pavlova! 
● Memburu Hikmah
● Demi Cinta Di Bumi Darul Hana
● Ukhuwwah di Hujung Amarah
● Di Hujung Kesedaran
● Aku, Dia Dan Dia
● Warna Di Dalam Kepompong
● The Best Student
● Doa Untuk Anak Syurga
● Hikmah Di Balik Ibrah
● Tadbir Dan Takdir Ilahi
● Suria Kembali Bersinar
● Diva Yang Rebah
● Peluang Kedua
● Memaknai Redha
● Kuasa Atas Kuasa
● Sesudah Episod Derita
● The Unseen Gift
● Mutawif Junior
● Laluan Takdir Yang Berbeza
● Titik Kasih
● Nona Manis, I Love U!

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

Hamba derhaka


Teman
Aku bukan insan terbaik
Namun aku tahu Allah itu maha segala
Justeru aku harap dalam getar
Bimbang akan murka-Nya
Walhal cinta-Nya Maha Agung
... sedangkan amalku amat kurang.

Tazkirah untuk aku: Aku punyai selengkap anggota

26 Zulkaedah 1431H - Beliau setinggi 78 sentimeter, lahir di Wilayah Hunan, China. Bahagian tubuhnya, dari paha ke bawah sudah tidak boleh diselamatkan. Pakar-pakar bedah menjahit tubuhnya. Dua tahun dia berada di hospital di Shenzhen untuk menjalani pelbagai jenis pembedahan semata-mata untuk membetulkan perjalanan organ dan sistem di dalam tubuhnya.

Peng Shuilin mula bersenam untuk menguatkan otot tangannya. Peng melalui semua jenis dugaan. Kini dia mengkagumkan para doktor kerana mampu melangkah kembali setelah sedekad berlalu.

Para doktor di Pusat Pemulihan dan Penyelidikan China di Beijing mencipta sejenis alat bagi memampukan beliau berjalan semula. Mereka memasang dua kaki bionik dan mencipta alat seperti mangkuk untuk menampung tubuhnya. Akhirnya, Peng dapat menapak.

RGO atau recipicating gait orthosis adalah instrumen yang dipasang di kaki bioniknya. Ada sebuah kabel yang terpasang supaya bila sebelah kaki bergerak ke hadapan, sebelah kaki lagi akan bergerak ke belakang. Akhirnya Peng dapat berjalan.

Kini Peng Shuilin sudah membuka sebuah pasaraya, yang dinamakan Separuh Orang-Separuh Harga! Lelaki berusia 37 tahun ini sudah menjadi seorang usahawan yang menjadi contoh kepada OKU-OKU yang lain.

Dengan ketinggian kurang semeter, kini Peng bergerak menggunakan kerusi roda untuk memberi kuliah mengenai pemulihan daripada kecacatan. Anda punyai sebuah tubuh dan dua kaki. Lihatlah Peng - insan yang tiada mempunyai kaki!

“Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Al-Quran, Surah at-Taghabun ayat 11)

(Sumber: Alaf 21 Sdn. Bhd)

Subhanallah, Allahu akhbar!

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger