Showing posts with label Wawasan. Show all posts
Showing posts with label Wawasan. Show all posts


"Baru baca halaman-halaman awal, belum dapat beri komen. Apa pun, saya terharu dan kagum dengan kesungguhan Tuan Web menggarap nota bonda menjadi sebuah karya yang nostalgik."

-- Tuan Haji Zakaria Sungib

Ya kisah asal naratif bertulis tangan dari bonda saya Hajah Mek Yah bt. Haji Mat Amin.

Terima kasih atas respons dan sokongan awal yang diterima dari tuan/cikpuan budiman untuk karya ebuku ini. Ada yang terkejut beruk lantaran harga yang saya tawarkan lebih murah daripada harga tiket KTM dari Batang Benar, Nilai ke KL Sentral. 

Ia bukan bermakna karya ini murah atau kurang berharga. Tidak! Saya menghargai kisah yang tercoret dalam halaman-halaman bertulis tangan oleh almahumah bonda. Ia kisah dari hati seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu.

Tujuan saya tawarkan harga itu ialah agar pembaca dapat meneliti susunan kata dan tadbir daripada perkisahan yang dicoret.

Tambahan lagi, saya benarkan para pembeli untuk mencetak ebuku ini andai masih mahu mencicipnya atas helaian kertas. Dan servis yang saya cadangkan ialah dari Tukang Cetak dan Zine, Tanjung Piandang, Perak. Cubalah tanya bos dia, insya-Allah harga boleh layan.

* Insya-Allah ebuku TAKDIR DAN TADBIR ILAHI boleh dibeli dari Shopee di sini, atau hubungi saya secara peribadi.


* WebSutera - Novelis berjiwa kental dan mantan Mat Metal.

PESAN TOK GURU JANGAN DILUPA, KAWAN

 
“…  sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Yusuf, ayat 53)

Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat acap kali berkata, “Kita hidup di dunia ini bukan setakat hendak hidup sahaja, tetapi hendak hidup biar sampai ke akhirat. Kita bekerja biar sampai ke akhirat, kita bertani biar sampai ke akhirat, bahkan kita berpolitik biar sampai ke akhirat. Macam mana hendak sampai ke akhirat, kalau semasa kita buat kerja ini tidak pernah fikir tentang akhirat?"
 
Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu. Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat. Sentiasa mengharap keredhan Allah. Itulah wawasan gaya champion yang dilengkapi sup herbal berkhasiat.
 
** Bab penuh dibaca PERCUMA DI SINI.
 

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

KITAB LANGKA



Kitab al-Yaqin merupakan sebahagian daripada koleksi emas yang ditulis oleh seorang ulama salaf yang agung bernama Ibnu Abi al-Dunya.

Dalam kitab ini, pengarang telah mengumpulkan sejumlah hadith, athar, dan riwayat yang membincangkan tentang yakin, kepentingannya dan bagaimana kaedah untuk mencapainya.

Ia diterjemahkan dan disyarahkan oleh Ustaz Mohd Nor Adzhar bin Ibrahim. Harga RM25.
***************

Untuk kitab langka ini, saya pakejkan dengan kitab AMALAN ORANG SOLEH susunan Ustaz Muhadir Haji Joll, Murabbi yang tidak asing lagi.

Kedua-duanya boleh dimiliki pada harga RM35 (+ postage). BONUS pembelian ialah percuma ebuku DIARI MAT KATERER bernilai RM15.

** Boleh hubungi saya melalui saluran komunikasi yang disukai. Tak paksa pun.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

Gemilang Kerana Islam


Kisah di Masjid Nurul Hidayah, Kg. Pandan Dalam, Selangor, malam 1 Disember 2014 semasa menunggu penceramah undangan (bukan ustaz) yang akhirnya tidak dapat datang. Saya berbual-bual dengan dua orang sahabat. Perihal Melayu dan isi kuliah Subuh Ustaz Syahril Long menjadi topik.

Pada suatu sela, saya berkata, “Dalam pemerintahan Islam, kita nak ikut siapa, kalau bukan Rasulullah dan para Sahabat Khulafa ar-Rasyidin? Baginda Rasulullah, seperti kita tahu, adalah al-Quran berjalan di sepanjang hidupnya. Begitu juga para pemerintah Khulafa ar-Rasyidin yang empat, di sepanjang hidup mereka, al-Quran berjalan menjadi darah daging. Setiap apa yang mereka perbuat, ada dalam al-Quran. Mereka patuh dan taat.”

Seorang sahabat menjawab, “Yalah! Siapa lagi nak kita ambil contoh, kalau bukan mereka. Begitu juga Sahabat-sahabat yang lain. Semua mereka amalkan apa yang mereka tahu dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah diamalkan secara benar.”

Saya berkata lagi, “Ingat sejarah Khalifah Abbasiah, di ketika khilafah Islam bangsa Arab itu lemah, siapa yang diutus Allah untuk Islam bangkit semula?”

Kedua-dua orang geng masjid itu termanggu-manggu. Seorang menjawab, “Kejap... aku ingat, tapi dah lupa.”

Seraya saya tersenyum lalu menjawab, “Salahuddin al-Ayubbi. Dia bukan berbangsa Arab, tapi Kurdis.”

“Ya. Ya, Salahuddin,” kedua-duanya mengangguk hampir serentak.

“Islam bangkit semula di bawah kepimpinan Sultan Salahuddin al-Ayubbi, walhal dia bangsa Kurdis. Jadi bangsa akan cemerlang andai Islam didaulatkan.”

Rakan kedua memberi komen, “Ya, bukan perjuangan bangsa yang diangkat. Bukan Melayu yang diangkat, tapi Islam dahulu yang diselaraskan dalam daulah.”

Saya menambah, “Kesultanan Melaka pun gemilang kerana Islam. Malap kemudiannya kerana sultan mula melupai Islam yang ditata dalam pemerintahan sultan-sultan terdahulu.”

Kemudian saya katakan, “Khalifah Umar al-Khattab pernah berkata, ‘Bangsa Arab maju dan gemilang kerana Islam’.”
Diskusi kami diteruskan sehingga bilal berjalan ke pejabat masjid untuk azan Isyak dikumandangkan.

Untuk info, seorang sahabat saya itu bukan Melayu.

--- INTAI DI BAWAH KARPET
********************

Mahukah saya terbitkan dan boleh dibaca PERCUMA melalui www.wattpad.com/user/WebSutera? Andai bersetuju, mohon komen 'YA' dan kongsikan (tiada paksaan).

Antara kandungan buku yang mahu saya kongsikan ialah BERFIKIR GAYA CHAMPION yang diterbitkan Galeri Ilmu Media Group. Buku ini bestseller di kalangan para pelajar sekolah menengah dan pusat pengajian tinggi, guru-guru sekolah, dan ibu bapa. Sudah habis stok langsung, dan tak pasti sama ada penerbit sudi untuk mencetak kembali. Justeru yakin yang kandungan buku ini perlu dibaca oleh ramai lagi rakyat Malaysia, maka saya akan terbitkan secara PERCUMA dalam kompilasi KEMBARA CHAMPION di Wattpad, insya-Allah.

Saya masih perlukan sokongan dari sahabat dan pembaca. Mohon komen di sini.

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

Kita Lebih Bernasib Baik?

Alhamdulillah. Subhanallah! Sesungguhnya rezeki, jodoh, ajal dan segala kejadian adalah ketentuan Allah Taala. Justeru kita sebagai hamba-Nya wajib melihat dari pelbagai sudut agar setiap kejadian, mehnah dan ujian itu diambil iktibar sebagai kasih sayang-Nya untuk kita bermuhasabah.

Banyak kejadian mutakhir ini di banyak belahan dunia. Salah satunya ialah pertempuran dan onar jahanam negara Zionis-Yahudi Israel dan Amerika Syarikat di bawah teraju Rumah Putih ke atas umat manusia di Palestin, khususnya di Gaza.

Seorang ustaz membuat pandangan: “Mengapa kita hentikan jamuan hari raya dan majlis makan-makan di Malaysia justeru simpati kepada nasib Gaza? Memang kita bersedih dan mengutuk sikap Zionis-Yahudi itu. Pada hemat saya, kita teruskan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri kerana itu sunat. Apa yang patut dihentikan ialah hiburan yang melampau, baik di majlis apapun atau di tv. Mana yang haram kita hentikan segera! Untuk kita, Allah memberi ingatan melalui kejadian MH370 dan MH17.

“Ada pemimpin kita berkata bahawa ‘kita lebih bernasib baik’ berbanding di Palestin’. Adakah benar kita lebih bernasib baik daripada mereka? Walhal itulah ujian Allah untuk mereka, dan kita lihat bahawa mereka lebih dekat kepada Allah.

“Bagaimana kita? Nyata yang mereka di Palestin lebih baik berbanding kita, kerana kita dalam ‘senang’ itu lupa kepada Allah dan jauh dari-Nya.”

** INTAI DI BAWAH KARPET. Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

Bahang Kota Kara (yang Lara?)


Tanggal 27 dan 28 Mac 2015 terasa penat dalam wisata mencari damai di sebalik warna-warna dunia. Jumaat 27 Mac, antara lain, menemukan saya dengan suatu isi khutbah yang memberi ibrah (pengajaran) di sebuah masjid di Rawang. Isi khutbah yang menggamit isu semasa, termasuk hudud yang dipertikai oleh bukan sahaja non-muslim, terlebih lagi manusia yang mengaku Islam. Walhal, mengikut isi khutbah yang memetik ayat al-Quran itu, bahawa manusia ‘Islam’ itu adalah manusia bertopeng syaitan.

Remang panas yang membahang sekujur tubuh dan sekeping jiwa yang menadah redha Allah Taala. Kisah dan ceritera berterabur di jalanan. Nun di puncak, kelibat sang penglipur lara turut bersenandung irama sumbang, mencari sudut untuk berbuat mungkar! Allahu Allah!

Kemudian 28 Mac pula menemukan suatu komuniti sebuah kampung di Batu Caves. Dalam bicara dan sembang sambil menjual buku dan buah fikiran, terbongkar kisah bahawa orang Islam apabila dipanggil untuk bacaan Yasin untuk anak-anak sekolah, hanya lima orang yang hadir. Macam-macam cerita lagi yang membuka ruang hijab bahawa orang yang mengaku Islam masih perlukan banyak tuntunan melalui dakwah. Sedangkan buku bagaikan benda ‘asing’ bagi mereka itu.

Akhirnya dalam sesak MRR2 dan jalan-jalan sisinya, saya bersama tiga sahabat meraikan majlis walimah di Kg. Dato’ Keramat walaupun di penghujung. Tahniah untuk pasangan mempelai. Doa saya untuk kalian berdua bahagia sehingga ke syurga-Nya.

Kisah manusia sebagai ibrah. Sungguh rezeki itu bukan sekadar wang ringgit. Bahkan banyak sisi rezeki yang boleh diambil iktibar, termasuk persahabatan dan peluang melihat tamasya kehidupan.

Petang hari itu menjelang malamnya, mungkin akan terlihat bahang panas tetap panas lantaran beberapa sebab. Allah Maha Tahu segala. Kita hamba-Nya yang daif. Malaysia negara tercinta, semoga dikau kekal melindungi anak watan.

Masya-Allah. Tabarakallah.

“Ya Allah, aku hamba-Mu yang banyak dosa, aku mengaku. Ampunkan aku ya Rabb.”

Ceritera manusia
ada derhaka, ada ihsan
masing-masing mencari ruang
untuk sebuah kefanaan.

Mana pilihan
menjadi penentu nyaman syurga
atau bahang panas neraka.

Ruang dan peluang
berebutan mencari pengaruh.
Nun di sana... puncak kelam bahkan hitam
penglipur lara bertopeng syaitan
memanggil mangsa untuk ke jurang dalam.

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

Pangkah bukan benci


Pangkah bererti MEMILIH. Ayuh berubah, teman! 

Hak saya untuk kekalkan kerajaan Selangor, insya-Allah. Mana yang perlu berubah, kena ubah. Ayuh berhijrah!

Testimoni buku 50 Sup Champion Resipi Rasulullah terbitan Must Read 


"Saya baru habis membaca bukumu, 50 Sup Champion Resipi Rasulullah. Tanpa tertinggal satu ayat pun, dengan sekali duduk bermula jam 5 petang tadi lepas asar. Cuma berhenti seketiika ke surau untuk solat Maghrib dan Isyak. Sangat mengasyikan dan teruja, penuh dengan kasih sayang kepada junjungan besar kita (Nabi Muhammad), dan sarat dengan perkongsian ilmu. Tahniah dan terus berkarya demi Allah.

"Saya beli di MPH Alamanda petang semalam (20 Jan) sambil mencari juga judul-judul lain karya sang Naga Buana / Web Sutera, tapi tak jumpa. Mana boleh lupa nama Naga Buana walaupun sudah hampir 27 tahun berlalu. Sekarang baru saya jumpa "Naga Buana" yang sebenar selepas 27 tahun - Naga Kota Gelanggi 1 yang sedang mengeluarkan api." - Tuan Wan Kamarudin.



Berkaitan: Champion: Allah bos kita, bukan manusia 
Ayuh berhijrah demi misi jihad 
Champion Buana, TG Nik Abdul Aziz dan TG Abdul Hadi 
Bicara Buku: Politik adalah kehidupan 
Testimoni 50 Sup Champion Resipi Rasulullah: Memberi inspirasi kepada pembaca – Zonan Villa

Wawasan Champion: Penulis perlu dekat dengan Tuhan

10 Zulkaedah 1432H Editor Senior Galeri Ilmu Sdn. Bhd. dan penulis, Tuan Haji Zakaria Sungib berkata, "Untuk membina kemahiran-kemahiran sokongan itu, penulis perlu banyak membaca pelbagai bentuk dan genre bahan bacaan. Penulis juga perlu terjun ke tengah masyarakat. Penulis perlu beramal dan menghayati Islam dalam kehidupannya.

Penulis juga perlu dekat dengan Tuhan, kerana apabila penulis dekat dengan-Nya, Dia akan dekat dengan penulis untuk membantu kerja-kerja penulis."

Sesungguhnya saya amat bersetuju dengan tulisan Tuan Hjaji Zakaria Sungib ini. Amat mendalam untuk dihayati, insya-Allah. Cerita penuh di sini.

Berkaitan: Bengkel Realiti Penulisan Islami: Meneroka Buku dan Mengurus Blog

Wawasan Gaya Champion (1)

9 Zulkaedah 1432H - "Kemerosotan mutu penggunaan bahasa kebangsaan sama ada dalam komunikasi rasmi atau tidak berpunca daripada perkembangan dan pengaruh teknologi baru dalam bidang komunikasi dan maklumat," kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, baru-baru ini.

Tuan, puan dan cikpuan mahu komen? Silakan?

Apakah wawasan seorang Champion? Saat kehilangan sesuatu atau ditimpa musibah, jangan berkata, "Mengapa perkara ini terjadi pada diriku?". Katakanlah, "Alhamdulillah. Sesungguhnya itu semua dari Allah. Tuhan berhak mengambilnya kembali."


Kejayaan anugerah dari Allah. Kegagalan dan musibah juga dari Allah akibat perbuatan kita. Jadi Allah itu tidak adilkah? Itulah qadak dan qadar termaktub dalam pengetahuan dan ilmu Allah. Kita hanya hamba sahaya-Nya. Jadi mahu komplen apa lagi? Allah suruh kita dengar dan taat, kita berdegil besar kepala? Lalu Allah katakan, "Cari bumi dan langit lainlah!"

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger