Dalam buku Berfikir
Gaya Champion dan 50 Sup Champion Resipi Rasulullah, saya kutip
kata-kata Rasulullah, para Sahabat, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz, Tuan Guru
Dato' Seri Abd. Hadi, dan para Champion Muslim dan non-Muslim. Kemudian saya
ulas dan sesuaikan dengan tajuk bab. Itu semua politik yang sesetengah orang
kata 'tidak suka politik'.
Semua kandungan buku
saya ialah politik, justeru politik adalah kehidupan.
Tanggal 13 Januari 2013,
saya ke kedai buku MPH 1Utama di Damansara Utama untuk hadiri sesi Bicara Buku
Bersama Penulis.
Di sana saya perikan
beberapa perkara berkenaan buku terbaharu berjudul 50 Sup Champion Resipi Rasulullah yang diterbitkan oleh Must Read Sdn.Bhd.
Salah satunya ialah hikmah
bacaan istighfar yang saya amalkan, insya-Allah. Saya ada nukilkan dalam
beberapa bab tertentu akan perihal ini, justeru kita hanya hamba Allah yang
lemah, insan daif yang tetap perlukan bantuan dari-Nya. Kisah-kisah yang
ditintakan sama ada peristiwa saya sendiri atau dari pengalaman rakan-rakan,
atau yang lebih penting ialah dari para Champion besar seperti Rasulullah dan
para sahabat baginda.
Semasa sesi bicara
selama hampir satu jam setengah itu, saya juga nyatakan bahawa sebahagian kandungan
buku inspirasi ini mungkin kisah biasa-biasa. Namun saya berhasrat gaya
penulisannya menjadi satu yang luar biasa untuk tatapan anak bangsa.
Tatkala saya berceloteh
berkenaan ahli falsafah China, Confucius, saya lihat beberapa orang pengunjung
berbangsa Cina membelek-belek kandungan buku. Alhamdulillah. Kita juga perlu
ambil contoh dari filosuf itu, justeru hikmah adalah ilmu milik Mukmin yang
tercicir.
Salah satu nukilan ringkas
berkenaan Istighfar seperti di bawah. Moga bermanfaat.
Ada satu sisi kehidupan lain. Walaupun mungkin berlainan, namun ia masih mencakupi berkaitan sudut memulakan dari diri kita dahulu. Ini satu tip yang saya amalkan. Insya-Allah, berkat.Setiap kali saya berhadapan dengan situasi kesesakan jalanraya yang dijangka atau tidak dijangka, atau kesesakan yang amat teruk dalam pemanduan ke sesi katering, saya beristighfar kepada Allah banyak-banyak.Ya, saya mengucapkan istighfar (keampunan) kepada Allah banyak-banyak. Kalau boleh tanpa henti sehinggalah tiba di premis klien. Nescaya Allah memberikan kita situasi yang kita harapkan atau tidak terduga baiknya.Dalam perkara lain pula, sekiranya perasaan hati kita gundah, degupan jantung laju justeru bersebab atau pun tidak terjangkau apa puncanya, jangan tinggalkan istighfar. Ucapkanlah penuh keyakinan bahawa kita ada Allah yang Maha Pelindung.Mulakan langkah ini, jangan sombong dengan Tuhan. Kepayahan apa jua pun, pasrah dan memohon bantuan dari-Nya melalui keampunan dan rahmat-Nya.
Insya-Allah, buku 50 Sup Champion Resipi
Rasulullah ini sudah ada di kedai-kedai buku, atau boleh dibeli online di EpayAsia. Tebalnya 300 muka surat.
Berkaitan: Testimoni 50 Sup Champion Resipi Rasulullah: Memberi inspirasi kepada pembaca
Berfikir Gaya Champion: Berani Tanggung Risiko dan Berani Gagal
Berkaitan: Testimoni 50 Sup Champion Resipi Rasulullah: Memberi inspirasi kepada pembaca
Berfikir Gaya Champion: Berani Tanggung Risiko dan Berani Gagal
0 comments:
Post a Comment