HKR112: Tersingkap hijab


Insan kerdil ini terasa kecil berada di kedai buku 1Malaysia.

Sebelum itu sempat saksikan perkumpulan rakyat yang berjalan ke Stadium Merdeka. Usai urusan di kedai buku, bersama isteri menyaksikan rakyat berbaju kuning, hijau dan merah menaiki LRT. Semua menjadi baik andai tiada provokasi 'orang-orang itu.'

Untuk sebuah makin hamun dalam Facebook terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR112, ini khas untuk kamu.

Aku bukan sepertimu, kawan
Maki hamunmu ibarat petir
... Namun yang sakit adalah kamu
Justeru aku tahu
... Aku inginkan sebuah Malaysia yang lebih baik.


Foto atas: Saya merenung ke luar pintu. Mata hati menerawang ke Stadium Merdeka, tersingkap sebuah hijab. "Moga Allah lindungi kalian, duhai rakyat Malaysia."


Usai makan di medan makan Puduraya, berborak dengan 3 orang, 2 daripadanya staf TNB. Saya berkata, "Kalau Pakatan Rakyat tadbir Malaysia pun, TNB tetap kekal, Kedai Buku 1Malaysia tetap ada."

Salah seorang berkata, "Memang betul! Yang elok kekalkan. 'Dia orang' (baca: UMNO-BN) ingat kita ini bodoh."

Saya senyum. Kelibat rakyat berbaju merah, kuning dan hijau berpapasan.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Copyright © 2013 - Buana Ini - is proudly powered by Blogger