Ayuh berhijrah demi misi jihad


Antara gebang saya dengan novelis Tuan Ramlee Awang Murshid saban ketika ialah betapa novelis sejarah prolifik Tuan Abdul Latip Talib begitu tegar berusaha. Terus menulis untuk anak bangsa walaupun ada kalangan orang ramai yang tidak suka dan kata beliau macam-macam. Justeru penulisan juga adalah perjuangan memartabatkan Islam dan bangsa. Mehnah di mana-mana.

Tidak dapat atau tidak boleh bantu orang lain berbuat baik atau mencegah kezaliman serta ketidakadilan masih dikira molek. Namun andai kita membantu atau menyokong kezaliman, itu dikira tindakan pendek akal.

Contoh lain ialah tidak dapat berpurdah seperti tuntutan Islam masih dikira okey. Namun andai berkata kepada wanita muslimah, "Buat apa tutup litup begitu? Tidak rimaskah?", itu dikira sombong.

Semasa sesi bicara buku di MPH 1Utama baru-baru ini, saya katakan manusia mana yang tidak buat dosa. Saya, sang pendosa ini, akur dengan ujian Allah. Kena sabar, justeru sabar itu perlukan kesabaran juga. Siapa kita mahu marahkan Allah? Namun jangan putus asa, kerana sikap putus asa itu adalah hasutan sang Taghut.

Dalam perihal berkaitan, saya pernah berniat mahu tekan brek dalam perjuangan membenarkan misi jihad. Mujur teman-teman bagi tazkirah, sedarkan hamba Allah yang banyak dosa ini.

Moga Allah ampunkan khilaf saya.

** Grafik atas: Empat buah buku tulisan saya yang boleh dibeli dari alamat dan telefon yang tertera. Moga Allah mudahkan urusan tuan dan cikpuan.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger