Champion: Allah bos kita, bukan manusia


Ada ketika saya berangan-angan, namun saya tidak menjual angan-angan, apa lagi terperangkap di dalamnya. Saya transformasikan angan-angan menjadi cita-cita. Itulah Champion namanya!

Saya dan isteri mulakan bisnes Lusiana Catering secara kecil-kecilan lebih kurang 7 tahun lalu. Permulaannya, dapur diletakkan atas lantai atau pangkin simen digunakan. Kini berkat usaha, doa dan tawakal, bisnes kami pernah sediakan sajian untuk 3,000 pax. Setahun lalu, dapur juga sudah kami naik taraf dan bilangannya bertambah kepada 10 unit.

Saya berjaya bermula dengan angan-angan menjadi Champion. Insya-Allah, saya bersangka baik dengan-Nya. Saya tidak mahu berangan-angan sahaja. Saya bukan pencipta bayangan angan-angan persis fatamorgana. Sang Champion terus transformasikan ilham minda menjadi matlamat.

Saya ceburi bisnes katering selepas 14 tahun bekerja makan gaji. Kemudian selepas dibeduk oleh guru, saya menulis buku Buat Duit dengan Katering. Setahun kemudian novel sejarah Alexander Agung: Hijab Raja Zulqarnain. Ya, bongkah ais sudah dipecahkan. Belajar dan terus belajar, cabar diri menjadi Champion dari sudut tersendiri.

Seumpama Harimau Malaya dengan kritikan keras dari penyokong termasuk geng Ultras, tim ini terus mengejar Champion. Begitu juga kita, angan-angan Mat Jenin bukan sikap Melayu yang hebat. Justeru Champion tetap bangun ketika berada di tahap emosi lemah. Lestarikan angan-angan menjadi matlamat.
 
Nasihat saya untuk diri sendiri terutamanya, andai suatu kerja itu tidak atau jarang memberikan peluang untuk beramal ibadah, terutamanya solat lima waktu, lebih baik berhenti. Jangan buat alasan tidak sempat untuk bersolat justeru sentiasa berada atas jalanraya atau sibuk sehingga masa luput. Siapa kita yang hanya bekerja demi mengambil hati bos atau taukeh, sedangkan bos teragung Allah kita abaikan? Insya-Allah, rezeki bukan dari orang, tetapi dari Allah, bos yang sebenar-benar bos yang Maha Esa.

Buku Berfikir Gaya Champion terbitan Galeri Ilmu dan 50 Sup Champion Resipi Rasulullah (SAW) terbitan Must Read adalah dua sekuel kepada Buat Duit dengan Katering terbitan PTS Professional Publishing.

Buku Buat Duit dengan Katering yang diterbitkan dalam tahun 2011 dalam versi bercetak kini sudah sedia dalam versi ebook. Dokumen ebook ini memerlukan E-Sentral Reader yang boleh dimuat turun di iTunes untuk pengguna iOS atau Google Playstore untuk pengguna Android. Maklumat tambahan di bawah. Boleh dibeli di E-Sentral.
 
E-ISBN: 978-967-369-178-4
Tarikh Terbit: 26 Dec 2012
Harga: RM9.80

Kedua-dua buku siri Champion ini terisi jujukan resipi dari peristiwa seharian dunia kehidupan dan bisnes katering yang saya geluti. Bukan sebuah angan dan cerita dongeng, melainkan kisah yang kita ada Tuhan Yang Esa, dan Rasulullah dihadiahkan untuk umat manusia sejagat. 

Dalam setiap buku ada beberapa bab / nukilan yang saya kongsikan tip-tip bisnes dan khususnya bidang katering. Insya-Allah, kita bisa lestarikan apa sahaja dunia bisnes andai bijak dalam mengurus konflik dan kebetulan.

Walaupun demikian, untuk setiap buku Champion ini, saya kongsikan isi kandungannya seperti di bawah. 

Berfikir Gaya Champion 

Sebuah buku yang sarat dengan kisah inspirasi untuk membina semangat juang dalam diri setiap orang khasnya umat Islam. Menjadikan Rasulullah teladan champion sepanjang zaman. Mengajak pembaca bangkit untuk memperbaiki diri, kerjaya, dan seterusnya rezeki. Mengajak pembaca berani mencuba dan mengajak pembaca mengubah persepsi masyarakat sekeliling.

Berfikir Gaya Champion ditulis dengan bahasa santai namun penuh tarbiah.

50 Sup Champion Resipi Rasulullah

50 Sup Champion Resipi Rasulullah bermatlamat untuk mengaspirasikan pembaca dengan hidangan contoh nyata dan tersirat. Kisah-kisah silam dan terkini, madah hikmah, cerita perangsang dan motivasi, sumber inspirasi dan tamsil ibarat dirumus dan disajikan bagi memantap lagi ramuan buku ini. Ayat-ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah diterap agar resipi bertambah sedap.

Wawasan adalah sebuah perancangan untuk kebaikan masa hadapan. Renungilah sejarah lalu, jejak yang ditinggalkan oleh para Champion yang telah melakar sejarah emas dunia sebagai pembuka minda. Apabila sup Champion terhidang, tandanya bermulalah satu perjuangan. 

Sebaik sahaja isteri saya menatap buku Berfikir Gaya Champion terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd. dia berkata, "Si ingatkan abang tidak serius menulis. Buku Buat Duit dengan Katering itu Si tidak hairan sangat. Tapi bila novel Macedonia:Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain terbit, Si mula yakin yang abang serius. Macam tak percaya pun ada, ingat setakat menulis dalam blog sahaja. Abang duduk lama-lama depan laptop, sampai makan pun lupa. Dalam tempoh 3 tahun abang sudah tulis 5 buah buku.”

Saya bertanya, "Jadi?"

"Tahniah, abang! Si doakan moga abang terus kuat bagi memandaikan bangsa. Si bangga.” 

Berkaitan: Ayuh berhijrah demi misi jihad
Berfikir Gaya Champion: Berani Tanggung Risiko dan Berani Gagal
Bicara Buku: Politik adalah kehidupan

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger