PENULISAN KOMUNIS ALAT INDOKTRINISASI

Dalam helaian-helaian terakhir buku PROPAGANDIS ZAMAN, penulis Tuan Subky Abdul Latif membicarakan soal 'kewartawanan Islam' dan mengambil contoh pendekatan kewartawanan penyiasatan (investigative reporting) yang diamalkan oleh dua orang perawi (perekod) hadis muktabar Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Sebelum dunia Barat mengetahui kaedah kewartawanan penyiasatan, dunia penulisan Islam sudah lama memberi contoh terbaik dari dua ulama hadis Imam Bukhari dan Imam Muslim ini.

Bagi pihak Barat, kebebasan kewartawanan atau penulisan adalah demi memenuhi fungsi menyampaikan maklumat, menyalurkan pelajaran, mengkritik dan membekalkan hiburan. Manakala para sarjana Barat mentakrifkan media atau kaedah penulisan sosialis dan komunis adalah sebagai alat untuk menyalurkan propaganda, indoktrinisasi dan hiburan. 

Manakala persuratkhabaran/kewartawanan dan penulisan Islam seharusnya merangkumi keempat-empat fungsi yang sama, tetapi ia mesti berpaksi kepada peranan dakwah atau tarbiah. Maka dakwah atau tarbiah menjadi elemen kelima yang amat penting dalam penulisan Islam, hatta mengkritik pun kerana dakwah atau boleh disebut demi kebenaran.

Tuan Subky Abdul Latif menulis: "Mengkritik pun kerana dakwah, dan dalam suasana yang sudah 100 peratus sempurna pun Islam masih memberi ruang kepada kritikan kerana kritikan diperlukan dalam semua masa."

Dalam soal penulisan yang berperanan membekalkan hiburan, beliau menyatakan: "Hiburan pula ada pintu maksiat yang sentiasa terbuka lapang, ia memerlukan peranan dakwah yang teliti dan berhati-hati bagi menjauhkan pengaruh maksiatnya."

Dalam banyak ketika di sesi perkongsian dunia penulisan, seperti bersama Tuan Khairy Tajudin, saya sering menyatakan bahawa okey menulis cerita hantu atau seram seumpama kisah hantu kubur, pocong, pocong ngengsot atau seumpamanya. Tetapi apa mesejnya? Apa pelajarannya? Di sinilah fungsi dakwah/tarbiah mengambil tempat.



** Saya Web Sutera, penulis/novelis yang komited untuk terus mencatat. Dengan moto, antara lainnya, 'Dare to be different!', saya menjual buku-buku sendiri kerana yakin ia benda baik untuk dikongsikan.
** Mahu beli buku-buku saya? Sudikan mesej peribadi kepada saya di Facebook.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger