“Sedap ke cerita Perang Armagedon
ni? Tebal semacam je. Mesti bosan nak baca, kan?” Saya cuba provok Haris, anak
saya yang sulung.
“Eh, best cerita ni mama! Along suka. Cerita
pasal Fateh dengan kawan-kawan dia. Lawan dengan jin-lah, Zionis-lah. Ada pasal
sejarah, pasal masa depan, UFO, kiamat. Setiap bab ada hadis.”
Haris nampak seronok
sahaja bercerita tentang novel tulisan Tuan Web Sutera ini. Saya teringat
sewaktu saya menghulurkan novel ini untuk kali pertama. Dia nampak kurang
berminat sahaja. Katanya, nama-nama watak di dalamnya pelik-pelik. Malas dia
mahu membacanya.
Namun, saya tetap
memaksa.
"Baca sampai habis.
Nanti ceritakan pada mama,” pesan saya.
Akhirnya dengan muka
terpaksa, dia akur juga. Tamat membacanya, eh.. dia pula yang excited bercerita. Alhamdulillah. Saya
sebenarnya tidak tahu Perang Armagedon ini berkisahkan tentang apa, tetapi saya
yakin dengan fikrah penulisnya.
Sebab itu saya minta
anak saya baca dengan harapan bakal memberi sedikit input yang baik buatnya.
Alhamdulillah. Dari benci, dia jatuh hati.
Tahniah, Tuan Web Sutera
kerana berjaya menghasilkan karya yang boleh menarik minat anak muda dari leka
dengan komik kepada sesuatu yang lebih berisi seperti novel ini.
Teruskan mengkaji, mengadunnya
dengan imaginasi dan semoga akan lahir lagi karya-karya yang baik seperti ini. Amin.
** Komentar dari Puan
Bonda Nor, Kuala Terengganu, Terengganu.
Komen susulan dari entri
dalam Facebook:
i) Puan Jihan Kasihkita:
“Anak lelaki saya pun suka baca buku ni, dan saya sekali.”
ii) Puan Kesuma
Althafunnisa: “Memang best citer ni.
Lepas ni nak ajak dan didik anak membaca macam Bonda Nor didik anak-anak.”
Mesej utama novel ini
ialah perjuangan jihad menentang kezaliman Zionis. Good vs. evil. Teknologi melawan teknologi. Kesatuan ummah tanpa
mengira bangsa dan sempadan negara.
Kutukan Allah akan
berterusan terhadap hamba-Nya yang amat zalim itu. Salah satunya melalui janji
Allah bahawa sentiasa ada kumpulan pejuang di Baitulmaqdis dan kawasan
sekitarnya sebagai benteng agama Islam sehingga ke hari kiamat.
Inilah inti pati fiksyen
ini.
Pentingnya bumi Palestin
digambarkan dalam salah satu firman Allah, "Demi buah Tiin dan Zaitun. Dan
Gunung Tursina. Serta negeri (Makkah) yang aman ini." (At-Tiin 95:1 -3)
0 comments:
Post a Comment