Alhamdulillah, usai
membaca Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain. Benar-benar
bermanfaat dan menarik perhatian. Saya tidak sabar untuk menghabiskan pembacaan
sehinggakan lunyai buku ini saya kelek ke hulu ke hilir.
Kemuncaknya, saya
habiskan bacaan ketika mertua sibuk mengemas setelah selesai majlis pertunangan
adik ipar. Menantu contoh sungguh... opss!
Baik punya cover. Sambil
tidurkan anak perempuan saya yang baru berumur setahun, saya belek helaian demi
helaian terakhir.
Fuhhhh! Memang pengembaraan
minda ke dimensi yang lain. Takjub dengan pembawaan Tuan Web Sutera. Karya
pembuka mata dan jiwa. Siapa sangka karakter Alexander yang dipaparkan di layar
perak itu bertentangan sekali dengan yang diceritakan dalam kitab al-Quran.
Hujah-hujah yang dibentangkan secara naratif mampu membuat menguatkan keinginan
seseorang untuk mencari kebenaran. Padanlah ada yang benar-benar terkesan dan
menerima hidayah.
Tidak dapat disangkal,
ianya adalah sebuah novel di mana ada adaptasi dan tokok tambah untuk
menyedapkan jalan cerita. Tetapi saya suka ambil isinya. Isinya tetap
berlandaskan kebenaran. Pengaruh novel sejarah seperti ini pernah menyebabkan
mahasiswa menggunakannya sebagai bahan rujukan (cerita benar ini! karya Dr.
FT). Sudahnya, zasss... kena pancung dek pensyarah. Sama ada boleh atau tidak
dijadikan rujukan, itu perdebatan di lain waktu.
Bab kegemaran saya
adalah berkenaan Yakjuj dan Makjuj kerana saya tidak banyak ketemu bahan ini.
Sungguh! Sungguh takjub. saya bersetuju dengan hujah Alexander Agung itulah
Raja Zulqarnain.
Tahniah, Tuan Web
Sutera. Tahniah kerana berjaya membongkar hijab ini. Saya teruja untuk memburu
bahan bacaan dari penulis lain berkenaan skop yang sama.
** Ulasan dari Puan
Mus Dahlan, blog http://dayung-terus.blogspot.com.
Carian di Goodreads, novel ini menduduki tempat kedua daripada 41 judul, seperti screen capture di atas.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment