Selain tohmahan 'ulama
lawan profesional' dalam gerakan Islam kontemporari, telah lama kita dengar
'Islam moderate', 'Islam fundamentalis' dan 'Islam radikal'.
Siapa yang memberi
nama-nama itu, yang bertujuan untuk mengadu-domba sesama Islam dalam suatu
harakah Islamiah dan di antara gerakan Islam? Ayuh buka mata hati kita, bersama.
Ia didogmakan oleh
gerakan Zionis-Yahudi dan disokong secara besar-besaran oleh Rumah Putih
Amerika Syarikat. Di belakang tabir ialah anasir fitnah Dajjal yang sudah lama
diberitakan oleh Rasulullah SAW, bahkan sudah diberi amaran seawal era Nabi Nuh
lagi.
Walhal istilah itu tiada
dalam gerakan Islam. Islam tetap Islam, satu-satunya. Walaupun demikian
Rasulullah SAW sudah memberi peringatan khas berkenaan aliran dan fahaman di
akhir zaman, seperti berikut:
Auf bin Malik melaporkan,
Rasulullah SAW bersabda, “Yahudi telah
berpecah menjadi 71 golongan, satu golongan di syurga dan 70 golongan di
neraka. Nasara telah berpecah-belah menjadi 72 golongan, 71 golongan di neraka
dan satu di syurga. Dan demi Allah yang jiwa Muhammad ada dalam tangan-Nya,
umatku ini pasti akan berpecah-belah menjadi 73 golongan, satu golongan di syurga
dan 72 golongan di neraka.”
"Lalu
Baginda ditanya, 'Wahai Rasulullah siapakah mereka (yang masuk syurga itu)?'
"Baginda menjawab: 'Al-jamaah'." (Hadis riwayat Ibnu Majah dalam Kitabul Fitan)
Lihat iktibar dari peperangan
di zaman Rasulullah SAW serta situasi keadaan dunia Islam masa kini. Dalam
gerakan dan perjuangan untuk memartabatkan Islam, gerombolan musuh bukan sahaja
daripada kalangan Yahudi dan Nasrani, bahkan pemimpin-pemimpin bertopeng
'Islam' (atau lebih tepat geng Munafik) yang menjadi tali barut serta membantu
pencerobohan ke atas umat Islam secara minda dan fizikal.
Ini taakulan dan
pemahaman saya dari ibrah sejarah akan peringatan Rasulullah SAW mengenai
fitnah Dajjal di akhir zaman. Mohon lindungan Allah Taala dari fitnah terbesar,
yakni fitnah Dajjal laknattullah.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment