Saya
hanya seorang hamba Allah yang daif di sisi-Nya. Hamba Allah yang banyak dosa,
tidak pantas untuk memberi nasihat pada teman-teman. Namun, justeru sayangkan
kalian dan apa yang diperjuangkan, izinkan saya berkata-kata.
Sabarlah
dan beristiqamahlah, teman-teman pimpinan PAS di semua peringkat. Jangan mundur
walau apa sahaja mehnah yang menerjang. Usah gentar dengan segala taburan
fitnah dan adu domba. Bukankah Rasulullah SAW memberi ingatan:
"Bersabarlah, menang atau syahid."?
Janji-Nya
Maha Benar. Manusia bukan penentu dan redha manusia itu hantu. Nyawa PAS bukan di
tangan manusia. Bukan pada banyak atau sikit kerusi di Dun dan Parlimen.
Hanya Allah penentu segala. Usaha dan bergerak menuju matlamat tetap wajib
diteruskan.
Saya?
Ya, saya Web Sutera yang mengenali erti sebuah perjuangan dan hasrat molek
untuk memartabatkan Islam di persada Malaysia. Saya, lelaki yang dilahirkan
dengan didikan agama oleh bonda dan ayahanda, mereka memberi makna bahawa PAS
bukan sekadar nama. Nama apa pun, ia sekadar wahana. Paling utama Islam.
Apa yang digembar-gembur sebagai 'perselisihan ulama dan profesional’ hanyalah doktrin musuh-musuh. Mengapa harus terperangkap, wahai pejuang? Semua Islam. Maju terus!
Saya mantan Mat
Metal dan hard rocker. Saya tetap sokong ulama, walaupun saya rock!
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment