Gaza dan MH: Ayuh dekat kepada Allah



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Ya, raya masih ada.

Alhamdulillah. Subhanallah! Sesungguhnya rezeki, jodoh, ajal dan segala kejadian adalah ketentuan Allah Taala. Justeru kita sebagai hamba-Nya wajib melihat dari pelbagai sudut agar setiap kejadian, mehnah dan ujian itu diambil iktibar sebagai kasih sayang-Nya untuk kita bermuhasabah.

Banyak kejadian mutakhir ini di banyak belahan dunia. Salah satunya ialah pertempuran dan onar jahanam negara Zionis Yahudi Israel, dan Amerika Syarikat di bawah teraju Barack Obama ke atas umat manusia di Palestin, khususnya di Gaza.

Seorang ustaz membuat pandangan, “Mengapa kita perlu hentikan jamuan hari raya dan majlis makan-makan di Malaysia justeru simpati kepada nasib Gaza? Memang kita bersedih dan mengutuk sikap Zionis Yahudi itu. Maka salah satu usaha kita ialah doa, dan ia sangat wajar diteruskan.

"Pada hemat saya, kita teruskan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri kerana itu sunat. Apa yang patut dihentikan ialah hiburan yang melampau, baik di majlis apa pun atau di TV. Mana yang haram kita hentikan segera! Untuk kita, Allah memberi ingatan melalui kejadian MH370 dan MH17.

“Ada pemimpin kita berkata bahawa ‘kita lebih bernasib baik’ berbanding di Palestin’. Adakah benar kita lebih bernasib baik daripada mereka? Walhal itulah ujian Allah untuk mereka, dan kita lihat bahawa mereka lebih dekat kepada Allah. Kita?

“Nyata yang mereka di Palestin lebih baik berbanding kita, kerana kita dalam ‘senang’ itu lupa kepada Allah dan jauh dari-Nya. Ujian kesenangan jauh lebih merbahaya daripada ujian yang menyusahkan. Kita terleka dalam kesenangan, andai kita melupai Allah."

** Foto-foto: Dua sesi katering Lusiana Catering. Sudi-sudikan intai pihak saya di Aidilfitri 1435 Hijrah.

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger