Kibaran Panji Al-Fateh di PBAKL 2017


10 hari PBAKL 2017, PWTC. Terima kasih untuk semua pembeli, pembaca lama, pembaca baharu dan mungkin peminat serta pengikut karya-karya saya. Tiada banyak yang dapat saya berikan kembali, hanyalah... ya hanya doa semoga tuan dan cikpuan diberi yang terlebih baik oleh Allah Azza wa Jalla. Amin ya Allah ya Rahman ya Rahim.

Sungguh... korang membuat saya terharu. Novel tebal hampir 900 muka surat KONSTANTINOPEL: KIBARAN PANJI-PANJI AL-FATEH licin. Manakala buku BERFIKIR GAYA CHAMPION hanya berbaki senaskah. Novel PERANG ARMAGEDON pun tinggal 3 naskah dan BAITULMAQDIS: PETAKA ARMAGEDON sangat surut daripada mula-mula diletakkan di atas meja, setakat saya kira. Penerimaan siri ketiga dalam Trilogi Armagedon ini, yakni MAGEDDO: PETAKA AHZAB juga begitu terkesan, dengan berada di tangga ke-5 buku terlaris di reruai Buku Puris.

Alhamdulillah. Penerimaan untuk versi terkini novel RAJA KESATRIA (dengan tambahan bab dan muka surat tertentu) juga hebat, dengan tersenarai dalam Top-10 terlaris.

Khabar juga diterima dari reruai Buku SO, yakni ketiga-tiga novel saya yang dijual di sana dibeli oleh para pembaca. Ia termasuk novel seram-fantasi-thriller KONSPIRASI MAHARAJA yang baru sampai hanya pada sebelah petang hari kedua terakhir PBAKL 2017. Mohon maaf khas dari Tuan Shah Othman kerana saya tidak luangkan lebih masa di sana lantaran melayan pembaca di reruai Galeri Ilmu/Buku Puris.

“Si, abang rasa nak deman.” Saya mengadu pada si isteri.
“Itulah, abang raya sakan sangat,” jawab si isteri dengan muka kelat.

Benar. Saya rasa nak demam siang tadi (semasa entri ini ditulis). Badan lenguh sikit dan kedua-dua labu betis rasa sakit lantaran banyak berdiri. Walau apapun, hanya Allah jua yang saya mohonkan agar semua yang saya tulis itu memberi manfaat dalam kembara menuju keabadian di alam Akhirat nanti, bukan hanya untuk diri ini, bahkan untuk semua yang mencicipnya.

** WEB SUTERADare to be different! Aku bukan politikus yang mengejar kaya dan kuasa. Aku hanya marhaen.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger