Imej Najib dibantu ejen Israel – Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa dalam blognya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menggunakan khidmat syarikat perunding imej Israel dalam usaha pemulihan imej PM yang sudah tercemar.
"Menggunakan khidmat syarikat APCO Worldwide sebagai perunding imej ternyata tidak membantu perdana menteri dan isteri, apatah lagi didedahkan media syarikat tersebut diterajui antaranya mantan duta Israel ke Amerika dan Jerman.

“Lebih merumitkan keadaan 1Malaysia yang dilancarkan Najib dikaitkan dengan 1Israel. Hari ini saya difahamkan SPRM juga melancarkan siri kempen untuk memulihkan imej. Ratusan juta dihabiskan demi memulihkan imej.

“Sedangkan cara yang paling mudah dan jimat ialah berpegang teguh kepada prinsip undang-undang, bebas dan tidak menurut kehendak elit pemerintah yang jelasnya semakin hari semakin terdesak,” tegas beliau di blognya.
Jika benar, maka ini merupakan suatu tindakan amat tidak patut oleh PM Najib. Sudah tiada syarikat lainkah bagi PM Najib gunakan? Zionis Israel memang jahat. Terkini pada 5 Mac 2010 lalu (baca sini), saya menonton berita al-Jazeera mengenai onar terbaharu Israel terhadap orang ramai yang sedang solat di Masjid al-Aqsa. Seperti biasa, bermacam alasan diberikan oleh Israel laknat terhadap betapa ‘halalnya’ tindakan mereka menceroboh masjid bersejarah itu.

Tidak tahulah apa hendak jadi dengan 1Malaysia di bawah PM Najib, aduhai!

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger