Gunakan ISA untuk pengganas – Zaid Ibrahim

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak harus digunakan terhadap orang awam seperti wartawan dan ahli-ahli politik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Menteri yang bertanggungjawab berkaitan soal perundangan dan kehakiman itu berkata, akta tersebut seharusnya hanya digunakan terhadap pengganas ataupun ke atas mereka yang cuba menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan.


Kata beliau, sudah tiba masa bagi kerajaan Persekutuan kembali kepada matlamat asal penggubalan ISA, yang digubal untuk mengawal komunis, ataupun pada hari ini untuk menangani pengganas ataupun mereka yang hendak menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan.

"Saya tidak meminta supaya ISA dimansuhkan tetapi hanya menggunakannya apabila wujud ancaman ke atas keselamatan negara seperti pengganas dan bukan orang awam," kata beliau kepada wartawan di rumahnya di sini hari ini.

"Saya akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawui untuk mengadakan perbincangan terus terang bagi mendapatkan pandangan beliau dalam isu ini secepat yang mungkin," jelas beliau.


Kata Zaid, dengan memberikan pandangan sedemikian beliau kemungkinan dilihat bertindak bertentangan dengan 'dasar kerajaan' tetapi bersedia untuk menghadapi kesannya.


"Jika saya perlu meletakkan jawatan (kerana memberikan pandangan ini), saya akan berbuat demikian," katanya. Tambah Zaid, beliau bukan pencetus masalah dan tidak mahu menyusahkan Perdana Menteri dalam isu berkenaan.


Sebaliknya, katanya, beliau mempunyai prinsip dan sentiasa memberikan pendirian kritikal dalam soal penggunaan ISA.


Kata beliau lagi, kerajaan mempunyai undang-undang secukupnya untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan didapati kesalahan, antaranya Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan. (Sumber mSTAR Online)

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger