Aku sayangkan Islam, Malaysia dan Anwar Ibrahim

Aku menyokong Anwar Ibrahim. Aku suka Anwar berkawan dengan PAS dan DAP. Aku sokong Anwar jadi Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia. Aku juga respect perjuangan Anwar. Aku menaruh harapan kepada Pakatan Rakyat.

Namun sejak akhir-akhir ini, kulihat Anwar agak berlainan. Dari bisik-bisik di kaki lima, dari bisik-bisik seputar teman-teman, ramai antara mereka berkata, “Mengapa Anwar nampak gelojoh?”


Sejak Anwar Ibrahim memenangi kerusi parlimen Parmatang Pauh, rakan-rakan dan saudara mara aku (golongan ustaz dan bukan-ustaz) sudah agak keliru dengan beberapa tindakan Anwar. Sehinggakan ada yang bertanya, “Adakah Anwar gila kuasa untuk menjadi perdana menteri?”


Memang pedih telinga aku mendengarnya. Namun begitu, bisik-bisik tersebut sukar untuk aku tepis.
Pastinya ada juga lintasan minda aku, begini, “Apa mahu jadi dengan Malaysia? Apakah Anwar Ibrahim masih kekal seperti mana yang aku kenali dahulu?”

Aku sayangkan Malaysia. Aku sayangkan Islam dan PAS. Justeru kerana sayangkan Islam, aku sangat berharap pemimpin PAS pandai bersilat di medan politik mutakhir ini. Bak kata teman, “PAS perlu dahulukan Islam dari politik pemerintahan. Kekalkan fikrah perjuangan sebagaimana Ikwan Muslimin terus memacu Islam demi perjuangan mereka.” Jangan gadaikan prinsip Islam demi survival politik sempit. Aku sangat percaya, jika PAS kekal dengan prinsip Islam, parti Islam ini akan berjaya. Parti ini akan dihormati kawan dan lawan. Pastinya Allah akan menurunkan bantuanNya.


Apa kaitan dengan Anwar Ibrahim? Kaitannya ialah, Anwar bersahabat dengan PAS secara rapat sejak era Reformasi 1998 dahulu. Pemimpin, ahli dan penyokong/pengundi PAS memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Anwar sejak itu.


Mahu diakui atau tidak, justeru dengan sokongan dan gerak kerja pemuda dan penyokong PAS, PKR memenangi banyak kerusi parlimen dan DUN di PRU12 yang lalu. Begitu juga, pilihanraya kecil parlimen Parmatang Pauh. Gerakan jihad yang dilaksanakan oleh pemuda/penyokong PAS, tanpa mengharapkan habuan wang ringgit, berjaya membuahkan hasil yang lumayan. Fakta ini jangan dilupa, sahabat.


Dalam kebimbangan dek beberapa peristiwa yang dicetuskan oleh Anwar Ibrahim dan PKR, aku tetap menaruh harapan tinggi kepada tokoh ini bagi membawa Malaysia baru. Aku sangat berharap, tokoh ini mengotakan apa yang dikata. Dan yang terpenting Anwar tidak gadaikan Islam demi politik. Jika anwar lupa rakan-rakan dalam PAS, mengikut perkiraan aku, PKR dan Anwar akan tinggal sejarah, yang tidak enak tentunya.

Aku sayangkan Islam, Malaysia dan Anwar Ibrahim.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger