Komuniti Cina mesti ada masjid sendiri – Mufti Perlis

“Cadangan saya agar komuniti Cina muslim mempunyai masjid sendiri yang pengurusannya mampu memahami masalah mereka, diuruskan oleh mereka sendiri, menggunakan bahasa yang lebih difahami oleh mereka dan memahami budaya mereka ditentang oleh kelompok agama yang sempit pandangan.

Kelompok ini menganggap seakan Islam di Malaysia mestilah beridentitikan melayu. Padahal, sudah lama masyarakat cina muslim memohon masjid yang seperti itu. Ramai orang cina yang menganut Islam apabila terputus hubungan dengan masyarakat Melayu seperti bercerai atau bergaduh tidak tahu tempat tuju yang lebih memahami mereka. Kewujudan masjid Cina dapat membantu mereka.


Setelah 50 tahun merdeka, orang bukan Islam terlalu ramai yang tidak faham dengan Islam. Bahkan segala sikap negatif Melayu dianggap oleh sesetengah mereka sebagai Islam. Ertinya dakwah tidak berjalan dengan baik. Mesej Islam tidak sampai.

Kita patut bertanya ke mana pergi peruntukan yang begitu banyak yang diperolehi oleh badan-badan Islam yang mendapat bajet setiap tahun? Sebahagian badan ini dinamakan kemajuan Islam. Apakah Islam telah maju dalam hal in?

Hari ini, masih kelihatan prajudis yang tinggi antara muslim dan bukan muslim dalam keadaan tertentu. Jumlah yang tertarik kepada Islam juga tidak setara dengan bajet dan belanja atas nama Islam yang begitu banyak dikeluarkan. Maka rancangan mewujudkan masjid Cina mestilah diteruskan agar komuniti kaum yang begitu besar dalam negara ini tersebut lebih dapat memahami Islam.” (Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin)

(Gambar: Masjid Cina muslim di Xishuangbanna, tidak jauh dari sempadan Myanmar)

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger