Apa dia masjid tewas, gereja juara?

Sahabat, ada satu cerita amat menarik mengenai kebersihan. Islam mengajarkan penganutnya tentang peri pentingnya menjaga kebersihan, sehingga Nabi Muhammad berkata bahawa jika tidak menyusahkan umatku, nescaya setiap kali ingin sembahyang, kita diwajibkan menggosok gigi.

Tetapi mengapa tandas di masjid kotor, kalah dengan tandas di gereja? Baca di sini: Masjid TEWAS, gereja JUARA!
untuk cerita penuh. Di sini saya ambil keratan-keratan cerita sahabat saya ini.

Tidak salah kita ambil contoh ciri kebersihan tandas di gereja di Sitiawan tersebut.

Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah orang tua aku di Taiping, beberapa hari yang lalu, anak - anakku mengalami cirit - birit. Jadi boleh dibayangkan kesukaran yang aku tempohi. Memang sedari awal aku telah merancang perjalanan mengikut 'jalan dalam' melalui daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor.

Boleh dikatakan 5 buah masjid yang aku gunakan kemudahan di dalamnya.
Kelima - lima masjid aku kategorikan sebagai - TERUK dan TIDAK MEMUASKAN!

Sepatutnya, sebagai sebuah masjid. Ini adalah 'institusi' yang perlu dan mesti terkehadapan dalam menunjukkan contoh dalam aspek KEBERSIHAN.


Yang paling mengaibkan. Cuma ada sekali sahaja aku terpaksa berhenti dan singgah di sebuah gereja. Itupun sebab aku melihat pintu gereja terbuka, dan anak aku sudah tidak tahan lagi untuk buang air besar.


Aku berhenti di sebuah gereja di daerah Sitiawan.
Aku memohon kebenaran untuk berhenti dan menggunakan kemudahan tandas mereka. Memang mengejutkan, tandas mereka begitu bersih, lengkap, kemas dan CANTIK !

Bukannya hendak menyatakan bahawa tandas di dalam gereja itu seperti dalam hotel.
Tetapi, bila melihat keadaan tandas yang sebegitu rupa, aku dan seluruh ahli keluarga terus sahaja menggunakan tandas itu. Memang SELESA !

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger