PAS merakam ucapan takziah kepada keluarga empat mangsa yang terkorban termasuk melahirkan rasa dukacita atas kejadian malang yang menimpa ribuan penduduk yang masih terperangkap akibat tanah runtuh di Bukit Antarabangsa jam 4 pagi semalam (6 Dec. 2008).
Setiausaha Agung PAS Dato' Kamaruddin Jaffar dipetik oleh Harakahdaily sebagai berkata bahawa negara khususnya para penduduk sekitarnya merasa terkejut dengan kejadian tersebut yang mana pernah menimpa kawasan sekitar itu 15 tahun lalu.
Kamaruddin meminta semua pihak bersabar dan mematuhi langkah dan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari masa ke semasa bagi memastikan 3,000 ke 5,000 penduduk yang masih terperangkap di situ selamat dikeluarkan daripada kawasan terbabit.
"Saya harap semua penduduk senantiasa berdoa, dan bersabar dengan ujian getir tambahan pula ada kalangan umat Islam yang sedang dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidiladha esok.
Beliau mendesak agar pihak kerajaaan membatalkan projek pembangunan di lereng bukit dengan serta-merta termasuklah permohonan yang sedang diproses untuk diluluskan.
"Sudah banyak iktibar daripada siri-siri yang berlaku sejak akhir ini seperti di Ulu Yam, Damansara dan lain-lain. Kita mahu kerajaan ambil keputusan drastik supaya tidak ada lagi nyawa yang terkorban.
Berkaitan: Bila alam murka, dengan izin Tuhan
(Gambar ihsan Bernama)

0 comments:
Post a Comment