Enggan mansuhkan PPSMI golongan celaka, kata Presiden PAS

Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, menyifatkan pimpinan UMNO yang enggan memansuhkan PPSMI adalah golongan celaka yang akan melenyapkan Bahasa Melayu.

Beliau berpidato di dalam majlis himpunan dan ikrar mansuh PPSMI pada 23 Februari (Isnin). Menurut beliau, tamadun bangsa yang pernah wujud mempunyai bahasa masing-masing dan kemajuan tamadun ini berkembang bersama dengan perkembangan bahasa mereka.


Beliau menggesa supaya rakyat dididik dengan ilmu dengan menggunakan bahasa sendiri dan bukan dengan bahasa asing. “Tidak salah belajar bahasa asing tetapi rakyat perlu di ilmukan dengan bahasa kebangsaan.”


Majlis tersebut yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina itu turut diserikan dengan bacaan sajak oleh Dinsman.


Dalam perkembangan berkaitan, laman Unika menulis bahawa “mereka mendengar bisik-bisik bahawa barisan kepimpinan tertinggi Gapena sudah sebulat suara bersetuju menjalankan kempen urat saraf supaya Menteri Pelajaran Hishamuddin Hussein Onn dijatuhkan.”

Punca sikap permusuhan Gapena terhadap Hishamuddin itu adalah kerana pertubuhan penulis paling besar itu tidak dapat menerima pemimpin politik Melayu yang tidak memperjuangkan kepentingan bahasa, kebudayaan dan kesusateraan Melayu, malah mengkhianatinya.

Menurut sumber, Gapena akan menggerakkan semua ahli-ahlinya di seluruh negara supaya menjalankan kempen itu di peringkat tempatan masing-masing.


Baru-baru ini Gapena telah membuat laporan di Balai Polis Brickfeilds, Kuala Lumpur, berkenaan dasar PPSMI yang melanggar Perlembagaan Malaysia.


Dalam pada itu laman berita Malaysiakini melaporkan bahawa Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) akan memohon kerjasama polis bagi memastikan perhimpunan raksasa membantah pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada 7 Mac ini, berlangsung secara aman.
Berita penuh, klik di sini.

Berkaitan:
Saya menentang PPSMI tetapi tidak membenci bahasa Inggeris

*** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis, termasuk perkahwinan. Sebarang majlis di pejabat, rumah atau dewan, juga untuk layanan VIP/VVIP. Menu yang pelbagai boleh disediakan; masakan Melayu, resepi Cina & India halal, serta makanan ala-barat. Sila rujuk blog katering.

1 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum,

PAS berjuang berlandaskan agama Islam. Soal nasionalisme tidak penting baginya.

Baginya, kalau saya betul-betul faham ucapan ucapan pemimpin pemipin PAS seperti Tok Guru Nik Aziz dan sebagainya, bahasa dan bangsa tak penting; yang penting agama sahaja. Bertolak dari situ, apakah pula tafsiran PAS tentang perkataan, konsep dan falsafah 'nasionalisme'? Bukankah memperjuang dan mempertahankan bahasa satu aspek nasionalisme?

Saya tercari-cari jalan bagaimana saya boleh menyokong perjuangan PAS secara keseluruhan. Tetapi saya terganggu bila prinsip dan pendirian perjuanganny tergoyang-goyang: sesuatu itu halal pada sesuatu ketika tetapi haram diketika lain. Ada yang haram itu halal bagi PAS dan yang halal bagi pihak-pihak lain haram bagi PAS.

Di manakah kedudukan saya sebagai umat Islam? Kalau tak ikut cakap PAS, tak Islamkah saya ini? Kalau saya sokong PPSMI, saya ni celakakah? Jadi semua orang Islam yang tidak berminat dengan perjuangan politik semasa, celaka semuanya? Penyokong perjuangan PAS yang mahu PPSMI diteruskan celaka juga?

Jadi kalau saya sudah digelarkan celaka kerana menyokong PPSMI diteruskan maka haramlah sokongan saya kepada PAS. Tidak ada celaka dalam PAS dan dalam Islam. Kalau saya dah celaka, maka saya bukan Islam lagi. Betulkah?

Bagi orang yang dikafirkan semata-mata kerana menyokong PPSMI susah kedudukan mereka. Tn Guru Hj Hadi boleh mencelakan mereka semua kerana Tn Hj Hadi lebih besar kuasa dan martabatnya berbanding Nabi Muhammad saw atau Allah. Mana boleh saya ikut Islam macam ni punya jenis?

AYAH

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger