Perak: Allah akan memenangi yang benar, kata Baha Zain

Maka bersuaralah seorang lagi tokoh sastera Melayu berkenaan isu DERHAKA di Perak. Syabas Dato’ Baha Zain (Gambar - bos lama saya). Saya persembahkan....

Walau apa pun imej istana Perak itu sekarang terlempar dalam kontroversi yang semakin dirumitkan oleh media yang tidak peduli apakah kesan dan akibatnya dalam persepsi, hati dan perasaan rakyat terhadap istana dan Raja yang berkuasa.


Rasanya inilah pertama kali istana atau institusi di raja dihadapkan dengan tunjuk perasaan di jalan raya oleh rakyat Melayu sendiri; dan diambil tindakan undang-undang atas isu politik oleh seorang pemimpin bukan Melayu.

Apakah tanda-tanda sosial yang dapat kita baca daripadanya? Apakah sedang berlaku perubahan besar nilai-nilai sosial budaya di kalangan penduduk sekarang? Apakah fahaman demokrasii dan hak-hak sivil sedang mengacu pada kebebasan yang boleh menggoncang institusi sosial yang ada?

Pergolakan politik di Perak sekarang memberi banyak iktibar kepada kita, terutama masyarakat Melayu sendiri, supaya jangan memperalatkan nama istana; dan istana pula harus berwaspada memelihara martabatnya sebagai sumber cahaya keadilan bagi semua rakyat jelata.


Krisis di Perak itu juga diharap akan lebih membijakjsanakan agar pada masa depan tokoh-tokoh politik tidak memandang mudah terhadap kekuasaan dan pengaruh istana; dan istana pula tidak lalai akan kemungkinan kedaulatannya disanggah oleh rakyat.


Mari kita semua kembali kepada akal sihat, dan tidak lebih memudaratkan keadaan dengan tindakan serta kenyataan-kenyataan yang memancing publisiti di media. Media juga sepatutnya jangan memancing pembaca dan penonton dengan sengaja mencari-cari atau mengada-adakan juru ulas, penganalisis dan sebagainya. Masyarakat sekarang sudah ramai yang berfikiran canggih dan mampu membezakan propaganda daripada laporan yang objektif; pandangan yang berat sebelah dengan pandangan yang saksama; dan tokoh yang autentik dengan tokoh yang bergelar.

Keghairahan media untuk memihak sering menjadikan pemberitaannya bersifat overkill dan hasilnya counter-productive . Tidak hairanlah kalau ramai orang berasa bosan dan muak sehingga lebih percaya kepada kredibiliti blog daripada media perdana. Jadi serahkanlah kepada mahkamah, dan yakinlah Allah akan memberi kemenangan kepada yang benar ( cepat atau lambat). (Sumber: Blog Baha Zain)

Berkaitan 1:
Karpal Singh TERKENA JERAT UMNO LAGI
Berkaitan 2:
Rasuah yang parah dalam Umno, kata SN Pak Samad

P/s: Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis. Jika ada keperluan, hubungi saya. Boleh berbincang dan fleksibel, insyaAllah. Klik di sini untuk blog katering.

1 comments:

awang kata said...

Tidakkah ini bermakna Melayu sedang digoncang, datuk.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger