Selangor: Struktur semula air ok, tetapi harganya?

SelangorKini melaporkan bahawa pengurusan industri perkhidmatan air Selangor yang diuruskan oleh beberapa syarikat konsesi bakal distrukturkan semula oleh kerajaan negeri.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad berkata penstrukturan semula air itu dibuat bagi menjaga hak dan kepentingan rakyat sebagai pengguna.


“Setelah gagalnya penswastaan, kita sebagai sebuah kerajaan negeri Pakatan Rakyat merasakan bahawa rakyat di negeri ini yang sepatutnya diberikan hak untuk menguruskan pentadbiran keseluruhan urusan air di Selangor ini.”


Menurut beliau, berdasarkan pengalaman yang telah ditunjukkan sebelum ini dasar penswastaan telah menyebabkan rakyat menjadi mangsa dan kerajaan negeri pula mengalami kerugian.


Sebagai rakyat Selangor, saya ingin melihat penstrukturan semula atau apa sahaja istilah yang digunakan bakal memberikan perkhidmatan air yang lebih adil. Apabila bercakap tentang keadilan dan kesaksamaan, pastinya antara faktor yang amat besar yang terlintas di minda rakyat ialah harga air yang dikenakan.


Cas air yang dikenakan oleh Syabas memang membebankan rakyat, sejak sekian lama. Walaupun pelbagai alasan diberikan terhadap sebab cas yang sedemikian rupa, pastinya syarikat pembekal air itu memperoleh keuntungan berbilion ringgit setahun.

Selain dari itu, ada juga cas yang saya kira amat tidak patut, seperti cas penyambungan semula RM50. Mengapa Syabas sanggup memperoleh keuntungan berbilion ringgit setahun, sedangkan rakyat ditindas dengan harga air yang mahal? Tidak bolehkah rakyat menikmati cas perkhidmatan air yang murah? Lagi pun air adalah keperluan asas yang menjadi kewajipan pemerintah menyediakan kepada rakyat.

Berita penuh:
Penstrukturan Semula Air Lindungi Kepentingan Pengguna


***I provide catering services for the following; courses, trainings and seminars, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western. Click
here for info.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger