Baca buku sejarah Islam jadi terroris?

Photobucket

Ada orang kata membaca buku-buku pejuang dan pahlawan dunia Islam seperti yang dipaparkan akan mengakibatkan anak menjadi terroris. Pendapat saya, orang yang berkata begitu sama ada jahil mengenai sejarah Islam atau terpengaruh dengan dakyah Yahudi dan Amerika Syarikat.


Buku-buku ini merupakan novel sejarah pahlawan-pahlawan Islam pada era keagungan Islam di masa hidup Muhammad bin Abdullah, para sahabat dan di abad lalu. Kisah sejarah yang diberi nafas baru dalam bentuk novel yang terakam dalam terlalu banyak buku sejarah yang merata di pelusuk dunia ini diusahakan oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.


Semua orang tahu bahawa Islam tidak disebarkan dengan mata pedang; hanya Yahudi yang membuat propaganda buruk mengenai Islam, dulu, kini dan selamanya.


Novel-novel yang dihasilkan oleh Abdul Latip Talib, diterbitkan oleh PTS, ini elok dijadikan hadiah untuk anak-anak remaja dan pemuda kita kerana bahasa yang digunakan mudah. Komuniti Islam yang kurang faham dan sahabat kita yang bukan Islam amat patut memiliki buku-buku ini.

Photobucket
Ianya juga amat sesuai untuk orang dewasa yang tidak suka membaca buku sejarah yang mungkin sedikit membosankan. Siri novel sejarah pahlawan Islam ini ditulis dengan teknik Surah Yusuf yang dipelopori oleh PTS.

Sesungguhnya manusia rambut sama hitam, hati lain-lain. Teringat kata Yusuf Qardawi, begini: “Jika menyokong perjuangan Islam itu dikatakan terroris, biarkan saya jadi terroris.”

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger