Kata-kata Menteri Bebal Lagi Membebalkan – Ainon

Sahabat, saya bersetuju dengan komentar yang diluahkan oleh Pengerusi PTS, Puan Ainon Mohd. Baca di bawah seperti mana dipetik dari laman Unika. Tajuk entri itu pun sudah memang tepat.

Kata menteri pelajaran: “Kalau kita hendak membuat perubahan kepada dasar ini, kita perlu mengambilkira seramai 6.1 juta pelajar yang telah melalui dasar PPSMI, 126,000 guru-guru terlibat dan jumlah hampir RM3 billion yang kita laburkan dalam melaksanakan dasar ini...."


Nota:
Mengapakah menteri pelajaran itu tidak mahu mengambil kira, selama tempoh 30 tahun Bahasa Melayu digunakan dalam sistem pendidikan kebangsaan, berapa bilion wang rakyat sudah dilaburkan.

Mengapa dia tidak mengambil kira, berapa banyak sekolah, maktab dan universiti sudah didirikan, dan berapa banyak pensyarah serta guru sudah dilibatkan.


Mengapa dia tidak mengambil kira, selama 30 tahun itu, berapa banyak subjek sudah diajarkan, berapa banyak pelajar dan graduan sudah dihasilkan,


Kata menteri pelajaran itu lagi:
"...Jadi ianya bukan satu perkara yang perlu dengan sewenangnya membuat keputusan.”

Nota:
Sewaktu hendak melaksanakan PPSMI 6 tahun dahulu, mengapa dengan sewenang-wenang dasar itu dibuat - Tun Mahathir seorang membuat keputusan dengan tanpa menjalankan kajian rintis dahulu, tanpa mendengar pandangan dan nasihat pakar-pakar pendidikan, tanpa memanggil wakil pertubuhan-pertubuhan bahasa, tanpa dimesyuaratkan dengan parti-parti komponen dalam BN.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger