Fenomena Nizar: Setiap ahli PAS kena baca buku mengenai politik

Setiap dari ahli PAS disaran agar memiliki pengetahuan mengenai ilmu politik dengan membaca buku. Demikian ujar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat kepada lebih 100 pengunjung yang hadir pada pelancaran buku bertajuk Fenomena Nizar. Buku ini adalah karya Wan Ji Wan Husin dan Saifulamri M.Husin, dilancarkan di gerai Anbakri Publika Sdn Bhd pada Jumaat 5 Jun 2009 di Muktamar Tahunan PAS 55. Shah Alam.

"Ilmu politik tiada di sekolah, kalau kita ingin memperolehi ilmu politik, maka kita kena baca buku yang ditulis oleh orang politik.” Malah ujar Menteri Besar Kelantan itu tindakan tersebut akan dapat menjadikan diri seseorang mempunyai ilmu semasa.


"Ia adalah bertujuan untuk meletakkan diri sebagai orang yang memiliki ilmu berbentuk semasa (politik)," ujarnya. Malah, beliau mengingatkan agar mencari ilmu yang kebiasaannya diperoleh menerusi membaca, supaya dengan ilmu tersebut dapat menjaga diri seseorang.

Dari penerbit

Dia adalah lahar panas dari letupan gunung berapi. Bersamanya ada bahang, magma, baja dan geliga. Dia lambang ketabahan. Dia menjadi simbol bergerak sebuah perjuangan Islam terkini- menentang kemungkaran dan ketidakadilan di Malaysia. Kami berpuas hati untuk mengangkat sebuah cakaran seputar kemelut politik di negeri bijih yang sangat unik ini. Kerana ia mungkin dicetuskan oleh seekor raksasa di Putrajaya.

Buku ini merekodkan sebuah perjalanan sejarah yang cukup mahal. Ia membawa catatan perkhabaran tentang pengkhianatan demokrasi yang cukup ’real’ oleh para elit dan pemain kuasa di Ipoh dan Putrajaya. Kami rasa cukup terpanggil untuk mendaftar nama dan setiap gerak dari tindak aksi mereka untuk simpanan dan kajian buat generasi Malaysia yang akan datang.

Jiwa adalah rumah kita. Mata adalah jendela kita. Seluruh anggota menjadi pesuruhnya. Dan, hati jualah yang mampu menanggapi keruh jernihnya sebuah kejadian samada ia adalah tuah atau tragedi. Ya Allah. Jadikanlah kami dikalangan orang-orang yang tidak mudah lupa.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger