Harap PAS dipimpin Cina Muslim – Nik Abdul Aziz

Mursyidul Am PAS, Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat ingin melihat suatu hari nanti PAS dipimpin oleh kaum Cina Muslim.

Berucap dalam majlis anjuran Badan Perhubungan PAS Pahang di Kerau, Mentakab beliau berkata, semasa melawat negara
China beliau berkesempatan menziarahi makam sahabat nabi di negara berkenaan.

Ini, katanya menandakan Islam lebih dahulu bertapak di negara itu berbanding
Malaysia iaitu pada zaman para sahabat lagi.

Tambahnya, di Tanah Melayu yang dibawa pedagang India ke Melaka hanya zaman pemerintahan Parameswara pada tahun 1414 terkemudian ratusan tahun berbanding dengan Islam di China yang dibawa para sahabat.


Katanya, di China juga terdapat ratusan masjid dan umat Islam boleh beribadah di dalamnya sama seperti di negara ini walaupun negara itu Komunis dan negara ini diperintah parti Nasionalis Umno-BN.


Nik Abdul Aziz juga menaruh harapan suatu hari nanti Cina Muslim turut memimpin dan menganggotai Dewan Ulama PAS yang kini dikuasai kaum Melayu Islam. (
Sumber: Harakahdaily)

(Gambar: Masjid ‘Beijing’ di Rantau Panjang, Kelantan yang masih dalam pembinaan)

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger