Indahnya hidup bersyariat – Ismail Kamus

Seorang sahabat saya memberitahu buku terbaharu Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid berjudul Indahnya Hidup Bersyariat laku keras di Muktamar Tahunan PAS 55 di Shah Alam ketika ini.

Isi buku Indahnya Hidup Bersyariat ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.


Pertama kali saya melihat buku ini ialah semasa sesi katering di Jobstreet.com di Medan Tuanku, Jalan Tunku Abdul Rahman pada 29 Mei 2009. Seperti biasa jika saya ke sana, saya tidak akan lepaskan peluang ke Pustaka Mukmin dan Minerva. Semasa di Pustaka Mikmin saya membelek-belek melihat isi kandungan buku ini. Ternyata menarik.


Alhamdulillah, walaupun ilmu fardu ain yang wajib untuk diri sendiri dan keluarga sudah saya ketahui dan amalkan, ternyata ilmu fardu kifayah saya agak kurang. Tarikan utama buku Indahnya Hidup Bersyariat ialah desain kulit, susunan bab-bab, reka letak isi kandungan dan gaya persembahan. Banyak gambar sebenar dipaparkan bagi memudahkan pembacaan dan terus dipraktikkan.


Buku terbitan Telaga Biru ini berhalaman 307 dengan harga RM55.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM57.00 (Sabah & Sarawak). Pastinya agak mahal, tetapi berbaloi dengan kertas berkilat yang digunakan dan persembahan buku berkulit keras yang kelihatan ‘mewah’.


Berkaitan: Teguran kepada ahli dan penyokong PAS -
Cukup hanya ‘membaca’ al-Quran?

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger