PAS perlu bergerak mendokong gerakan massa – Mat Sabu

Ini cebisan temubual mStar Online bersama pemimpin PAS, Mohamad Sabu. Untuk kebaikan Islam dan rakyat Malaysia, insyaAllah, saya terbitkan kembali.

"Perkembangan PAS muktahir ini terutamanya selepas terbentuknya Pakatan Rakyat. Orang-orang bukan Islam mula mendekati PAS dan menghormati pemimpin-pemimpin PAS seperti Tok Guru Nik Aziz, kehebatan beliau memerintah dengan penuh tanggungjawab, tidak terlibat dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan tidak membina kekayaan untuk peribadi dan kaum keluarga.


Orang Cina terutama sekali amat benci dengan isu rasuah dan politik wang kerana saya pasti mereka adalah pembayar cukai paling besar di negara kita. Orang Melayu pun ada bayar cukai tapi ia lebih kepada cukai secara tidak langsung. Mereka (orang Cina) merasakan sudah tiba masanya mereka mencari alternatif lain untuk mencari parti memerintah baik dan selepas piliihan raya umum ke-12 Mac lalu, mereka melihat Pakatan Rakyat merupakan alternatif yang terbaik.


Jadi untuk lebih mendekati orang-orang bukan Melayu, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), ahli sukan, golongan belia, golongan seni dan budayawan saya menawarkan diri untuk memainkan peranan dalam bidang itu untuk membawa mereka bersama dengan PAS.


Selepas Presiden (Datuk Seri Hadi Awang) berjaya mendapat sokongan NGO dan beberapa pertubuhan Islam. Saya lihat saya boleh membantu Presiden untuk menambah sokongan bukan Islam, seniman dan sebagainya. Kebetulan saya terlibat secara tidak langsung dalam Gerakan Mansuh Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bersama-sama Sasterawan Negara, Tan Sri A. Samad Said, saya boleh memainkan peranan dalam bidang ini untuk meluaskan pengaruh PAS.

(Berkaitan:
PPSMI dianggap gagal – Datuk Dr Anwar)

PAS perlu bergerak mendokong gerakan massa. Jika PAS hanya mengharapkan kepada sokongan orang Melayu semata-mata, kita akan dapat memerintah Kelantan dan Terengganu secara sahaja. Jadi untuk melebarkan pengaruh kita perlu berkerjasama dengan kaum-kaum lain dan pertubuhan NGO.


Dalam masa yang sama, perjuangan kita menentang isu rasuah, nepotisme, penyalah gunaan kuasa perlu diteruskan kerana dalam semua agama, perkara-perkara yang diperkatakan itu sangat ditegah dan kita menghormati orang yang berprinsip, ini yang perlu diketengahkan.


Ulama-ulama PAS perlu muncul untuk menjadi pimpinan ummah kepada sekalian rakyat merentasi kerangka sebagai parti Islam kepada parti yang boleh diterima oleh apa jua kaum tanpa mengira apa jua fahaman agama yang dianuti oleh mereka."


Wawancara penuh di sini.


Dalam perkembangan lain, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memulakan kempen anti rasuah pentadbiran kerajaannya dengan menawarkan wang tunai RM10,000 kepada kakitangan awam yang bersedia dan mampu memberikan maklumat mengenai kegiatan rasuah di negeri itu.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger